Wednesday, 22 September 2010

KES BUNUH SYAFIAH HUMAIRA : FAZLI DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.


Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan

ROTI CANAI ROTI

Puas!! Aku puas!! Hahahahahha!!!


Opss...ni bukan puas kategori lucah, hahahhahaha!!!


Weh, puas hati aku dapat makan Roti Canai. Lama kot aku tak makan roti canai. Roti Canai ni la paling boleh buat gemuk, dah pulak tu tak baik untuk kesihatan. Banyak minyak...nak uli pakai minyak, nak goreng pakai minyak, belum lagi kot tercampur minyak kelapa yang mamak tu pakai, ahhahahahha!!!


Dari bulan puasa hari tu aku asyik teringat bebeno dengan roti canai. 2 hari sebelum raya, pukul 11malam aku buat perangai.


"Bang, jom pergi mamak jap, rasa nak makan roti canai lah,"mata ngantuk ni, tapi hati nak jugak makan roti canai, heheheh!


"Hishhh...dah lewat ni, lagi pon dah nak raya, orang makan ketupat lemang, ni roti canai pulak,"huahhhh amik ko!


Pendek kata roti canai memang tak elok tapi sedappp! Bahaya tu la yang sedap.


Sesekali takpe kot, dah berbulan tak makan roti canai, hari ni baru berani nak makan balik, hehehehe!!



Tuesday, 21 September 2010

UPDATE : 4 LAGI CARA TANGANI MALWARE ATTACK

Sebelum ini aku gunakan cara buang bloglist dekat page. Memang kurang best sikit tapi takpe, tu untuk keselamatan kot, lain la kalau blog ko kebal, heheheheh!



Pastu hari pulak, banyak kawan-kawan blog yang bagi tips, panduan dan cara untuk berperang ngan Malware tu, alaahhh...takut ape ngan Malware tu, tapi aku seram gak, kang takleh view nayo ajo, hohohoh!



Ok, kat bawah ni, ada 4 link yang terangkan macamane nak tangani Malware Attack, eh...pesal nak capital letter plak, camle best bebeno ko ni malware wehh...hahahaha!!!



Selamat mencuba :)

VIDEO JENAZAH MASIH UTUH SETELAH 26 TAHUN DIKEBUMIKAN

ALLAH Maha Berkuasa! Itulah yang berlaku di negara jiran, mayat seorang alim ulama masih utuh setelah 26 tahun dikebumikan. Video ni memula aku tengok dalam facebook, budak opis aku yang bagi tau, pastu aku cari dalam youtube.














Monday, 20 September 2010

APE NI MAIN SERANG-SERANG PULAK!

Kecoh sekali bila Malware mula menyerang. Memula aku buat tak tau je. Tapi bila aku baca dekat Firihadi.com, serius aku cuak giler. Udah macam virus ape la plak yang menyerang dunia ni, macam santau versi blog pon ade, hehehhee!!



Malam semalam aku ada terbaca blog seseorang, yang mengatakan blog yang pasang Innity diserang oleh virus yang menyampahkan semua orang. Aku ingat boleh lega kot sebab tak pakai Innity tapiii tadi dah terbaca kat blog fitrihadi, wah serius aku takut - Malware Attack Turut Menyerang Blog Yang Tak Pasang Innity.



Adoii...



Dan aku tertarik dengan salah satu penyelesaian nya, iaitu dengan buang bloglist, kalo dekat blog ko ada buat bloglist lah tapi rata-ratanya ramai yang buat senarai bloglist kan, termasuklah aku.



Sebab ape nak buang?



Mungkin ada dalam senarai kita ada yang pakai Innity, dengan tak sengaja blog kita sendiri akan dilebel sebagai malware attacked. Buat masa ni aku buang kejap, nanti bila semua dah ok, musim santau blog dah abis, aku masukkan kembali bloglist macam biasa. heheheheh!


Untuk lebih lanjut, baca sini :)


*Pelik juga Berita Harian,MyMetro semua takboleh bukak juga.
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014