Wednesday, 14 July 2010

JANGAN PARKING TEMPAT AKU, NANTI AKU SEPIT KERETA KAMU!

Aku pemandu yang baik, ini giler baik punyerrr! Aku tak memandu laju, tak langgar lampu isyarat tapi kalau langgar kereta orang tu biasa, hehehehe!! Yang penting aku tiada saman!



Tapi saman waktu kereta tak bergerak memang aku banyakkkkkkkkkk! Waaaaaa! Aku selalu kena saman parking! Menci,menci,menci (sambil pukul dada laki aku ala mengada-ngada) hahahhaa! Ini salah aku yang amat bijak. Aku liat nak beli kupon parking, kalau beli pon aku beli yang sejam sahaja, ahaksss! Memang tak kantoi tapi lama-lama kantoi juga, hehehhe!!!



Lagi terlebih bijaknya bersamaan sengalnya, bila aku dapat saman, time tu juga aku konyok-konyok kan dan campak dalam longkang, buat macam takde ape-ape, hehehe! Tapiiiiiiii last weekend kantoi dengan laki aku bila soal jawab selidik kaji siasat bermula, adoiiii!



"Ni dah berapa banyak saman paking???" laki aku menyeringaiii, aummm!! (petir sabung menyabung) . Serius kecut aku, heehehhe! Amik ko ieda :) Pastu laki aku suruh aku amik private parking depan opis, bayar bulan-bulan. Hehehehhee!! Dan bersetuju apabila aku dengar ayat ni,"ambil parking tu, abang bayarkan bulan-bulan," wakakakaka!! Ayat tu yang aku nak dengar! Subuh-subuh aku dah pergi daftar, hahahahha!!!




Seeeee! Jangan sesape parking tempat aku, nanti aku sepit kereta kamu, hahahhaa! (Sepit pakai tong, ekekeke!)





RESERVED ok! :)

Tuesday, 13 July 2010

RAMALAN KU BENAR BELAKA MENGALAHKAN SOTONG PAUL!

Perut sakit!

Hari ni bos muncuuuuuung aje!

Pepagi masuk ofis muka ketat, mulut boleh jadi ampai baju.

Kenapa?

Kenapa?

Why?

Why?

Telefonnyer bising tak berhenti-henti, tapi tak di jawabnya, pelik!

Serius!

Dari jauh, aku menjadikan telinga sebagai piring astro.

Telefon di jawab, yess!!!! (apsal aku pulak yang suka? konpius!)

Terdengar suara bos aku ala-ala merajuk (getik aku! kalah betik muda!)

"U pergilah balik KL tu, pergilah...pergilah....," nada merajuk si tua makin menjadi.

Dalam hati aku kata,"sah laki dia tengah pujuk! Gatal tinggalkan laki di KL, pastu bukak opis di Ipoh! Tempat isteri di sisi suami bos!," kalau cakap depan-depan pasti," Nah gaji kamu bulan ini, kemas meja ya" hehehhe!


Lepas letak talipon, bos keluar opis secara tiba-tiba.

Datang ofismate, "masam betul muka bos hari ni, giler pelik!"

Dengan nada nujum, aku mula meramalkan, " Bos gaduh ngan laki, laki dia tengah pujuk nak jumpa kat bawah. Maybe laki dia nak balik KL juga hari ni," angkuh sungguh! Mengalahkan sotong Paul, hikhikhik! Sengih. Pastu terbahak-bahak dengan opismate yang lain.

Sambung buat kerja.

Tak sampai 5 minit, opismate aku menjerit! (berdiri di tepi tingkap)

"Kak Ieda!!!! Ramalan tepat sekaliiiiiiiii!!!! Laki dia datang lah, tu kereta kat bawah!,"


Satu opis berkerumun di tepi tingkap, tinggal makcik cleaner gigih mencuci di jamban, wajib melihat wayang di depan mata bawah bangunan! Hahahahaha!!!


Ramalan ku benar belaka!!!!!!

DUYUNG JANTAN BADAN KETUL-KETUL



Semalam semalam semalam semalam. Mula nak mengarut pada pukul 1 pagi nih, hikhikhik! Iskkkkk.......Semalam lepas dinner, lepak depan tv. Aku tak tau nak tengok cerita ape, rancangan skang bukan nyer best pon, astro pon same, name je astro, heheheh! Tekan info (sambil mulut nyanyi lagu ABC bersama-sama Amanda :))pastu nampak citer Duyung Aridinata. Hahahaha! Ccepat tekan ok, lagi 5minit nak abiss ok!



Siap laki aku kata,"Citer mengarut apa lah yang awak tengok nih,"


Opsssssssssssss! Bola dah habis ok, so tv bertukar tangan pulak, wakakakaka!



Memula aku pon rasa macam mengarut! Tapi lepas aku dengar ayat-ayat mentera dan nama watak yang bagai nak gah tu, membuatkan aku nak sengih sensorang, hahahhaha!



Boleh tahan! Eh, episod berapa semalam ye? Aku pon tak pasti, sebab baru tengok, ekekekeke! :)




Mek Melusa - rambut ala-ala TLC ;p



Sinopsis Duyung Aridinata

Duyung Aridinata ini mengisahkan Raja Singrattdinata yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair.



p/s : Benci keybord! huruf P dan O kene tekan banyak kali. Tengok! Ni pon kene tekan banyak kali. Oh! taknampak, tak pe lah :)


/s : <--see...sudah terjadi lagi! Kalau ternampak aku taip seperti ini :

adan= padan

ola= bola

astu = pastu

Janganlah anggap aku nak buat ayat manja macam budak-budak, atau pon macam lidah pendek, keyboard yang salah! Hahahahhahahaah!

Monday, 12 July 2010

FREE GIFT - BEG TOY STORY 3

Bebebebebeberapa hari yang lepas (tak ingat berapa banyak hari, mungkin tahun lepas, hahaha!) laki aku beli barang di Seng Heng. Barang ape tak perlulah tahu dan yang pasti poket seluar macam rabak je sebab duit dah tergelngsor laju membeli barangan itu.




Bukan nak cerita asal barang, tapi asal free gift yang dapat, kami dapat beg! Hahahhaa!! Konon nak bagi beg tu pada Amanda, tai nampaknya mamanya lebih gedik untuk memilikinya, wakakaka!! Mujur Amanda kecil lagi, kalau tak pasti berebut dengan aku, ekekekek!! Aku suka cerita Toy Story, tu asal aku nak beg tu, ekceli....tak tengok sangat pon cerita tu, wakakaka!!!








Beg ni bersaiz sederhana, dan boleh muat baju 3 hari untuk ke serata malaysia, heheheh! Tak de ape nak cerita asal beg ni dan yang penting - Beg ni mama kongsi ngan Amanda ya! Wakakakak!



p/s : Berperangai seperti budak-budak ;p

MAK TIM - SAJIAN ASLI WARISAN JOHOR

Papa aku orang Johor! Aku suka makanan orang Johor! Hehehehe!! Ntah hape-hae tetibe je gelak eagi buta nih. Ekceli, aku ke KL lagi Jumaat lepas, sory Eida...tak kompom ngan ko la ari tu beb, aku ingatkan tak turun KL coz keje banyak kat opisss(bila pulak aku bz kat ois, hahaha!!)



Selalunya kalau ke KL ummi papa aku suka bawak aku makan kat Mak Tim (cewah! bawak aku! ;p) Dah orang Johor, selera pon mesti lah ke arah tu. Kalau pergi ngan laki aku, kompom laki aku akan ke Kg Baru, kat situ ada kedai selera pantai timur. (Aku suka nasi minyak ngan ayam goreng dia, sangat sedap!)




Dulu pergi MakTim sebab sedap tapi sekarang ni rasanya amatlah kekurengan. Tidak tasty macam dulu, tapii boleh lah nak makan. Ada sesape lagi tau kat area KL makan mana yang sedap? Nanti belanja aku, ahahahaha!!


Service boleh tahan, tidak terlalu lama, melainkan kalo korang makan jenis goreng-goreng, rasanya korang kena pakai vuvuzela untuk mendapat perhatian, sebab adik aku order kuey teaw goreng, sampai aku sendawa baru tiba, hehehhe! Tengok, muka semua tahap kelaparan, blum tengok muka aku lagi, pengsan korang, ekekeke!!!







Otok-Otok Ikan Johor - di saluti pelbagai rempah ratus bersama pelbagai jenis daun. Ni aku tak makan sebab banyak rempah ratus, dan aku tak mau main lawan kentut dengan yang lain (sebab pasti aku menang! hahahaha! Cisssss!)







Kesian. Anak korea sedang menikmati Nasi Beriani Kambing. Pasti licin :)







Menikmati hidangan masing-masing. Umai jangan buat muka macam tu, menyampah aku. Hahahahaa!! ;p (p/s: jangan spam aku!!)








Dan peberet aku yang amat : Laksa Johor, yeahhhhhh!!!! :)

(p/s: laksa paling benci : laksa kuala - taksedap keras ;p)




Makanan&Minuman : 4/5
Suasana : 3/5
Service : 3/5

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014