Thursday, 24 June 2010

INILAH ADIK-ADIK KU :)

Alhamdulillah, selamat aku puasa semalam walaupon aku meleleh je tengok pic makanan yang di tepek leh si Eida mak buyong comel. Hahahaha!! Aku tahan-tahan je nafsu nafsi nak membeli makanan untuk berbuka tadi, kompom tak abis kalau beli bebanyak. Siap adik aku cakap, "Yeahhh...esok kita raya!" banyak la ko raya, bulan 8 kang sebulan berpuasa, ngeh..ngeh..ngeh..




Minggu lepas aku menghabiskan masa dengan Teha, hahaha!! Sian laki aku kerja so tak dapat nak bersama meronggeng. So Faizul sorang menjadi hero hari tu, Faizol ni laki Teha, merangkap adik ipar aku walaupon dia tua dari aku, jatuh adik jugak, kira aku kakak...tua lagi, ciss....hahaha!




Kami tak kemana pon just shoping sikit-sikit dan makan-makan. Tambahan bawak bebudak kecil 3 orang tu, penatlah nak mengejar. Teha lagi kesian, tengah mengandung lagi, penat dia...





Ni adik aku no.4, Umairah. Suka sangat amik gambo. Bukan dia amik gambo orang, orang yang kene amik gambo dia, tension tol aku, hahahah!





Ni adik aku no.3, Iera Hitam Manis, sesuka je aku bagi gelaran, ahahaha!







Ni aku la...Ieda Al-Habsyi yang garang macam singa tapi depan laki aku paling baik tau, hahaha!! Tengok la muka Amanda, muka nak gangster cam aku gak, gangster ker?? wakakaka!






Danish! Suka sangat main kipas Amanda tu sampai tercabut semua. Rosak. Hahahaha!! Tak pe sayang, nanti auntie beli yang baru...eh, bukan auntie tapi Uncle Sham ko, hahaha! Jimat duit aku!






Danish ngan Teha :)





Faizol dan Khalis




Teha mengandung 5 bulan sekarang, seronok tengok dia aku pulak teringin nak mengandung lagi. Insyallah Sabtu ni Teha ke KL, dah dapat rumah kat Bukit Antarabangsa tapi aku kata jangan la pindah masuk lagi, tak puas la nak menganyam ketupat sesama, Teha nak minta izin Faizol untuk stay lagi seminggu di Ipoh, yipppiieee!!! :)



Oh ye, aku ada seorang adik lelaki, yang bongsu. Tak ikut, asik main bola je kerjanya. Elok la tu, jangan melalut ke lain sudah...


Wednesday, 23 June 2010

KERETA WARNA HITAM LEBIH BANYAK TERBABIT KEMALANGAN

Hitam itu menarik. Hitam itu elegant. Hitam itu menawan tapi jangan menuntut ilmu hitam sudahhh...punah la... Aku suka kereta warna hitam, nampak cun jer. Kalo ko pakai spender kaler hitam lagi nampak smart, eh...tersasul pulak, hahahaha!!


Tapi lepas baca artikel ni, rasa cam tak best, ala...kajian kemanusian memang macam tu. Ajal maut bukan atas kajian manusia, semua ditentukan Allah. Kalo ko pakai kereta pink tompok-tompok hitam pon eksiden gak kalo ko mabuk, ekekeke!


====================================================================

LONDON: Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.


Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.


Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan pemandangan terhadap kereta ketika di jalan raya. Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily Mail.

AKU TIDAK MEMANJAKAN DIRI DI SPA TAPI DI PETTING ZOO

Hikhikhik!!! Konon hajat dihati nak memanjakan diri di spa, ala-ala bali gitew, urut-urut sikit tapi ke lain tempat aku merayap. Ciss...sempena Teha&Family balik, laki aku belanja kami semua ke Lost World of Tambun. Perang air bermula, Yeahhhh!!! Ye...aku hitam juga konon tergedang di tengah tempat mandi bebudak, hahahha!! Blackhippo menyerang! Oh! Aku pon tak paham ape yang aku taip ni, hahahaha!!!



Sangat sesak hari tu sebab Kumpulan Karangkraft ada buat hari keluarga disana, anggaran mereka adalah 1000 orang! Ramai bukan itu tidak termasuk orang awam yang lain dan anak beranak aku, ekekeke!! Segala ketiak hangit macam bercampur baur tapi ada aku kisah? Main air tetap subjek utama!


"Oit sape nak amik gambo nih?" "Aku takmau, takmau!"

Sabo jelah, semua takmau jadi cameraman, naik sama ngan atok ngan para bapa, semua nak main air, so takde gambar dalam air, yang ada hanya dekat Petting Zoo, tu pon lepas mandi, hehehe! :)


Papan penyata yang menyatakan aku telah ketinggalan semua show, dah..masuk kul 5.00pm, ehehe!!! :)





Rabbit Wonderland - Budak-budak suka tempat ni tapi selalu yang lebih-lebih mak ngan bapak budak, hahaha!! :)





Suka?? Takut?? Teruja??






Amanda menyeksi, konon nak ke Hawaii, hahahha!!!





Burung Mulut Bising, menyampah aku, mujur dia tak panggil aku gemuk, ekekeke!






Eee....paling tak suka Ular! Aku tengok dari jauh je, takut!







Bird Paradise yang paling best!






Wajib ada muka ayah ko Amanda, aku jugak yang takde ;p bak kata macam dalam citer P.Ramlee, "Sape tak sayang laki ooiiii...." eh, cam terbalik je, hehhehee! :)






Aksi ganas yang kurang ditonjolkan di kaca tv, cuma tetonjol depan mata sendiri







Bagi makan burung, RM1 sepeket, murah je tu pasal beli kalo mahal tak kuasa aku nak beli







Giler bapak datok ular besar bapak! Amik ko! Takut aku tengok!






Terpaksa??? Memaksa?? atau Dipaksa??? Oh! Tidak!






Dushhh!!!! "Amanda, tengok aksi macho ayah ni ok" hakhakhak!!! ;p






Ok, last sekali berehat kejap sebelum nak balik :)






Babaii...Insyallah akan kembali lagi dengan 5 orang anak, hehehehe! :)








Kepenatan...aku pon penat menaip, walaupon sikit, hahahaha!! :)

SANDAL MANO.HARA



Aku puasa hari ini. Puasa zahir dan batin, ekekeke! Semoga puasa yang berbaki cepat habis. Hari tu aku balik kampung, so ternampak kat rak kasut anak buah aku, ada jugak sandal cap ala-ala Manohara tapi ada [.] di tengah-tengah. Hehehehe!!


Itu je nak citer. Hahahahha! Hari yang suram! :(

Tuesday, 22 June 2010

TEHA DAH BALIK! AMANDA PENING MEMILIH DANISH ATAU KHALIS!

Khalis & Amanda

Bukan aksi bercinta tapi aksi merebut telepon atok tengah dendang lagu waliband, wakakaka!!




Yeahhh!! Aku tau mengenai blogger melalui dia, dia juga yang ajak aku buat facebook. Dia adik aku, Teha. Dia dulu ada blog tapi dah stop sebab mengandung lagi, tak larat katanya. 1st June lepas Teha selamat tiba di bumi Malaysia. Yeaahhhh!!!!



Aku paling happy! Aku tunggu dia kat KLIA dan rasa cam runtuh je KLIA dengan gelak tawa kami adik beradik sebab happy dapat bersama, hehehhe!! So Amanda ada kawan sekarang tapi boyssss tu yang Amanda kureng sikit, hahahah!! Danish dan Khalis lasak tapi bila depan Amanda dua-dua tu tetiba je jadi gentleman dan macho, wakakaka!!


Aku mintak Khalis kiss aku tapi geleng tapi bila aku kata kiss Amanda, laju je nak kiss, hahahha!! Bila berebut barang, Amanda kalah, sebab dia girl yang lembut, wakakaka!! Tu la Amanda...ko lembut sangat, cuba jadi macam mama ko yang ganas ni, auummmm!!! Wakakakaka!!



Ok, stop sini je, nanti aku nak story pasal kami lagi sebab banyak lagi gambar kami bersama, buat permulaan aku tepek 3 pic ni dulu, hehehee!!! Koya, lalalala :)


Danish & Khalis




kita punya cara. kita punya rasa. from top to toe i lurve u all. ;)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014