Wednesday, 16 June 2010

AKU TELAH DI MADUKAN...

Aku masih bercuti tapi cuti kat umah je le minggu ni, hehhehe!! Next week baru terasa nak masuk kerja balik....giler la ko ieda cuti lelama, mesti tension bos aku, wak lu! Ngeh...ngeh...ngeh.. :)



Ape perasaan kamu, kamu, kamu bila baca tajuk entri ini? Terkejut? Gembira? Lompat-lompat tepuk tangan macam en.hijau aku? Hahahaha!! Aku tak kisah dimadukan, amin....



Sabar...sabar semua, sila bawa bertendang. Alah...bermadu selama sebulan je tak pe...tu pasal aku leh tahan lagi, keh..keh...Aku bermadu dengan Cik Fifa World Cup. Cisss....cup A,B, atau C tu aku tak pasti. Yang aku tau sebulan sudah ye abangggg.....hahahhaha!!!



Aku tak kisah pon, dah laki aku minat bola, aku memberi sokongan moral zahir dan batin sepenuhnya, wakakaka!!! Jersi bola sesaja la beli bulan ni, tidur pon kurang.Hari pertama dan kedua perlawanan aku asyik tanya laki aku,

"Abang bola hari ni pukul berapa?"

Masuk hari ketiga aku tanya, laki aku jawab,

"Untuk sekian kali nya abang bagitau ek, bola start 7.30ptg habis 5.00 pagi" laki aku sengih!



Amik ko ieda! Hahahahha!!! Bermadu lah aku selama sebulan, lalallalalala.... :)




Tanda sokongan padu, aku beli gelas pink ni, yeahhhh!!! Pink ni yang aku nak :)



GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG

Serius giler rindu ngan blog aku, facebook tu sipi-sipi je rindu, sebelah mata pon tak memandang, hahahah!! Ni tangan dok terketor-ketor macam kene parkinson tak tahan nak menaip. Aku balik kampung umah FIL & MIL. Takde masa nak menjengok blog, hehehhe!!


Sesekali balik kampung memang best, pergi bawak 2 beg je. Tapi bila balik ke Ipoh balik, berbundut-bundut barang bawak balik, terjongkit kereta ke kebelakang, barang penuh dengan segala rezeki, hehehhe!! amin... :)


Balik kampung laki aku ni best sebab makan sedap, makin comel perut ku tapi takleh lawan laki aku yang dah macam 5 bulan tu, hahahha! Sorry bang, jangan marah arrr :)


Satu pagi kat kampung, sedang aku melayan nasi lemak yang sedang-sedang sedap, tetiba henpon aku masuk mesej.


"GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG
Ingin melihat aksi dan gambar panas VVIP dengan isteri orang? Taip YA dan hantar ke 012-XXXX...."


"Mak aiii.....gambar Lisa Surihani dengan Farid Kamil takde ke???" kata aku. Ni VVIP yang di promote pulak, selalu VVIP ni boroi, takmau la aku! Hahahahha!!


Tak mauuuu aku! Kang terkeluar balik nasik lemak sedang-sedang sedap yang aku makan ni, ekekeke!!!


Woiiii! Jangan le hantar kat aku, aku tak minattt!!! Lain kali hantar le mesej kat mana ada Sale Giler kat shopping complex, tak pon hantar le mesej aku menang RM 10,000 masuk peraduan Drypers ke....tak pon hantar le gosip hangat si Leman opis aku tu dah kawin 3 ke...kan sedap sikit pagi aku menjadi ceria, yippieeee!!!

Wednesday, 9 June 2010

SETELAH LAMA BERTAPA DI PULAU

Sudah seminggu tidak merapu di sini, hehehe! Seminggu juga aku tidak kerja, nikmat sungguh! Merasa juga menjadi suri rumahtangga selama seminggu, best! :) Mungkin ada yang dah tau kenapa aku tak bekerja selama seminggu, ye..berkenaan anak aku. Sesuatu telah berlaku padanya dan aku tak dapat nak ceritakan atas sebab-sebab tertentu. Jika ada yang perasan, jari Amanda berbalut.


Lupakan semua tu.



Selama seminggu aku tak merapu kat sini, pergi bertapa. Bertapa dengan duit yang en.hijau bagi tu, hahahhaa!!! Bagus betul ko ni en.hijau, tau-tau je aku nak pergi bertapa, ko siap segala ongkosnya, hehhehe!! :) Khabar angin mengatakan aku bertapa di gurun sahara, yeke? Hahahaha!!



Khabar angin buatan ku sendiri, angin kentut...pusstttt...amik ko. Aku bertapa di pulau yang sesak ramai orang, ini bertapa ala moden, ngeh..ngeh... :) Dengan nama glemo (bunyi loghat Perak) - PENANG. Wah! Heaven sungguh walaupon kami sentiasa sesat di pulau kecil comel itu! Hahahahhaa!




Kali terakhir aku jejak kaki ke sana 6 tahun lepas, aku praktikal di Batu Frengghi. So yang aku tau hanya jalan ke Batu Frengghi, hahaha!! Jalan lain semua aku tak ingat. Kami bertiga tercengang-cengang mencari Pulau Tikus, mungkin dulu-dulu banyak tikus bertapa disitu, mencari hotel disitu. Hehehhe! Takpe...takpe...tak sampai setengah hari kami dah paham jalan Penang, bukan susah pon....cuma kami takde sape nak guide untuk pergi tempat makan yang best-best, hanya fast food menjadi santapan...nggeeee ;p





Baru je sampai, makan je kat KFC, abis cerita....

Laki aku kata, "La...KFC ni kat Ipoh pon ade.."
Aku balas pantun, "Tak tau makan mane yang sedap, tepon le Rizal, kot-kot dia tau"

Rizal tak angkat tepon....adoiii...Rizal, ko baca blog aku kan, hahahhaa!! Pasni ko bawak kami makan mee udang dan ikan bakar yang ko cakap hari tu, hahahhaa!!



Oppss...Rizal terbabit pulak dalam cerita ni. Takpe..takpe..janji aku heroin dalam cerita ni, ekekek!!


Laki aku sungguh happy dapat makan, ngeee :)





Amanda kekenyangan berpusing-pusing bersama mamanya yang terpaksa dikaburkan :)




Al kisah...kami ke Penang adalah untuk bershopping, so tak payah le aku nak tunjukkan bebarang yang telah melayang duit kami, hahhhaa!! Nak melawat tempat bersejarah memang tak menyempat sebab hantu shopping tu asyik memanggil-manggil kami.



Dalam masa yang sama juga kami ke Penang sebab ada kenduri kawin. Nanti la di lain entri aku cerita. Agak menarik sebab meruntun hati aku, cewah...giler jiwang plak, dasat wak lu!



Hari terakhir, memang malas turun bekes. Kaki dah tercabut, nak pasang balik malas, so panggil room service cakap " Kami nak bekpesssss!"



Nasi Lemak Penang



American Breakfast





Nasi Kangkang Baju Tido, hahhaha! Gurau je beb... :)






Last sekali gambo aku, hahahhaha! Jangan marah arrr... :)


Thursday, 3 June 2010

HARI INI SAYA SENYUM SAMPAI KE TELINGA SEBAB ENCIK HIJAU KOTAKAN JANJINYA



Hari ini hari Khamis. Saya masih dirumah, belum bekerja lagi. Hari ini saya senyum sampai ke telinga tapi masih kelihatan seperti manusia normal yang lain. Saya gembira. Sebab Encik Hijau telah kotakan janjinya. Bukan janji ntah hape-hape yang aku taip ini. Rasa macam karangan UPSR zaman aku.



Pendapatan sebulan selepas menggantungkan Encik Hijau di blog aku sangat berbaloi. Sesape nak ikut aku jom aku belanja air kosong kurang manis, hahahhahahaha!!!



*Kawan-kawan, maaf aku tidak mengomen di blog korang, dan aku juga tidak akan aktif berblogging dalam masa 2 minggu ini. Aku beku sekejap dirumah. Maaf! Selepas 2 minggu nanti banyak nak kuceritakan. :) Peace....jangan lupa aku, aku pasti rindu dekat blog korang semua...waaaaa!!!!!!....Buruknya aku nangis...takpe la...buruk pon buruk la...



Tuesday, 1 June 2010

AKU BELUM PAKAI LAGI TAPI DIA DAH SAMBAR DULU

Waktu entri ini di publish, aku mungkin tengah tido dalam kereta menuju ke KLIA, nak serang adik aku. Nak serang dengan ciuman hangat + manja aku kat anak2 buah aku, hahahahah! Danish dan Khalis tolong jangan gersang ok! Aunty dah tua, hahahaha!!! Ye aku nak jemput adik aku si Teha yang insyallah bakal tiba pukul 1pm jap lagi.



Aku ada beli tudung di Oh!Tudung (dasat bukan, tudung pon ada Oh! hehehe :)) Ni konon-konon nak pakai pada kenduri kawin laki aku. Silap, member laki aku. Boleh jadi hijau kalau laki aku kawin lagi, hahahah!!





Dengan hidung kembang kempis aku bawak balik bungkusan tu, dah sampai umah aku simpan barang semua. Bungkusan aku tinggalkan di ruang tamu. Tiba-tiba laki aku panggil,


"Mama...mama, cepat la tengok saya" laki aku buat suara konon-konon comel, konon suara bagi pihak Amanda, hehehe!!



Dengan sepantas kilat aku pergi ke ruang tamu,
"Lor...tudung mama tu! Tak rasmi lagi, hehehhe!!"



Makcik Kecik ini yang rasmikan dulu tudung aku, hehehhe! :)






Ewah-ewah posing ala model Kimora pulak, hiksssss!




Yang sebelah kiri tu la ketuanya!


Semalam aku kat dapur, tetiba Amanda datang cuit peha aku. Aku paling, tengok dia pakai tudung ekin aku sendiri, wah!! patut la ko senyap je dalam bilik, meregek tudung mama rupanya, muahhhh! Sayang anak mama! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014