Tuesday, 22 June 2010

INNITY ATAU NUFFNANG?

INNITY




ATAU


NUFFNANG





Hari ni tak berapa nak sedap. Perut rasa cam hampeh skit, yele..hampeh yang semalam tak keluar-keluar lagi, hehehe!! Giler banyak kerja kat opis, menggunung fail macam Bukit Bendera, rendah je tu, ngeee :)



Pagi ni nak cakap skit pasal Nuffnang dan Innity sebab ramai yang tanya, " Ieda pakai Innity tak effect ape-ape pada Nuffnang ke?"



Soalan tu yang selalu orang tanya. Ye, memang ada kekurang bila menduakan Nuffnang. Rasanya semua dah tau bukan, so bila nak menduakan Nuffnang sila fikir berkali-kali sebab status glitteri korang akan jatuh kepada biasa. Kiranya nya korang ni sebelah mata pon dia tak pandang sesangat, paling-paling abis pon juling-juling itek je dia pandang korang.



Bila status menjadi rakyat biasa, makanya peluang korang untuk mendapatkan Buffered Earning pon sekadar nganga gigit jari, ngeee...Buffered Earning ni lah yang dikejar-kejar oleh semua, kat situ leh masyukkk..


Tapi kenapa aku gatal pasang Innity? Ko tak rasa rugi ke Ieda?


Ikut suka aku la beb! Hahahahah! Gurau je, dan terus terang aku senang dengan Innity dan Nuffang buat masa ini dan jujurnya Innity aku lebih masyuk dari Nuffnang. Bila aku dah taip "MASYUK" tolong jangan terpengaruh ye...tambahan kalau Buffered korang berderet, tolong jangan mendua kan Nuffnang, sebab korang akan rugi nanti.



Aku tak rasa rugi bila jatuh kepada rakyat biasa. Sebab utamanya aku mendapat yang berganda-ganda dari Innity.



Nasihat aku, sebelum menduakan Nuffnang, fikir dulu sebab sekarang ada Mangga Ads pulak kan, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.


Owh, ada jugak yang tanya, macam mane nak apply Innity, nanti aku terangkan pada entri yang akan datang.

Monday, 21 June 2010

MEMANG MALANG SUNGGUH BILA BERHENTI KERJA DI CERAIKAN SUAMI PULA.

Semalam laki aku beli surat khabar Utusan Malaysia. Kami jarang beli surat khabar tu, sebab dah habis semua terpaksa lah amik juga. Aku pon tak tau nape kurang gemar dengar Utusan, heheheh!! Jangan marah saya ye...ngee :)



Tapi semalam ada kisah menarik dalam bahagian "Keluarga" dengan tajuk "Diceraikan Selepas Berhenti Kerja". Memula memang takmo baca tapi baca gak le, sebab ayat pertama dia menarik minat aku. Dah baca...ok sedih jugak tapi mujurlah si isteri cekal dan ada nampak bijak dalam mengawal emosi dan keadaan selepas semua dugaan.



Dan malapetaka pula menimpa keluarga si bekas suami bila berkahwin lain. So terbalas juga lah di dunia ye...depan mata, al-padan al-muka, hehehhehe!!



Ok, ini sebagai satu pengajaran sahaja dan tidak semua lelaki begitu, aminn... :) Sila baca DISINI

SAYA MENGGATAL DENGAN MANGGA ADS

3 minggu lepas aku berjalan-jalan macam biasa kat blog orang lain, pastu dia ada bercerita mengenai mengiklanan terbaru iaitu Mangga Ads. Memula memang la macam malas je nak amik kisah tapi laki aku cakap alahhh...try aje, bukan kene bayar pon... Berdesup terus aku try pasang Mangga Ads, tambahan dapat invitation daro Oh!Malaysia, thanxx bro :)


Tujuan memasang seperti biasa, mencuba. Tapi aku baru pasang 5 hari terus aku buang balik semua papan duit tu, hehhehe!! Inilah namanya gatal tangan, sila jangan tiru aksi yang kurang senonoh ini. Bukan ape, aku tengok sudah semak semacam, ngeh...ngeh...ngeh...


Sudah umpama laman web iklan percuma pulak, "Mari! Mari! Percuma lagi menguntungkan!"

Cisss....sungguh menyemak, so buat masa ini aku hanya setia dengan Innity dan Nuffnang sahaja. Adverlets pon aku dah tendang masuk gaung, hahahha! Jangan risau sayang ku Adverlets...kalau rasa hati aku berubah nanti aku pancing ko balik orait, ngee :)



Leaderboard yang tinggal kenangan, hehehe!!




juga Skyscraper





and Large Rectangle




Dan jutaan mekacih buat sugardaddy ku, Innity sebab kan masukkan duit saya yang kali ke-2 pada 15hb yang lepas ye, heheheh! Walaupon ciput tapi tetap gersang...eh, memberangsangkan, yeahhh! :)



SYIOKNYER DAPAT BERSAMA (18SX)

Kadang-kadang tajuk entri boleh di salah tafsir. Bergantung pada susunan ayat, perkataan. Kadang ejaan terlepas satu huruf boleh di gambarkan penulisnya sengau sengal. Kadang buat pembaca bengang bila tajuk 18SX yang diharapkan rupanya kisah Upin dan Ipin ataupon Saseme Street A,B,C, hak...hak..hak.. Padan muka, bila bab yang tu semua laju termasuklah aku, eh...silap pulak ;p



Dan entri ini bukan lah kisah "bersama" yang syiokk sangat tu, hahahha!!! 18SX saje je tambahan.Opss...sorry! Jangan beron ok! :)



Fine, aku syiokkk sebab sudah hampir 3 minggu tidak bekerja dan esok aku akan start masuk opis. Buat kerja macam biasa. Perang mulut dengan bos, tadah telinga dengan sikap opismate yang suka cakap besar dan yang pasti akan ketawa besar dengan bebudak opis aku yang sekian abadnya semakin membesar tubuhnya.




3 minggu dirumah juga aku happy dapat menjaga anak aku, Khayra Amanda yang aku sayangi. Semakin membesar dan bijak. Kadang keletahnya yang mahu menerokai semua benda membuatkan aku geram, marah-marah sayang padanya. Sejak kejadian yang lepas, aku lebihkan tumpuan padanya, dan aktivitinya terbatas. Kalau dulu aku biarkan semua apa yang dia nak buat. Tapi sekarang aku kena lebih berhati-hati...



Itu lah "Syiok Dapat Bersama" pada aku, bersama Khayra Amanda Bt Badrisham....She's Great Lil Girl!








RESIPI ISTERI GEMUK DI MALAM HARI

Aku tak berapa nak lelap sangat malam ni, tapi badan letih sangat. Anak aku dah lama belayar..zzzz...mimpi yang best-best ek, mimpi la mama jumpe Shahir AF ke, ekekeke!! Sebut pasal Shahir, tadi masa bukak Astro Ria, ada tengok la program pasal dia...aku bukan tengok sangat , tengok sipi-sipi je, tapiiiii........mak aiii....dah lama tak tengok budak ni, makin hensemmm lahhh! Tambah-tambah poket makin tebal, wakakaka! Dasar RM betol! ekekkeke!!!



Makin comel budak ni, eee....hensem betul! Hak...hak..hakk!!! Ok2, ni hanya pujian ok. Bukan nak gila ke hape, lalalalla... :)



Ni dari tadi aku dok mengadap blog, lama tak berupdate, so nak buat la entri untuk besok, sambil-sambil tu teman laki aku tengok bola, baikkan aku, isteri mithali, wakakaka!! (walaupon aku tak minat ;p)




Seperti biasa dah tengah malam buta mesti kebulur, nak masak tak mungkin, apatah lagi nak jejak kaki ke dapur, ishh...ini sudah jatuh kepada isteri yang tak mithali pulak, ekekeke!! Takpe, bukan selalu, Panggg!!!! Laki aku ke kedai jap sebab melayan resipe gemuk isterinya iaitu makan tengah malam.


Bihun Sup yang sedap





Roti Betul Betul Sedap!!!! Hahahaha! I ♥ Butterscotch!




Jus Jambu Asam Boi


Perghh...! Itulah sebahagian resipi gemuk isteri di malam hari, hahhaha!! Jangan tiru macam saya (lagu sarimah dol) ekekeke!!


Semua pic dipinjam dari GOOGLE, aku malas nak tangkap gambo, tak kuasa dah le tengah kebulor, ekekeke!


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014