Thursday, 1 July 2010

AKTIVITI BILA SUDAH BERKELUARGA - ZOO NEGARA MENJADI SASARAN

Bila dah berkeluarga, ada juga aktiviti bertukar, dah takkan ko nak memanjang dengan aktiviti bujang, hohoho! Sesekali tu takpe, mak tak heran weh...ngeee :) Disebabkan ramai budak keliling kami buat masa ini, Zoo Negara menjadi sasaran. Aku ikut je, kalo orang bawak dan keluarkan duit, hakhakhak!!! :)






Kalau dah macam hitam putih ni, aku teringat cerita P.Ramlee, Masam Masam Manis. Hahahaha!! Cikgu Saari dating dengan Norkiah, penyanyi kelab malam yang juga jiran bilik sebelah gaduh baling-baling kasut. Nampak betul bangunan dah lama...






Semua baca harga tiket. Aku buat-buat tak nampak, gaji tak masukkkk lagi, hahahah!! Ala..masuk zoo murah je, hanya RM20 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Tapi kalau berminat dengan pakej yang temasuk dengan Zoo Serangga dan Taman Rama-Rama hanya RM25 bagi dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak.







Banyak tempat yang boleh jala-jalan kat dalam tu sampai patah kaki. Aku memang tak larat, rasa nak naik train je tapi dah semua orang nak jalan, ikut je la... Masuk-masuk je dah ada burung-burung. Sape yang minat dengan burung boleh la tengok, dari bapak burung hingga lah cicit burung. Burung dalam seluar jaga sendiri arrr...hahahahha!!




Mujur kami masuk awal 15minit, sempat tengok animal show, yang hanya ada waktu tertentu sahaja, iaitu pada pukul 11.00am untuk sebelah pagi dan show pukul 3.00pm untuk sebelah petang. Haiwan yang buat tarian gelek petang tu brung yang besar bapak, Dobby. Sedap nama macam nama dalam cerita Harry Potter, hahaha!! Haiwan lain anjing laut yang sangat comel bila tepuk tangan, cute!! :)




Muka-muka nak glamer, hahaha!! Ina, Amanda, Bro Hasnol dan Fatin.







Gambar kami wajib ada, hikhikhik!!! Masa animal show, ada burung yang pandai datang ke kita, denga syarat ada duit di tanga kita, hahahha!! Gila $$ betol la, sape lah yang traning ko ni cik burung weh, ekekeke!!! So tetamu boleh mencuba, hanya dengan mendepakan sebelah tangan sambil jari memegang wang kertas. Dan tetamu pertama yang mencuba adalah laki aku, hahaha!! Semangat keburungan betul, wakaka!! ;p




Burung putih berparuh kuning bersama laki aku :)





Minah saleh ni pon teringin gak...




Animal show ada la berlangsung dalam 45minit. Pastu sambung jalan ke Akuarium pulak, masuk macam ala-ala gua gitew, aku suka sebab sejukkkk!!! Hehehehe! :)





Ikan ni nak ciuman manja dari aku, aku tak leh nak tolak...hahahah!!


Dah berjalan punya jalan sampai ketiak pon naik lengit, kaki pon dah separa kengkang, tetiba hujan la pulak! Waktu tu kami dekat area Savanah Walk,mujur ada tempat teduh tepi kandang Kangaroo dan Ostriches. Tunggu punya tunggu, hujan makin lebat, terperangkap sudah! wakakaka!! mujur ada train lalu amik kami, hehehe!



Nak cakap best sangat tu takde sebab haiwan macam tak banyak. Pastu persekitaran tak berapa nak kemas dan banyak under progress. Kalau nak dibanding kan dengan Zoo Taiping nampak lebih menarik. Kalau lalu disepanjang kandang harimau dan singa, tak nampak, cuma dengar suara seekor singa tengah mengaum. Kandang harimau/singa ada 5-6 tapi sekor pon tak nampak.



Dah keluar dari zoo, perut mula lapar walaupon aku dah tibai burger dekat dalam sana, hahaha!! So Ina cadangkan kami ke Wangsa Walk Mall untuk makan. Lepas makan, berkira-kira nak bertolak balik ke Ipoh tapi tanduk muncul ajak ke karoke pulak. Aiksss....karok la pulak! Hehehhe!!



Penyanyi antarabangsa menyanyi dengan penuh syahdu, terputus urat kentut, hohoho!




Amanda berpusing-pusing dalam bilik tu sampai naik lemas, last-last tertidur jugak dalam kebisingan :)

Setelah 2 jam berkaroke, masa untuk pulang. Masih ragu2 lagi, nak balik ke tak...nak balik ke tak..last-last tak jadi balik, esok pagi baru bertolak pulang, hehehe!! :)


p/s: Insyallah akan ke kl lagi dis week & next week :)

CARA-CARA APPLY INNITY ADS

Sudah 1 Julai 2010, cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi nak berpuasa pastu raya pulak. Weh, korang tema kaler aper kali ni? Kami kemungkinan merah vavava! Hahahaha! Insyallah kali ni raya di Johor Bahru, yeahhh! Rumah nenek aku kat Skudai nun, sape tak malu jemput datang, hahahah! Pastu terbang ke Besut pulak.



Pelamakk...baik punya planning. Dah...aku bukan nak bercerita baju raya kasut raya bagai...Dah nak dekat puasa ni, meh aku ajar sedikit yang aku tau mengenai Innity! Suka tak? Suka tak? Suka la...tepuk-tepuk tangan sambil buat muka comel sikit, sikit je...jangan lebih-lebih, menyampah aku, hahahah! Gurau je...ok, kalau dah boleh pasang Innity, tambah lah pendapatan blog korang :) Pastu jangan lupa pos kan kueh raya untuk aku, yang sedap-sedap tau, aku tak mau yang baling ke dinding pon tak pecah, miahahah!




Macam biasa, masuk web Innity dan akan kuar seperti pic di atas. Klik pada Publisher, yang kat sebelah kiri tu, bawah tu untuk Advertiser, buat dono sudah.


Bila dah klik, maka dengan pantas nya akan buka page baru, kalo tenet korang lembab, nasib la..hahahah! Ok, page seterusnya akan keluar seperti di bawah ini ok.



So akan keluar borang. Isi la ape yang patut. Nampak tak yang aku highlight tu, sila baca dulu. Nanti klik je kat situ, makanya akan kuar page baru. Masa isi borang ni, korang kena isi monthly unique visitor dan monthly page views blog korang. Kalau nak pasti berapa, bloeh rujuk pada analitik nuffnang atau pon kalau yang pakai Clicky pon bleh rujuk ada situ.










Ada yang kata susah nak apply Innity. Mungkin ya sebab ramai blogger mengatakan sampai kene reject beberaa kali bila apply Innity. Aku start pakai bulan Mac yang lepas. Isi borang pagi, petang innity hantar e-mail nak bukti page views dan unique visitor. So aku pakai yang nuffnang punya. Esok pagi dah dapat jawapan aku diterima.




Jujur aku punya tak tinggi (page view dan unik visitor). Kalau aku tengok orang lain punya, mak aii...beriban-riban. aku rasa macam aku punya ciput! Tapi tak salah mencuba kan? :) So aku sarankan, cuba lah apply! Ribu-ribu tu belakang kira, try dulu. Tapi jangan lupa, kalau dah pakai Innity, Nuffnang korang bakal terjejas. So fikir-fikir lah. Aku mencuba dengan Innity waktu aku merajuk dengan Nuffnang tapi memang berbaloi dengan pembayaran sudah masuk 2 kali, aminn...


P/s: sesiapa nak tambah ape2 yang patut, silakan... aku tidak lah berapa arif tapi mampu menolong pada yang memerlukan :) Semoga berjaya kawan-kawan ku semua! :)

Wednesday, 30 June 2010

BUDAK SETAHUN BERBAJU KELAWAR

Entri baru dibuat, semalam tak larat nak berjaga. Pergi KL hari tu jumpa ngan MIL aku sekali, sayang dengan MIL sebab dia sangat sporting dan tak banyak kerenah. Hehehehe! Bodek nampak, nah 50sen! ;p



Satu sikap MIL aku ni suka beli barang untuk cucu dan menantu, hehehe! Cepat cakap, "Untung nya ko Ieda.." Hahahaha! Poyo poco-poco nak mampus aku, ekekeke! Masa malam lepas balik dari Alamanda, MIL aku datang pada aku, "Ada beli kaftan batik untuk Amanda" katanya. "Ooo..." jawab aku pendek, takkan nak cakap, mananye? Malu siot, ekekeke! Mengada-ngada nak memalu pulak aku ni.



Pastu MIL masuk bilik, taklama kemudian keluar bawak kaftan kecil comel.

"Nah, pakaikan Amanda" katanya

" Ok. Amanda meh kat mama" kata aku


Terus sarungkan pada Amanda, comelll la pulak, kami tengok gelak je, Amanda pon memalu, sengih-sengih, hahahaha! Cuma labuh sikit, boleh lipat kedalam dan jahit.



Pada aku, ni firstime aku tengok budak kecil pakai kftan, hehehe! Comel juga! :)

MENCARI SESUATU DI ALAM GHAIB....EH, ALAMANDA LAH!

Bulan ni aku terover bercuti. Bos sakit kepala? Makan aje panadol ataupon tampal koyok. Kerja masih menimbun. Tapi aku masih juga bercuti, sebenarnya dalam hati ingin saja berenti tapi teruskan juga. Aku ke KL sabtu lepas, ada majlis aqiqah anak saudara ku, Balqis Batrisya. Aku malas amik gambo, sebab aku mengantuk sangat sepanjang hari, hahaha! Buruk perangai!




Lepas semua tetamu balik, laki aku ajak pergi Alamanda, sebut betul-betul, bukan Amanda ok! Kang ada yang makan penyepak aku,ekekeke! Aku nak beli ape pon tak tau kat situ, bukan tak tau..tapi takde duit, kuikuikuik! Gaji aku tak kuar lagi, sengal betul ;p




Laki aku nak mencari perfume sebenarnya. Perfume dah abis, kami pon tak tau nak pilih yang mane, last-last CK menjadi pilihan hati. Aku hanya beli blusher je, duit takde so masa untuk mengikis encik somi adalah waktu yang tepat dan padat sekali, yes!! :)




Sales girl nyah! Opss..! Daripada belakang macam perempuan, bila pusing hulur tangan, mak aii...gagah perkasa youuu! Larikssss! Hahahaha!

Friday, 25 June 2010

JANGAN BANGGA JIKA BERJUTA ORANG INGIN KAWAN DENGAN ANDA MELALUI FACEBOOK!

Owh! Sungguh seram! Orang ramai dinasihatkan jangan approve orang tak dikenali dalam facebook tapi budak-budak sekarang lebih bangga jika beribu-ribu teman dalam facebook! Ape ko bajet ko cun sangat dan sampai beribu-ribu kawan dalam benda tu?? Lupekan lah... Aku terima email ni dah lama cuma tak berkesempatan nak share bersama korang.
______________________________________________________________

Read first…

A reminder to those who are on facebook not to give too much of your personal details!! OK this is all in Spanish so I’ll tell the story quick. The girl in the picture posted the nice looking pictures on Facebook and of course she got like a million friend request she accepted all of them. One of the guys started asking her to meet up and I guess to have sex she deny him but since it was Facebook she had put all her info there too so he had her address phone number etc etc so he showed up at her place and then the last 4 pictures tell the story of what happen













Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014