Friday, 30 September 2011

Hargailah Isteri Kamu Sebelum Terlewat










Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….

Mana Ada Orang Hisap Rokok Bermula Dengan BISMILLAH!

Grrrrr...........Scary nak mamposss ko!










Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :

✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!

✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!

✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!

✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!

✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!


SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....

ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...

Alhamdulillah..

Thursday, 29 September 2011

Hell's Kitchen - Dunia Sebenar Dapur

Tengok tak rancangan ni? Aku melangut tengok Hell's Kitchen (astro star world 711) sambil goyang kaki dan tangan sibuk dengan twitter. Tapi kalo tengok rancangan ni mesti dengan laki, tak best tengok sensorang, sebab laki aku mesti tanya macam-macam kat aku, miahahahaha! Term-term yang di gunakan dalam dapur tidak semua orang tau, walaupon ko sehebat mana sebagai suri rumah, kahkahkah, berlagak nak mamposss kan aku, eekekeke!





Chef Gordon Ramsey yang garang macam singa tapi memberi kesan yang baik pada masa hadapan buat chef-chef baru.




Dulu lepas sekolah, aku amik jurusan kulinari 3 tahun. Macam mana korang tengok Hells Kitchen, keadaan mereka, macam tu jugak aku pernah lalui. Gilerr kena taf (abang taf, miahahaha!) nak mamposss! Memang aku tak mampu nak tahan lama, so beralih ke dunia mekap, cun melecun , wewangi iaitu dok masuk opissss. 


Ok, suka keadaan sekarang, suka jugak teringat masa lalu sebab semua tu pengalaman :)

Wednesday, 28 September 2011

#14 Wordless Wednesday - Rahsia

Monday, 26 September 2011

Anak Dara Bergayut Dihujung Pokok


Hakhakhak! Adik aku lettewwww! Ni semalam kami ada misi mencari Daun Bambu. Ala...daun ni biasa orang guna untuk demam campak kan kan kan. Daun tu ramas-ramas bersama sebaldi air, then mandi pakai air tu. Daun tu jugak, blend, then campur dengan bedak sejuk, tepek kat badan pesakit demam campak. Tapi zaman skang orang pakai ubat doktor je kan, tapi nak jugak pakai yang tradisional supaya lebih cepat sembuh. :)



Mujur singgah kedai mamak, tanya mana ada pokok daun bambu area kami, pastu dia pon bagi tau, i lap u lah mamak! Miahahaha! :) Ok, adik aku pon pergi turun kereta bila dah jumpa pokok tersebut dan telah mengkompomkannya oleh makcik di kawasan perumahan tersebut. Ummi pon ikut sekali ok!. Aku and Amanda ofkos jadi Mem besar duk dalam kereta sahaja, hahahaha!





Itu dia adik and mak aku, haa....baru selesai mencantas pepokok (apa punya bahasa), mak aku hip hop abis dengan seluar singkat sebelah, miahahaha! Ok, jom berambus balik. Eh..eh...sapa yang demam campak? Anak buah aku kat kl denun...sekali 3 anak dia kena... Kat KL dia tak tau mana nak cari daun bambu ni, siannn....






Ni lah pokok daun bambu, jenis besarrrr punya, ada jugak yang kecik.






Ni pulak daun nyer. Kalau nak pasti daun ni, di keliling daun tu bergerigi and dia ada bau skit. Picca ni amik kat Google :)

Jamu Lengkap 44 Hari

Ni bukan cerita Pocong Bangkit Lepas 44 Hari yer, aternyer korang ingat pocong ajer nak main 44 hari, orang dalam pantang lepas bersalin pon ado, heheheh! Seeloknya kata orang-orang kampung 60 hari kekdahnya...Kali ni bersemangat aku nak habiskan semuaaaa...diulang, semuaaa ubat dan jamu-jamu semasa pantang, ya buk! Hahahahaha! Nampak bebeno dulu maleh makan ubat. Dah masuk anak 2 ni yela kan...namo la laki cari lain, kasi ketat-ketat vavava lagi, wakakaka! eh..eh..nanti malam laki aku baca plak, baik jap lagi aku delete ayat tu, ahahahah!



Setelah di tolak campu bahagi kali xy kuasa 2 dan segalanya, aku telah ikut nasihat kata ummi untuk beli set bersalin Warisan Afiat Herba. Sebab ape? Sebab tak mahal pon hahahahaha! ada 10 barang termasuk barut berubat, heheheh! Nak beli yang lain tu, rege ratusan kan, aku ni bukan kilang cop duit, apatah lagi takut makan ubat dan jamu yang bebanyak tu, hahahaha!







Ni lah kotaknya, ahkak model tu pon aku kenal, skang dah anak 6 masih comel dan ganteng lagi, ewahhh! RM 80 sahaja.





 Semalam dah siapkan beg aku, beg baby boy dan segala barangan kegunaan selepas bersalin. Beria-ia je aku siap kannn..ha..letak dalam bakul cenggini, pastu berangan macam penjual jamu plak, beli yan donggg! Ekekekeke! *mula meraban*







Untuk kempissskan perut yang udah kompom gelebeh ini, aku beli Ginger Spa Vida Beauty. Haa...ni memang  berkesan, kata ummi, sebab ummi adalah bahan uji kaji sebelum aku guna, ekekeke! Lepas sapu, pakai barut, ikat ketat-ketat sampai nak kentut pon payah ekekeke! Hek kauuu! :) RM 29.90 sahaja






Dan yang terakhir, aku beli Tablet Haruan Leesa Formula. Alamak, pecah-pecah pulak gambo, amik kat Google, hehehhe! Ni kes amik tablet sebab dulu minum ginseng haruan poleney (gini kot ejaannyer, ahaha!) mau sampai kembang kempis lubang idung aku wehhh... tak sedap! bau pon alahai...mau pengsan, nak baiki luka dalaman punya pasal, aku minum jugak 12 botol, pastu namooo dah sambung...hahahaha! Cenggini kan senang! :) RM 49.90 - ada 50 tablet didalam. Kalau tak cukup jangan la marah aku, udah dia tulih kat luar pek cenggitukan, heheheh!



Sunday, 25 September 2011

Cool Huh!

Comel! Dah lama aku beli baju ni, sejak tau ngandung lagi. Time tu tak tau gender ape lagi, so main beli je, kene pulak baby boy, macam bestkan kalo baby boy pakai! Heheheheh!

Semalam pegi open house, tak larat je rasa. Hari ni ada kenduri, tak tau nak pergi or tak sebab rasa cam dah tak larat, petang ni ada open house lagi. Member kecik beso aka blogger jugak! Kene pagi sebab mak aku pon pegi jugak! Ok2 nampaknya kene rajin kan berjalan supaya mudah bersalin nanti, hehehe! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, 24 September 2011

Buat Yang Berminat Jumpa Sham Kamikaze Esok

Ok, pagi tadi aku pergi bekpes dekat Kg. Temiang, gerai tok imam. Haaa tok imam pon ada kedai makan, kau hadooo? Heehehe! Then nampak poster yang Sham Kamikaze akan datang (bagi ceramah kot) dekat Taman Pengkalan Barat, Ipoh belakang Tesco Station 18.

Mak buyonggg memang nak pegi tapi apakan daya kene pujuk Pak Buyonggg (perut seksi) pergi skali laaa, heheheh!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, 23 September 2011

Mangsa Buli

Mangsa buli or mangsa fesyen?! Miahahahahaha! Hei, jangan salahkan aku ok! Dia suh aku sepit kat jari-jari dia tapi aku kata tak bole, nanti sakit. So aku ganti sepit kat rambut dia, eh.. Salah aku ke? Hahahahaha!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Simple Jer.


Hai bubu. ewah..bubu pepagi buta ni kan, rasa macam manja gitew, miahahaha! Minggu lepas sambut beteday mak buyong secara mengejut tak mengejut sangat lah kan, sentapppp je ngan laki sebab dia balik lambah. Wah mengada je bunyi kan, nak sentap-sentap ngan laki, biasalah hormon tengah membuyong. Selama tak membuyong aku buat derkkk je, tak yang nak sentappp sangat, miahahah!




from ayah and amanda, bak kata yani, amanda guna duit raya beli kek, ekekeke! :)
















Kata Bro Framestone, aku nampak berisi sikit, huuuuu....bro, Ieda mengandunglah! hehehehe! :)






Monday, 19 September 2011

Kontroversi : Geng Seluar Dalam (GSD)




 Hari tu kan aku bertapa lamaaa kat kampung laki aku. Bila semua orang dah balik, tinggal lah kami yang beberapa kerat aje nih, makanya bosan yang amatlah lah bebudak ni bila geng semua dah blah. Bila dah takder kerja, macam ni lah jadi sepupu sepapat nih, hahahahah!


Hoiiii! AMARAN : Bukan seluar dalam ku apatah lagi seluar dalam mu, hahahahhaha! :)



Perghhh...kalah Charlies Angle bagai okeyhhh! :)





Ape kene lah anak aku ni, ni kes tak de kerja lah tewwww! :)







Haaa....anak aku kalo bukak terus ngerbangggg rambutnya, ehehhe! :)





Haiiyaakkkkk! Laki aku kat atas tu pon dah peninggg, lantak kome lah yek! Miahahahaha!




Bejet lettewwww! hehehhe! :)



p/s: ini hanya suka suki zaman bebudak ok! :)

Thursday, 15 September 2011

Almari Kasut

Ok, baru semalam beli. Kira fresh from kedai perabot, ekekekke! Yang lama campak dok luar rumah, yang baru dok dalam umah. Kira habis manis buang sipi-sipi je, miahahahaha!

Dan yang penting kata laki aku, "sampai anak 5 baru beli almari kasut baru" ekekkeke! Ala.. Orang laki, kata je lebih kan kan kan, hahhaahah! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 14 September 2011

Tambah Koleksi Burung Marah!


Coiii! Tajuk macam lah aku ni banyak sangat barang Burung Marah kan. Eh..aku rasa macam tak best je bila sebut "Burung Marah" sebab aku memikirkan benda lain, hahahahaha! Ok, ok, kita sebut Angry Bird lah kan, macam orang Kolumpo skit, ekekekee! 



Balik kampung hari tu beli set mug siap dengan penutup dan sudu ni. Murah ajer, tak yah tanya aku berapa harganya, sebab kalo korang nak, aku belikan siap markup kan rege sekali, miahahahaha! Jahat ko noks! ekekekee! Comel kan kan kan :)





Kad Hari Jadi Menjadi Jadi

 Selamat Hari Jadi Menjadi Jadi Ieda Al-Habsyi!!!!! Owhh..thanxxx!!! Wah ayat bajet macam artis ko! Miahahahaha! Ferasan. Takpe, setahun sekali perasan macam artis gitew kan, hakhakhak! Dah tua... dah 27 tahun dah..pergh...perghhhh...terasa gelombang 30 tu tapi gelombang sweet 17 lagi kuat, miahahaha! 










Eh, ada terima kad ucapan harijadi dari Libresss ko! Kewanitaan habis rasanya :) Sebelum ni asik dapat voucher bufday JUSCO, BONUSLINK, Baskin Robins, Parkson and lain-lain kan, macam la aku guna sangat... wekkk...takde makne nak perabis duit bagai yang sedia ada kopak ni, miahahahaah! :)











Anyway, thanxxx Libresss! Terasa diriku begitu ke mak-mak kan, miahahahha! :)


p/s: thanxx to my hubby coz menjadi orang pertama memberi ucapan, sanggup berhujan naik moto sebab nak sampai rumah sebelum pukul 12malam, haaa...padahnya kuar tengok bola kat stadium semalam kan, miahahahaha! :)



Gini lah kekdahnya kad yang udah di kerat-kerat 18, boleh jadi penanda buku :)

Tuesday, 13 September 2011

Sapu Barang Free

eh gelapppp! dalam gua hape, bagi  lampu kelap kelip raya skit, ekekeke!



Bila laki shopping barang, bini suka sibuk mintak free gift. Beli barang jantan, mintak yang fomfuan punyer, hakhakhak!  suka suka suka. Agak-agak muncung tak sales girl tu? Idokkk le, aku buat muka mulut manisss punyer, hahahaah! :)




ok, terang sudey, leh posing maut okeh!



Baju Kaftan Budak Kemain Sama Harga Kaftan Orang Dewasa

Sambil menayangkan yang hok biru tu jugak kan :)



 Jaiiihooooooooooooooo! Hahahahahah! Hoi! Mahal baju kaftan anak aku ni, Sebelas hengget, hahahahha! Dasar kedekut punya mak, ekekekek! Aku punya pon seploh hengget je tapi tu kalo sekali pakai, basuh terus singkat sampai ke lutut, hahahahha! Nampak bebeno tipunya :) Aku jumpe baju kaftan budak ni dekat Bukit Bunga, Kelantan. Bebetoi laki aku parking depan kedai tu, memula memang aku taknampak. Mana idaknya, dah mata aku merayappp tengok angry bird punya patung, pastu laki aku tunjuk guna muncung, denunnnn, tergantung kaftan budak atas langit, ekekekeke! :)





Aapa motip? Jangan kata mama ajar, hahahaha! :)





Ala-ala gadis kekampungan yang cute, ekekekeke! :)




Beli 2 helai, 1 pink, 1 biru. Nak beli untuk Zara untuk saiz setahun, tapi nan ado. Sudah abisss. Takpe Zara, nanti aunty carikan lagi k :)






Monday, 12 September 2011

Nafsu Tak Sampai Lagi, Tersekat-Sekat.

Nafsu tu ada lagi nak berbelog tapi masih berada atas awan, tak sampai mendarat ke mukabumi lagi. eh, jangan kau mengarut ingat nafsu abang panjang adik pendek ke haper bagai, hahahahaha! Hari ni hari pertama masuk kerja setelah 2 minggu bertapa. Ada kau herannn kan? hahahahha! 



Tungguuuuuuuuuu citer seterusnya ye noks! Jap lagi nak beraya umah korang. Gosipp raya ada lagi ker?? Nampak cam semua sinuk ngan citer sihir guna fesbuk! Pandai curi keywords ek korang, miahahahah! :)

Saturday, 10 September 2011

Balik Ke Ipohhhh!

Yeaahhhh! Berabad lama tak hapdettt belog kan, sampai Google pon nak tarik balik aku punya dot dot dot kan hahhaahhaah! Takpe la kan kan kan ekekkeek! Skang aku on da way balik Ipoh dari Besut nih. Ok, nnt hapdettt lagi noks! Hakhakhak! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014