Monday, 26 September 2011

Anak Dara Bergayut Dihujung Pokok


Hakhakhak! Adik aku lettewwww! Ni semalam kami ada misi mencari Daun Bambu. Ala...daun ni biasa orang guna untuk demam campak kan kan kan. Daun tu ramas-ramas bersama sebaldi air, then mandi pakai air tu. Daun tu jugak, blend, then campur dengan bedak sejuk, tepek kat badan pesakit demam campak. Tapi zaman skang orang pakai ubat doktor je kan, tapi nak jugak pakai yang tradisional supaya lebih cepat sembuh. :)



Mujur singgah kedai mamak, tanya mana ada pokok daun bambu area kami, pastu dia pon bagi tau, i lap u lah mamak! Miahahaha! :) Ok, adik aku pon pergi turun kereta bila dah jumpa pokok tersebut dan telah mengkompomkannya oleh makcik di kawasan perumahan tersebut. Ummi pon ikut sekali ok!. Aku and Amanda ofkos jadi Mem besar duk dalam kereta sahaja, hahahaha!





Itu dia adik and mak aku, haa....baru selesai mencantas pepokok (apa punya bahasa), mak aku hip hop abis dengan seluar singkat sebelah, miahahaha! Ok, jom berambus balik. Eh..eh...sapa yang demam campak? Anak buah aku kat kl denun...sekali 3 anak dia kena... Kat KL dia tak tau mana nak cari daun bambu ni, siannn....






Ni lah pokok daun bambu, jenis besarrrr punya, ada jugak yang kecik.






Ni pulak daun nyer. Kalau nak pasti daun ni, di keliling daun tu bergerigi and dia ada bau skit. Picca ni amik kat Google :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014