Monday 26 September 2011

Anak Dara Bergayut Dihujung Pokok


Hakhakhak! Adik aku lettewwww! Ni semalam kami ada misi mencari Daun Bambu. Ala...daun ni biasa orang guna untuk demam campak kan kan kan. Daun tu ramas-ramas bersama sebaldi air, then mandi pakai air tu. Daun tu jugak, blend, then campur dengan bedak sejuk, tepek kat badan pesakit demam campak. Tapi zaman skang orang pakai ubat doktor je kan, tapi nak jugak pakai yang tradisional supaya lebih cepat sembuh. :)



Mujur singgah kedai mamak, tanya mana ada pokok daun bambu area kami, pastu dia pon bagi tau, i lap u lah mamak! Miahahaha! :) Ok, adik aku pon pergi turun kereta bila dah jumpa pokok tersebut dan telah mengkompomkannya oleh makcik di kawasan perumahan tersebut. Ummi pon ikut sekali ok!. Aku and Amanda ofkos jadi Mem besar duk dalam kereta sahaja, hahahaha!





Itu dia adik and mak aku, haa....baru selesai mencantas pepokok (apa punya bahasa), mak aku hip hop abis dengan seluar singkat sebelah, miahahaha! Ok, jom berambus balik. Eh..eh...sapa yang demam campak? Anak buah aku kat kl denun...sekali 3 anak dia kena... Kat KL dia tak tau mana nak cari daun bambu ni, siannn....






Ni lah pokok daun bambu, jenis besarrrr punya, ada jugak yang kecik.






Ni pulak daun nyer. Kalau nak pasti daun ni, di keliling daun tu bergerigi and dia ada bau skit. Picca ni amik kat Google :)

23 comments:

  1. mak aiiii.. besor pokok tu....

    kat Ulu Kinta pun masih byk pokok bambu ni.. tp dah tinggi melangit..

    ReplyDelete
  2. uik macam tu ke daun bambuu ingatkan daun buluh

    ReplyDelete
  3. Saya pun guna daun bambu time kena Demam Campak. Lain² bahan tambahan yg boleh digunakan boleh check kat entry nie. Cepat sikit sembuh (",) http://www.anastasyea.com/2011/05/demam-campak-petua-orang-tua-tua.html

    ReplyDelete
  4. FAMILY SAYA PANGGIL POKOK BODEK.. MEMANG ELOK UNTUK ORANG DEMAM CAMPAK.. LETAKKAN DI TEMPAT TIDUR PADA SIAPA YANG DEMAM CAMPAK THEN AKAN MELEGAKAN KEGATALAN...

    ReplyDelete
  5. hai....sy Sha .....Daun tu tuk demam cmpak ke?ok2....tips ni...

    ReplyDelete
  6. td baru kwn aku tny pokok ape nak letak kat demam campak..nasib baik ko ade link nok..
    skrang byk benor org demam campak

    ReplyDelete
  7. bagus daun tu..xla rasa miang sgt badan :)

    ReplyDelete
  8. kat kampung ahkak panggil ni "pokok pait" (pait as pahit la kot)

    dulu masa berpantang, akak amikk daun ni, mandi sama m acam buat kat pesakit daun campak selama 7 hari...

    kalu baby kuning pun, mandi ngan daun ni jugak..

    ReplyDelete
  9. ooh.. ni rupanya daun bambu tu...

    ReplyDelete
  10. kita 1 keluarga pon demam 1 minggu.. :(

    ReplyDelete
  11. tu kerusi sape yg jadi mangsa tu??

    ReplyDelete
  12. Tapi kat kampong kita kan,kita panggil nama daun ni,daun Laksamana...

    ReplyDelete
  13. besarnya pokok bambu tu.. kalau lagi tinggi, lagi susah la nak menggapainya.. mau tangga pula diambil.. :D

    ReplyDelete
  14. baik2 ambik daun tu...sekali terambik dengan "TUAN" dia sekali...hah...parah!!!...hehe

    kawan saya gantung kat atas pintu masuk rumah masa anak dia demam campak...tujuan apa tak tau plk.

    ReplyDelete
  15. besar ghupenye pokok tu...masa kena campak dak arif dl, dok nak mencari jugak..tp tulah dok KL, tak gheti nak menggagau kemana, last2 baik sndiri je..hee~

    ReplyDelete
  16. Besarnya pokok dah jadi pokok saka tapi bukan hantu saka :-)

    ReplyDelete
  17. salam ieda


    ya allah slama ini akak ingatkn ubat utk dmm campak tu pokok buluh (bamboo)
    ngokngeknya

    ReplyDelete
  18. Makk ehh besornyaa pokok daum bambu tuh.. Mungkin besar sebab kiranya dia dpt memberi pada yg memerlukan.. :)

    ReplyDelete
  19. dulu2 aku ingat daun bambu tu daun buluh... rupa2nya bukan!

    ReplyDelete
  20. eh skang memang musim orang kena campak kan..serammmm...risau gak anak2 kat taska..

    berjangkitkannn...

    hermm pokok bambu besar gedabak cenggitu macam berpenunggu plak haku tengok..hahaha

    ReplyDelete
  21. mcm penah jumpa daun ni, tp tak tau pulak kegunaannya..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014