Thursday, 12 January 2012

Kisah Siti Nurhaliza Disiar History Channel





KUALA LUMPUR – Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.

Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.

Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.

Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.

Sejak itu popularitinya terus meningkat.

Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.

Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. – BERNAMA

17 comments:

  1. Confirm malam ini disiarkan? Pasti tonton. Ops bocor rahsia peminat Siti. :-)

    ReplyDelete
  2. bertuahnya jadi siti nurhaliza kan... :)

    ReplyDelete
  3. alahai siti....hehe

    ReplyDelete
  4. slm ida..;)
    hehehhehe..rezeki dia..
    tp aku x sempat tgk

    ReplyDelete
  5. memang bertuahler insan bernama siti nurhalizani...

    ReplyDelete
  6. alahai...kenapa lah comel sangat siti nih ???

    ReplyDelete
  7. http://ummijournal.blogspot.com/2012/01/elaun-cola-naik-rm-500-yeay.html

    elaun cola naik ~~~~

    ReplyDelete
  8. Hok alah la....tuah ore apo nok buat..

    ReplyDelete
  9. dashat kan dia
    tapi dia nie idokklah cantik manee
    ( ayat jelesss muahhahaha )

    ReplyDelete
  10. betul ke situ dah mengandung??

    ReplyDelete
  11. anak aku siap kenal tu. tak sangka aku. bila aku tanya sapa siti nurhaliza tu? dia ckp, alah maharaja lawak mega tu ;p kah kah kah

    ReplyDelete
  12. Kwn x nafikan yang dia memang cantik kan walaupun begitu kwn xtau kenape kwn ni bukan peminat setia dia,huhuhu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014