Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun 
Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak 
RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat 
pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam
 satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai
 sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan 
pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan 
berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban 
penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat 
persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan 
sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan 
pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan 
kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas
 itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 
pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Sumber: Berita Harian 
ehem....ehem...aku yang swasta ni hape criter? hikhikhik!  :)



swasta takdenya nak dapat macam kerajaan ni. huuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Bagus kerajaan kita ni... Gunakan dengan sebaik mungkin... :)
ReplyDeletealhamdulillahh...yahuuuuu.... tp swasta msti dpt lgi byk punye...hikhikhik
ReplyDeleteuntung la org gomen... org keje swasta tgk je.. huhu.. sedey..
ReplyDeleteseparuh gaji.yang gaji dah ribu ribu banyak la. yang gaji sikit dapat sikit. adil cemana gitu.????
ReplyDeletepatut yang gaji sikit tu bagi la sebulan gaji. yang gaji bayak tu bagi 500. yang dah senang, senang lagi.
yang swasta dok dendiam...miahaha....
ReplyDeletebest la..tp ofc sy pon insyaALLAH ada..salam ramadhan
ReplyDeleteRM500...abis kt atas hi-way je la ieda oii...duit minyak+duit toll+duit makan...yg tinggal RM0...hahahaha...
ReplyDeleteSYUKUR ALHAMDULILLAH.. TAPI BIASANYA SWASTA LAGI KENCANG BONUSNYA...
ReplyDeletenak bonus gakkkkk huhuhu doa2kan lah kita eh
ReplyDeleteaku pun xtau lg beb dpt ke x..hmmm..
ReplyDeleteswasta lagi berkepuk2 kalo bonus...mau berbulan2 punye gaji..
ReplyDeleteBila boss nak umumkan pemberian bonus pula?
ReplyDelete