Tuesday 9 August 2011

Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2011 - Setengah Bulan Gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Berita Harian


ehem....ehem...aku yang swasta ni hape criter? hikhikhik!  :)

13 comments:

  1. swasta takdenya nak dapat macam kerajaan ni. huuuu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... Bagus kerajaan kita ni... Gunakan dengan sebaik mungkin... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillahh...yahuuuuu.... tp swasta msti dpt lgi byk punye...hikhikhik

    ReplyDelete
  4. untung la org gomen... org keje swasta tgk je.. huhu.. sedey..

    ReplyDelete
  5. separuh gaji.yang gaji dah ribu ribu banyak la. yang gaji sikit dapat sikit. adil cemana gitu.????

    patut yang gaji sikit tu bagi la sebulan gaji. yang gaji bayak tu bagi 500. yang dah senang, senang lagi.

    ReplyDelete
  6. yang swasta dok dendiam...miahaha....

    ReplyDelete
  7. best la..tp ofc sy pon insyaALLAH ada..salam ramadhan

    ReplyDelete
  8. RM500...abis kt atas hi-way je la ieda oii...duit minyak+duit toll+duit makan...yg tinggal RM0...hahahaha...

    ReplyDelete
  9. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. TAPI BIASANYA SWASTA LAGI KENCANG BONUSNYA...

    ReplyDelete
  10. nak bonus gakkkkk huhuhu doa2kan lah kita eh

    ReplyDelete
  11. aku pun xtau lg beb dpt ke x..hmmm..

    ReplyDelete
  12. swasta lagi berkepuk2 kalo bonus...mau berbulan2 punye gaji..

    ReplyDelete
  13. Bila boss nak umumkan pemberian bonus pula?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014