Wednesday 10 August 2011

Mati Selepas Makan Juadah Dari Bazar

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.


Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.


“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.


Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. 

credit to Berita Harian


18 comments:

  1. kesian budak tu
    adoiii peniaga2 bazar ramadan...pls lah jg kebersihan n jgnlah jual makanan yg x elok...

    ReplyDelete
  2. KADANG2 JUADAH YANG DIJUAL DI BAZAAR NAMPAK BERSIH DARI SEGI ZAHIRNYA.. TAPI BATINNYA SIAPA YANG TAHU...

    ReplyDelete
  3. innalillah... semoga Allah melindungi kita dan keluarga..kena pilih gerai yg bersih..lagi elok masak sendiri je :P

    ReplyDelete
  4. Allah... kesiannya

    tapi mmg betul, peniaga2 bazar, tolong lah jujur pada diri sendiri

    ReplyDelete
  5. Kesian betul bila baca apa yang terjadi kat keluarga ini. =(

    ReplyDelete
  6. al fatihah buat mangsa... kepada peniaga jangan la pk untung saja... x berkat meniaga...

    ReplyDelete
  7. kalau betul abc tu penyebab kematian, berapa ramai yang mati agaknya sesudah makan abc yang dibeli dari peniaga tu?

    ReplyDelete
  8. Kesiannya budak tuh, memang ptot kena tindakan akibt kecuaian peniaga. Huhu.

    ReplyDelete
  9. salam..
    kesiannya..
    simpati buat keluarga si mati
    dan Al-Ftaihah buat arwah..


    mati ni di mana-mana, baik di rumah mahupun di hospital..begitu juga caranya, mati sakit jantung,mati stroke dan sekarang, mati makan juadah berbuka..wallahualam.

    ReplyDelete
  10. alahaiiiiiii kesiannye...
    kadang2 kita membeli di bazaar tu saje nak bantu peniaga je....

    tapi kadang2 sempat tak sempat nak masak...

    ReplyDelete
  11. masyallah ... takut tui ler.. tu yg x berani nak beli sgt kt luor..

    ReplyDelete
  12. kesian, tak pasal2 jd mangsa penjual yg kejar untung..

    tp bgus la diorg, xde pun nk saman2 ke apa..

    ReplyDelete
  13. AL-Fatihan untuk anak. daripada kaca mata undang-undang memang sewajarnya bapa si mati mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga itu kerana peniaga itu mempunyai kewajipan memastikan pelanggan nya tidak menghadapi kesusahan atau kerugian daripada barang yang dijualnya.

    ReplyDelete
  14. kesian kan..moga jd iktibar kat peniaga lain, jgn asyik nak kejar untung je..

    ReplyDelete
  15. tu yg x suker klu anak2 beli di bazzar ramadhan.

    ReplyDelete
  16. Al Fatihah kepada arwah. Lebih berhati-hati membeli juadah berbuka

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014