Thursday 12 January 2012

NetKL - Harga Domain Naik Lagi

Sapa pakai domain dari NetKL. Aku!! Sendiri tanya sendiri jawab HOHOHO!! (santa hitam datang lagi). Tengah drive pergi opis, tetiba email masuk. Parking je kete terus tengok email, dari NetKL, pehal la pulakkkk...Harga Domain Naik! Ok! Tak kisah sebab dia alasan yang tertentu. Lagi pon bukan mahal mane naik dua tiga hengget je. 


Rasanya ramai dah tahu, aku ni je yang selalu terlepas kapal cruise tom kurus. So ni REMINDER ok! Jadinya dengan ini silalah renew domain anda sebelum 15/1/2012.

Kepada pelanggan yg kami hargai,

Berikutan pengumuman Verisign untuk menaikkan harga domain pada 15/01/2012 nanti, kami telah menerima makluman rasmi dari registrar domain kami, bahawa mereka akan menaikkan harga domain gTLDS sebanyak 7% untuk setiap domain tersebut, bermula dari 15/01/2012 nanti.

Berikut ialah antara pengumuman dari registrar:


Oleh itu, kami dengan berat hati terpaksa ikut harga kenaikan ini untuk menampung kos operasi. Jika kami kekalkan harga lama, kos operasi kami akan menjadi lebih mahal dari harga jualan, lalu mengakibatkan kerugian bagi setiap domain yang kami jual/renew/transfer.

Dengan itu, harga baru bagi domain gTLDS akan menjadi RM35.00 untuk setiap domain bermula dari 15/01/2012, pukul 12.01 pagi.

Jika anda mahu renew dengan harga lama, anda boleh sahaja renew domain anda sekarang SEBELUM 15/01/2012. Anda boleh renew sehingga 10 tahun sekaligus, jika anda mahu. Untuk renew, sila login ke dalam Client Area anda (http://billing.netkl.com/clientarea.php), kemudian, pergi ke option Domain, dan tekan Renew.

Sila ambil perhatian bahawa mana-mana invois yang anda masih belum bayar selepas 15/01/2012 akan dicaj dengan harga baru ini secara otomatik, jika anda bayar selepas 15/01/2012 nanti.

Walaubagaimanapun, jika anda beli hosting kami & mendapat domain PERCUMA dari kami, anda tidak perlu risau, kerana NetKL akan tetap sponsor domain tersebut secara PERCUMA. Selagi anda renew hosting dengan NetKL tiap-tiap tahun, selagi itu lah domain tu PERCUMA.








Gelabah beb, dalam akaun bank tinggal seringget tujuh ploh lima sen, bahagianya kalau ada satu juta tujuh ratus lima ploh ribu dalam tu! HAHAHA!

11 comments:

  1. ape ni ? xpahamla.. heheeh sorry kita lembab sikit pagi2 ni.. :P

    ReplyDelete
  2. aku x pakai domain2 ni..belum cukup mampu.hahahhaa

    ReplyDelete
  3. rara teringin nk pakai domain.tp takut tak bleh bayar.hehe

    ReplyDelete
  4. oo okla tu rege dia ek
    somi sy domain blog dia RM50 setahun

    ReplyDelete
  5. Domain tu ape yek?kuang3.....huhu

    ReplyDelete
  6. Kalau ada duit juta2 bukan setakat bahagia je mau boleh gilas2 jadinya...:)

    Saya belum pakai domain2 nih.

    Salam ukhwah.

    ReplyDelete
  7. ada cadang nk guna domain sendiri sepena tahun baru 2012 nih...niat terbatal atas kebizian...dan terus dilupakan..tunggu harga naik lagi la kot..

    ReplyDelete
  8. Bhagianya kalau kaya cam paris hilton..hahahahaha


    *Jue singgah yunk..:-D

    ReplyDelete
  9. Baru naik 3.40 okay lagi. Kalau buat simpanan selama 12 bulan untuk pembaharuan nama domain baru sahaja RM2.91 sebulan.

    ReplyDelete
  10. skrg ni aku pakai syrkt lain punye domain ... hosting je dgn netkl ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014