Monday 11 April 2011

BELI IPAD2 HARGA RM 3 JER





Caya tak? caya tak? Mesti tak caya lah tu, ceh! Betoi! Hehehehe! Citer nyer gini, minggu lepas, banyak betoi la kereta penuh tepi jalan kubur cina kat ipoh ni, benda ni macam dah kebiasaan lah setiap tahun, dah tau mesti mereka melawat kubur, bila nak pergi kerja tu, dalam seminggu tu kena cari jalan alternatif untuk pergi opis. 



 Sebenarnya ini upacara Festival Qingming atau festival membersih pusara nenek moyang, yang berlangsung selama 4 April sehingga 20 April setiap tahun, dengan itu mereka yang datang membawa baju, kereta replika dan terbaru IPad2 replika, tu pasal tiga hengget je....




 Hehehhee! Jangan korang berangan nak ada IPad2 dengan harga tiga hengget, termasuklah aku! Huahauahua!



KEKURANGAN bekalan iPad 2 keluaran Apple bukan sahaja berlaku di alam manusia malah turut melanda alam selepas kematian apabila banyak keluarga berketurunan Cina di Malaysia berebut-rebut membeli replika kertas gajet terbaru itu.


Replika kertas itu dibakar sebagai salah satu amalan yang berusia ratusan tahun untuk dihantar kepada roh nenek-moyang mereka di dunia yang lagi satu.


Sepanjang Festival Qingming atau dikenali sebagai festival membersih pusara berlangsung dari 4 hingga 20 April setiap tahun, komuniti Cina di Asia akan mengingati roh nenek-moyang mereka dengan membakar duit palsu atau replika barang-barang mewah seperti kereta dan beg berjenama mewah.
Festival yang bertunjangkan ajaran Confucius itu mendidik pengikutnya untuk taat kepada keluarga dan amalan tradisi.
Ia turut diraikan oleh sebilangan besar penduduk Malaysia berketurunan Cina.
888 gigabait
“Sesetengah pelanggan mendapat alamat mimpi bahawa saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia meminta barang-barang mewah termasuk iPad2.
“Buat masa ini, saya boleh menawarkan model iPad sahaja,” kata penjual barang-barang sembahyang Cina, Jeffrey Te sambil mengisi replika wang ke dalam bekas di kedainya yang terletak di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur.


Selain model iPad, beliau juga menawarkan model gajet replika kertas lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy Tabs.

Sama seperti masalah kekurangan bekalan yang dihadapi syarikat Apple Inc., Jeffrey telah mengimport sebanyak 300 buah iPad 2 dari China sebagai persediaan menyambut perayaan Qingming tetapi ia habis dalam masa yang singkat. 


Dia kini berdepan permintaan yang semakin meningkat.Jeffrey menjual model kertas komputer tablet jenama iPad dan iPad 2 pada harga RM3 sahaja untuk memori berkapasiti sebanyak 888 gigabait, jauh berbeza daripada harga iPad yang sebenar iaitu RM1,500 bagi setiap unit komputer pintar yang berkapasiti 16 gigabait.


Kapasiti replika kertas sebanyak 888 gigabait dipilih kerana dalam budaya orang Cina, lapan adalah nombor bertuah.Namun, tidak semua orang Cina akan membeli replika kertas yang berupa gajet-gajet teknologi untuk dikirimkan kepada saudara-mara yang telah meninggal dunia.


“Mereka yang berada di alam sana terdiri daripada warga tua, jika kamu mengirimkan sesuatu benda seperti iPad, mereka tidak tahu menggunakannya.
“Jadi kami masih mengamalkan perkara tradisional seperti menghantar kasut, baju dan keperluan lain,” kata Thomas Soong, 61, ketika ditemui sedang membakar sejumlah wang palsu di kubur neneknya.
Sementara itu, ahli sosiologi dan antropologi yang banyak mengkaji perihal masyarakat Cina, Ann Wan Seng, 43, berkata, perubahan barang-barang yang dibakar adalah cerminan masyarakat Cina sebagai suatu bangsa yang bersedia menerima perubahan.
“Perubahan itu bukan sesuatu yang bersifat fenomena tetapi adalah manifestasi kaum Cina kepada sikap, pandangan dan cara hidup mereka yang mudah mengadaptasi perubahan pada bila-bila masa.


“Saya masih ingat lagi 40 tahun dahulu, kaum Cina sudah pun membakar barang-barang teknologi seperti telefon dan televisyen yang ketika itu merupakan teknologi canggih,” kata Wan Seng kepada Jurnal.
Mengulas mengenai pandangan sesetengah masyarakat Cina yang berbeza pendapat berkenaan gajet-gajet elektronik dijadikan bahan pemujaan, Wan Seng menyifatkan itu adalah pandangan peribadi individu.
Apa yang penting, kata beliau, matlamat sebenar upacara tersebut dapat dihayati.

“Sejarah Festival Qingming dikesan wujud sejak 3,700 tahun lalu. Ia adalah suatu acara simbolik orang yang masih hidup menunjukkan penghormatan, kesetiaan dan tanda ingatan serta pernyataan membalas budi kepada si mati.

“Oleh sebab itu, apabila seseorang itu membakar banyak barang keperluan, ia ditafsirkan sebagai perasaan semakin sayang orang yang masih hidup kepada si mati,” katanya.


Selain itu, Wan Seng menambah, jika barang keperluan tidak dihantar, si mati akan kelaparan dan sengsara di alam sana dan ditakuti mereka akan pergi ke alam manusia serta mengganggu cucu-cicit mereka.-kosmo online

15 comments:

  1. cet!! ye ye aje...baru berkobar...=)

    ReplyDelete
  2. smlm ada baca psl ni dlm kosmo. huhu

    ReplyDelete
  3. hahahhaa....kaum cina mmg camtu...kalo mati..BANGLO,kete MERC, semua yg best2 diaorgbeli yg kertas pastu bakar..konon2 bleh guna di alam lain..hahahhaa

    ReplyDelete
  4. hahahaha..ape ke bodohnya la amalan depa ni..adeiii..xde maknanya bakar bende2 tu smpai ke mendiang deme..usahkata kelaparan..mmg terseksa pn..nama pn kafir..Allahuakbar..kesian..

    ReplyDelete
  5. bab manipulasi tajok...u memang champion..boleh ganti Awang Selamat dalam Utusan Malaysia...

    ReplyDelete
  6. huhuhuh mmg tak berpekdah dorang tu kan...... habis semua dibakorrr.. kita bakorr jer

    ReplyDelete
  7. lorrr tipah tetipu pekdahnyer..
    ptut ler masa jnjalan kt ipoh dlu tgok kdai smayang cina der jual memacam barang.. umah ler.. keter ler... tpon ler... tapi ketas ler.. utk ini ghupernyer... ktinggalan nyer mak pinky ni oii

    ReplyDelete
  8. ye ye je kan...tu lah kepercayaan masing yer tak...masa kecik selalu gak nengok china duk membako kete, rumah, duit...

    ReplyDelete
  9. uit..ingatkan betul2 tadi...heheh

    ReplyDelete
  10. kesian btol dorang ni kan.dah mati baru boleh pakai ipad.semoga diorang dpt laa bermain ipad dialam sana sambil update status fb..eh, boleh ka? kita bkor ajerr..

    ReplyDelete
  11. ceh..ko ni ieda...ngeri la tajuk entry ko tuh....

    ReplyDelete
  12. hikss..
    ramai yg terpedaya dgn tajuk entri kak ida

    :P

    ReplyDelete
  13. uish tang ganggu cucu cicit tu yg tak menahan tu hihihi

    ReplyDelete
  14. Ceh baru hendak 10 biji untuk bagi Emak Saudara. Ha..ha..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014