Thursday, 31 March 2011

5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

 comel kan, yang merah tu bukan anak setan, kang kalo letak kaler hijau, korang kata toyol pulak! hahahaha!



 Aiceh! Mekasih buat Ah Bang Abadi Romeo selamanya kerana telah menyenaraikan nama beta dan memberi harapan setinggi Gunung Korbu untuk membuat entri ini, hehehehehhehehehheheheeh! Panjang gelak tanda suka betoi le tu :) Mane taknya, ada juga yang sudi menyerahkan projek khas ini pada beta yang di cipta khas oleh Denaihati yang popular tu, hahahah!



Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER (aku google, kluar gambar di atas, heheh) yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda (ayat kopi pes kapal api).



 Ok2..sebelum merapu lebih lanjut, kita kembali tujuan asal. Sila senaraikan 5 blog paling kerap di lawati 2011, mari kita lihatttttt, siapa yang kenaaaaaa! :


  1.  Ahkak Geli
  2. Jiji Yu
  3. Niza KancilBiru
  4. Puan Capa
  5. Anisa Hang Tuah

Dan disini saya ingin menyerahkan wasiat agar 10 oarang di bawah yang istimewa ini dapat membuat entri ini jugak, hehehehe! Semua nama glamour memang glamer noks! hahahah :)

  1.  Risa
  2. Lisa (Suria Amanda)
  3. Sarah
  4. Cik Puan Akis
  5. Inaachik
  6. AkuBioMed
  7. Mrs. Fiza
  8. BardBoo
  9. Mazlin Nordin
  10.  SiTedi


Sekian :)

pernah kah kau rasa bila cinta sudah tidak lagi bermakna?

































pernah kah kau rasa bila cinta sudah tidak lagi bermakna? ceh!







Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 
kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yangku dapat 
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 
Uuu…

 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
.....
Dalam harapan ...uuuu

KONTES TAYANG BOIFREN...EH , SENGAJA SILAP BBF LAH! HAHAHA!


Ini semua salahkan keatas keseksian Ameh kerana telah tag aku merangkap kawan rapat atau dengan lebih afdhal nyer BFF kata orang-orang KL sekarang. Ceh! Kalau tak menang aku siap ko ameh, kena belanja aku makanan yang paling mahei kat KL de nun hahhahaha! Segala syarat, keramat dan pengeras boleh rujuk di belog Misz Ein sebab dia lah tokei yang nak bagi hadiah buat kome-kome yang mengejoin kan diri. Panjang je pembukaan aku, hahaha!






Haa..yang tengah comei tu le BFF aku. BFF mengarut memang le ramai, kang letak banyak gambo kang kalah peserta lain, hahahah! Tapi yang bebetoi BFF tu le si Ameh yang kat tengah tu, mengarut pon ye, berbaik pon ye, bergaduh pon ye. Rasanya dalam semua kawan, dia yang banyak berterus terang, kalo benda tu tak elok untuk aku, dia akan bagi tau depan-depan dan dengan biasanya aku terima dengan hati terbuka, ceh! skema ke ayat aku ni? geli pon ade, hahahaha!
 Memula jumpe dia benci giler kot, yele dia masuk je kelas terus dok tempat aku, padan muka aku pon, selalu tak datang sekolah, dia pon amik tempat aku, ahahhaha! Pastu kene halau kan dok tempat lain (bajet gangster, hahahah!) Lama-lama bila kawan, keluar sesama, balik sekolah sesama, baru terasa kemesraan (ewah! getik aku weh, hahah!) leh tahan gak si tembam ni, getus hati mulus ku, hahahaha! Lelama si tembam yang comel sangat ni jadi kawan baik aku.


 Kalau dalam kelas tempat kami kat belakang ujung kelas, masuk kelas, sembang bla-bla-bla...pastu tido kan ameh kan...itu je keje ko, termasuk lah aku, hahahaha! Bile cikgu jerit je baru dua-dua gelabah bangun kan. Pastu aku suka tak siap homework English. Maleh buat sebab aku tau Ameh teror English, kompom ko buat, aku tiru aje, hahahah! Pastu time Fizik aku buat homework English, ko tolong kaver line kan, camne ntah 1 ari ko gamaknya terlebih makan makjun, lupe kaver line tetiba je cikgu fizik datang belakang aku tepuk kantoi tengah buat English! Ceh!


 Kalau bab tukar CD lagu tu, ko le suka mengajo aku, hahahaha! Ape le layan Nelly Furtado time tu, yele aku bajet aku cun muka cam Nelly Furtado time tu, hahahaha! Ko pulak bajet ganas layan CD Green Day, weh aku layan Green Day kat umah mengamuks mak aku kate lagu hape-hape ni, hahahaha! Sebbek papa aku memahami dengan bagi aku tujuh hengget buat aku beli CD Green Day kat pasar malam cina depan umah mak aku tu, hahahah! Pastu main tuko-tuko CD kat sekolah kan, al-gamaknyer Tuhan marah, tetibe je ade spotcek oleh Darimi and the gang. Sebbek si Farid tu ade, campak CD kite kat luor tingkap, hahahaha!


Citer bab boifren leh? hahahha! ishh..malu lah! aku takde boipren..lalalalaa...


 Pastu balik sekolah suka merayap kan, pergi Ipoh Parade le, ape lagi ek, GM kan, GM tu aku ngan ecah n the gang, ko budak baik, anak mak tak leh ikut aku sangat, ahhahaha! Pastu petang baru balik umah, aku biasa amik bas last kul 6, ko punya bas bebile je ade, benci aku. hahahah! :)


 Weh, ingat tak kite ponteng kelas dalam toilet sebab takmo masuk kelas matematik tambahan kan? eh..ke lukisan kejuruteraan? aku pon lupe sebab aku banyak ponteng, hahahaha! 


 Bila dah beranak pinak ni, teringat kisah lama seronok le yang amat. Biar le orang kata kita ni nakal (termasuk ecah n the gang), tapi semua menjadi kot! Kerja pon ok, takde le jadi penari jalanan or apekejadahnya. Kadang hidup ini tak leh terlalu skema, bila dah beranak pinak camni, baru terasa waktu dulu sangat indah :)


 Weh, giler ni kontest ke entri???? Hahhahahaha! 2 in 1 ok, harap diterima :) Tag 5 orang iaitu :-

  1. Ahkak Geli
  2. Weeda
  3. Kak Ieda
  4. Nabila
  5. Elissmie

Tuesday, 29 March 2011

VIDEO PERKEMBANGAN JANIN DALAM RAHIM IBU

Aduihaii...tersentuhhh sungguh...dengar degup jantungnya...









“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...".







macam celaka je lelaki nih!


Anis Iyazirah Yaakub, 21, dari Permatang Tinggi B di sini yang masih dalam pantang, kini dalam proses membuat permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya, Nurin Syifa Irdina, selepas berbincang dengan keluarganya.


 Wanita malang itu ‘kehilangan' anak perempuan berusia enam hari setelah dilarikan suaminya ke kampung ibu mentuanya di Sik, Kedah, yang kemudian menceraikannya empat hari selepas itu tanpa mengetuai sebab musababnya.








Malah, bekas suami ibu muda itu turut mencabarnya supaya menggunakan apa cara sekali pun untuk mendapatkan semula Nurin, namun tidak akan menyerahkan bayi itu.


“Saya puas merayu dan meminta bekas suami memulangkan anak kami semula dan saya juga ada meminta dia berbincang jika ada sebarang masalah.



“Dia (bekas suami) berkeras tidak mahu menyerahkan semula anak itu kepada saya, malah seperti mencabar supaya saya gunakan cara apa sekali pun termasuk membawa polis untuk mengambil anak kami." kata Anis ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.




Baru-baru ini, Berita Harian menyiarkan nasib malang Anis bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya selepas melarikan bayinya itu.


Anis mendakwa, Nurin yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dilarikan bekas suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi pada 2 Mac lalu.



Wanita itu mendakwa, bekas suaminya memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, dan akan membawanya pulang semula ke rumahnya.


Bagaimanapun, apabila bekas suaminya tidak menghantar anaknya pulang dan mengesyaki dilarikan, Anis membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas, beberapa hari selepas kejadian.

Selepas dipisahkan dengan Nurin, kehidupan Anis tidak tenang dan sentiasa teringatkan anaknya. Akibat terlalu rindukan kepada Nurin, Anis sanggup memandu kereta ke Sik, semata-mata mahu berjumpa anaknya.
 


Ketika berada di rumah mentuanya, wanita itu ditegur ketika mahu memegang anaknya yang sedang nyenyak tidur, dengan alasan supaya tidak mengganggu. Dia hanya dibenarkan mencium pipi dan dahi anaknya sebelum pulang ke sini.


Pada 6 Mac lalu, wanita itu menerima khidmat SMS daripada suaminya yang berbunyi:




“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...". - berita harian online

Monday, 28 March 2011

GAMBAR JE...EH, ADA LA JUGAK CAPTION SESIKIT, HEHEE!

kite bako aje! kata usop antu kak limah, hahaha!


 
 







jangan tengok baby ni, cuba fokus yang belakang sekali tu, udah terdampar penat kipas ayam, hahaha!

 







ape name air ni rara? aku pon lupe tapi sedapppp sangat, hahahah!







makan reramai bebulor adalah sangat nikmat :)








beteday girl muncung aje, macam apaknyer, jangan salahkan mamanyer, hahahaha!







mak bapak adalah wajib over eksaited. epy bufday versi jerman, hahaha!







bersilat depan kek ;p








anak aku udah ruper tugu negara kebangsaan. bagus-bagus. majulah sukan untuk taman rapat perdana! hahahah!








perasaanyer mungkin perasan comel tapi muka cam kat dalam paper kosmo je







jangan salahkan aku bile terasa nak jadi beteday girl tua, mungkin pembwakan budak, jangan salahkan aku ;p




















ada 3 org tengah bergayut kat aku. baby dalam perut, zara, lagi sorang amanda, ada kat kaki belah kanan, hahaha!






mak aku suke belakon kaco-kaco ayor





kek beteday






gelap. hitam je. ceh!








mengipas ayam takpe, jangan kipas bos







gambo beteday girl bawah sekali, hehehehe! jangan marah ;p






chenta ati amanda hahaha ;p






papa aku merangkap tok bib tengah perasan comel, hahahha! ;p

Friday, 25 March 2011

PERGI KLINIK GOMEN JE, TAK MAIN LA SWASTA-SWASTA NI, HAHAHAHA!

Hari Rabu ari tu pergi checkup Amanda 2 tahun. Aku pergi klinik gomen aje, tak main la swasta-swasta ni, hahahahha! Tak sebenarnya, aku ni bukan le kaya mane nak pergi klinik mahei tu, lagi pon kampeni kedek kot, takde panel bagai, miahahaha! Tapi aku puas ati je ngan klinik kerajaan kalo nak buat checkup anak dan baby dalam perut comei ni.


 Orang kata pergi kelinik kerajaan kene tunggu sampai 2-3 jam, aku takde....kejap aje dalam 15 minit dia panggei aku terus masuk bilik, terus check Amanda, pastu mula lah sessi skema pung pang pung pang tanya itu ini. Aku dengan yakin dan jaya nya cakap semua ye..ye..ok..ok..boleh..dia boleh buat semua sendiri, hahahahha! eh, jawapan betoi tu, bukan memain, kalo tulih kat sini je nampak cam merapu skit, hahahaha! Pastu dia bagi ubat, leh balik, settleeeeeee! Duit tak yah bayo, masa pon jimat, pastu terus balik umah, tak masuk opis dah, dah tentu bos bajet kalo pergi kelinik kerajaan kene tunggu sampai 2-3 jam kan, hahahahhaha! Leh lebih masa ngan anak dari beramas mesra dengan bos dekat pejabat kan, hahahaha!


Masa beranak dulu pon aku beranak dekat spital kerajaan je, semua orang tanya, nanti nak bersalin mane (masa anak pertama dulu), aku jawab je le spital kerajaan, pastu mereka-mereka ini mula buat muka cuak macam alien festaim sampai kat amerika. Benci aku weh, siap persoalan dan ayat penyata yang kurang menggugat iman aku. "ee..ko tak takut ke weh??? macam-macam aku dengar spital kerajaan ni tau!" , "ko tau, misi kat spital kerajaan cam hampeh!" Gugat iman tak?? tak...ade aku kisah....tapi ade jugak yang cakap "ala...sakit sama je weh bersalin kat mane pon"...ok boleh diterima. Tapi kata orang layanan nyer. Tau tak aku dapat layanan macam mane? Meh aku nak citer.


 Aku setat sakit nak beranak terus ke spital kerajaan. Pastu dia tahan. Ok semua. Takde misi marah-marah eh...elok je aku tengok. Paling terharu kot, masa kau sakit sangat, misi pegang tangan aku, pegang perut aku pastu dia ajar doa hilangkan sakit, dia baca aku ikut, lama jugak le sebab aku tak tahan sakit. Masa tu kat labour room dah. Masa tu gak terdetik dalam ati aku, baik je misi gomen, apsal diorang cakap memacam, ciss pedulikan! Datang pulak misi cina tua, datang urut-urut belakang aku, sebbek tak stim, hahahah!  Tup tup beranak, esok leh balik. Hahahahhaha!



 cam tak caya citer aku ni kan,percayalah! percayalah! sebab misi yang check up anak aku  tu member sekolah aku dan misi yang dengan aku kat labour room adalah kawan laki aku punya bini, hahhahahaha! Mesti le dapat layanan lain skit, miahahahaha! Kesimpulannya, kene lah banyak kawan, banyak manfaatnya, sekian terima kasih, hahahahha! 




 ceh! nak kutuk aku le tu! hahahahah :) tidur lena pagi senyuman, hakhakhaktuiii! :)

Thursday, 24 March 2011

JUDI ITU HARAM!

Dalil-dalil tentang Haramnya Judi


Allah SWT telah mengharamkan perjudian di dalam Al-Quran Al-Kariem dalam firman-Nya.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: 'Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ' Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, (QS. Al-Baqarah: 219)




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.(QS. Al-Maidah: 90)







إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu .(QS. Al-Maidah: 91)
 
  




 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan
angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh
manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."




"Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan."

Wednesday, 23 March 2011

EH, MEH SINI AKU NAK TERANGKAN PASAL DADAH!

 Ape kes tetibe je pagi rabu nak cerita pasal dadah, takde topik dah gamaknyer, hahahaha! Takpe, sekurang-kurangnya boleh tambah ilmu dan dijadikan panduan buat yang tak tau. Ingat, tak semua perempuan bodoh dan tak tau pasal dadah. Kebanyakan perempuan sekarang luas pengetahuan, jangan mulakan. Eh..eh over pulak, hahahahah! 



Gambar atas ni adalah syabu atau nama nak glamer adalah ICE. Macam lagu ice ice baby awal tahun 90an tu.




Rupa Syabu
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya




Pembungkusan Syabu 
 Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.




Kesan Jangka Pendek:
  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.
 
 
Kesan Jangka Panjang:
  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati. 




CIRI PENAGIH - Yakin pada diri sendiri , bertenaga dan cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan.


Kalo nak mati cepat, silakan.



 




eee....geli!

selalu je sesak-sesak napas kan...kan susah...





kesian..jauhi dadah!





ruper gini??? anak pon takmo tengok, anak kucing pon larik macam jumpe jembalang!


 





kalo rasa nak makan free yang tak best, masuk penjara


 






giler kretip yang amat, Tuhan bagi otak elok-elok tapi gunakan macam nak jadi saintis tak lepas exam!


Jauhi dadah!!! Anda selamat, keluarga selamat, masyarakat selamat, negara maju! Jangan biarkan diri terlibat dengan najis dadah, jangan biarkan anda dipulaukan keluarga, anak bini dan masyarakat, fikir-fikirkan!


 macam ucapan je. lantak le.panduan dan peringatan untuk semua. hati-hati.

segala gambar aku ucapkan terima kasih buat belog Selurut Manis

Tuesday, 22 March 2011

AKU PAKAI KAU HAMPIR SEBULAN, TERIMA KASIH!

Terima kasih sebab kamu memang lumayan. Sudah hampir sebulan aku pakai ko balik, aku dah boleh beli set bersalin Amway, hahahahhaa! Terima kasih! Jasa mu ku kenang muah muah (ikhlas, heheh). Terima kasih Innity :)



 set bersalin idaman qalbu, ceh baru mengandung kot! hahahaha!


CARA-CARA APPLY INNITY ADS | ..:Ieda Al-Habsyi:..

BENGONG! AKU SENTAP TAU! DAH BUAT REPORT KAT ABANG POLIS!

1 hari, 2,3,4,5,6,7 hari tak update belog! Huahuahua! Bajet tulih kat pesbuk yang belog sudah dututup, sekiam terimam kasihim, mengada je kan, hahahaha! itu lah yang di namakan bajet, hahahaha! Weh aku sentap seminggu weh! Ni bukan kes tak dapat ngan laki aku ni, ni kes sentap ngan makhluk jadian mane ntah!



 Ade ke dia sesedap tangan kerdut tu nak letak nama aku dan link belog aku kat belog orang lain. Pastu dekat shout box aku pon dia letak nama aku tapi siap promote belog jualan dia. Kira camni..

 IedaAl-Habsyi: Terima kasih semua singgah ke belog ini.


 Fine. tu lih tu je takpe, aku buat dono je, pastu esoknyer dia tulih camni pulak


 IedaAl-Habsyi : Silalah lawat ke belog ini [link] <------link ke blog perempuan jual produk beso tetek, ponggong jatuh pastu hilang kan jerawat! 


Sentap kot! Agak-agak le, produk takde jenama pastu guna nama aku! Kang tak pasal-pasal nama aku busuk di alam fantasi ini sebab jual produk ntah hape-hape ntah!Nak jual boleh, gunalah nama ko sendiri, aku tak marah! Ramai promote jualan kat belog ni, aku tak kisah janji pakai nama belog ko sniri ok! Nape, name ko dah tak sedap sangat ke? dah tau tak sedap tukar je yang lain, nak pakai name aku ape kes?!?!


Hahahaha! Aku nak gelak pon ade tapi sentap sikit je. Siap aku maki kat shout box dia, padan muka! pastu tau plak nak delete ape yang aku tulis, piiirahhhh mabukkk!


 Eh eh aku punya shout box tu dah buang, lupe nak print skrin tunjuk bukti terpaksa taip cam kat atas, hahahahah! Tak pe, aku dah report kat abang polis misai tebal alagappass! 


 Pasni bersiaran seperti biasa selepas hati dah sejuk, uhuhuh! Sentap kot belog hodoh-hodoh biase aku ni jadi mainan, jangan main ngan aku kang aku main kan kau balik, eh..semacam je bunyi..hahahahhaa!

Tuesday, 15 March 2011

T_T



where is the love?
"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun...."

Monday, 14 March 2011

TAKZIAH BUAT BLOGGER ABAH_IZZ

Al-Fatihah
 Beliau telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30 tghari tadi (14/3/2011) di Hospital Sutanah Nurzahirah Kuala Terengganu setelah tidak sedarkan diri selama 8 hari di ICU.


Segala berita lanjut, di belog pak cik Lie

Saturday, 12 March 2011

HEI..HEI..HARI NI HARI JADI AMANDA TAU!



12 MAC 2010 - GENAP 2 TAHUN!

HAPPY BUFDAY AMANDA!

 Alhamdulillah, syukur kepada mu Ya Allah, atas kurniaan anak yang sangat bijak dan sihat, alhamdulillah!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014