Tuesday, 26 January 2010

25 SEBAB SUAMI JADI "MENTAL"

credit 2 google...

25 SEBAB SUAMI JADI "MENTAL"!!


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "


2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer ..ok tak"


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..please "


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... ehem..ehem.. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."


13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahanI ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. "..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."



DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

13 comments:

  1. wah...good info ni...tq for sharing...kelako plak gambo tu ek...

    ReplyDelete
  2. huhuhu....info yg bagus..tapi aku ni PJJ..jarang le laki aku hot...tapi mayb hot..bila time rindu merindu..kui kui kui...

    ReplyDelete
  3. 25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
    di malam Jumaat. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
    susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
    masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."


    HAHAHA..suka point ni

    ReplyDelete
  4. ahhaahha aku suka ayat yang last kacau dodol tue..kot cakap gitu kat laki aku..maw dia rendam aku dalam belanga plak nanti..hahahahah

    ReplyDelete
  5. memang bleh kene mental hubby kite..

    ReplyDelete
  6. sangat berguna info ni..tapi yang paling tepat # 25

    ReplyDelete
  7. bagus la info nih... hajar pun xtahan ngan statement no 25 tuh... kihkihkih...

    ReplyDelete
  8. scary....ni yg jd takot nk kawen neyh..hahaahaha ;D

    ReplyDelete
  9. yg #25 kacau dodol tu xtahan.. ada ke org kacau dodol memalam ahakkk.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  10. A'a.. la bagus tol info nie.. bkn aper utk peringatan.. maklumla owang pompuan nie memg suke sgt melengah2kan mase terutamanyer yg no 25 tu.. he3x.. yg lain tu ok jer kot..

    ReplyDelete
  11. yang last tu tak tahan sekali tu..kadang2 skip gak..haha

    ReplyDelete
  12. bagus la eida ni, ghajin mencari info..^_^..pepun apa yg terlist tu mmg diakui betoi sesangat! ^_^ tmbh2 yg no25.! :p

    ReplyDelete
  13. apa kes kaco dodol malam jumaat....nk raye ke hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014