Sunday 31 January 2010

KURANG KUALITI


JIKA masih ramai beranggapan program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) tidak lagi relevan selepas tujuh tahun bersiaran, ia tidak sekali menggugat impian ribuan rakyat Malaysia daripada terus berbaris untuk sesi uji bakat musim kelapan.

Meskipun pelbagai spekulasi mengenai AF, ia tidak pernah meninggalkan impak negatif kepada pengikut setia, sebaliknya program ini tetap dinantikan.


Bayangkan, 1,865 calon membanjiri Hotel Promenade di Kota Kinabalu sepanjang tiga hari bermula 22 hingga 24 Januari lalu bagi mencuba nasib mengikuti jejak anak kelahiran Sabah seperti Adam, Stacy, Rich dan Lotter.


Sesi uji bakat dilakukan secara berperingkat. Selepas berjaya di peringkat pertama yang dinilai pihak produksi, mereka akan berdepan dua juri profesional — Deja Moss dan Shafizawati Shariff (Shafi) sebelum ke peringkat ketiga yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu sesi ujian personaliti yang dikendalikan oleh Dr Fazley Yaacob.


Menurut Shafi, peratusan peserta yang mendaftar semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Tidak hanya itu, kualiti yang ada pada setiap peserta juga mengecewakan.

“Lambakan program realiti hari ini menjadi faktor utama kurangnya bakat baru yang datang ke sesi uji bakat. Mereka ada banyak pilihan untuk mencuba kerana secara asasnya konsep program realiti nyanyian hampir sama, yang mana menjanjikan populariti.


“Bagaimanapun tidak dapat dinafikan, dalam pada itu masih ramai lagi percaya akan gelanggang AF.


“Apa yang boleh saya rumuskan sepanjang uji bakat di Kota Kinabalu dan tiga lokasi lain adalah, kualiti serta kesungguhan mereka di tahap yang sangat lemah. Bayangkan, dalam beribu yang datang, hanya beberapa yang berjaya ke peringkat seterusnya. Kebanyakan mereka berpaksi pada bahan rujukan yang salah dan langsung tidak membantu,” katanya.


Sambung Shafi: “Sekarang ramai tidak membeli album, sebaliknya hanya muat turun dari Internet. Justeru mereka tidak betul-betul menghargai nilai muzik atau penyanyi seperti zaman kita dulu. Mereka tidak membuat kajian atau memahami lagu yang ingin dinyanyikan untuk menonjolkan sisi terbaik mereka ketika membuat persembahan di depan kami.


“Mungkin latar belakang saya lebih kepada pendidikan, membuatkan saya melihat faktor kurangnya pendedahan dalam pengajian muzik antara penyebab ramai yang hadir tidak punya pengetahuan.


“Kita hanya mempelajari muzik ketika di sekolah rendah dan itu cukup terhad pada alat permainan seperti dekoder saja. Pelajar tidak berpeluang untuk meneroka ilmu melainkan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.” Selari dengan misi terbaru penerbitan AF untuk melahirkan bintang yang jauh berkualiti (aspek vokal dan berpengetahuan), latihan mendengar diperkenalkan sejak tahun lalu kepada setiap calon.


Meskipun ujian ini banyak membuatkan peserta gagal ke fasa seterusnya, namun ia penting bagi memudahkan tenaga pengajar apabila mereka terpilih kelak.

Deja yang mementingkan aspek ketrampilan serta vokal tidak lepas pandang dalam menitik beratkan soal latihan pendengaran selain sikap positif yang ditonjolkan mereka.


“Latihan ini penting bagi melihat tahap kepekaan serta ketajaman pendengaran mereka. Ramai boleh menyanyi tapi rata-rata mereka mempunyai masalah pekak pada kod muzik.


“Latihan ini memudahkan mereka jika terpilih ke AF nanti. Saya akui latihan ini membuatkan peserta semakin sukar ke peringkat seterusnya, namun kerja terperinci yang cuba kami terapkan ini sangat penting bagi mereka.


“Masalah lain juga timbul seperti mereka hanya fokus pada lagu wajib sehingga tidak membuat latihan untuk lagu lain. Oleh itu jika kami minta mereka nyanyikan lagu lain, bersepah kesilapan,” katanya.


Penyanyi ini juga memberitahu, yang mengecewakannya adalah sikap sambil lewa peserta.


“Mereka tidak membaca serta mengisi borang penyertaan dengan tepat sedangkan ia penting bagi rujukan kami. Malah ada juga peserta yang hadir dengan berselipar.


“Kebanyakan mereka ada sindrom malas dan tidak bersedia. Mungkin mereka datang hanya untuk suka-suka. Saya berani katakan hampir 90 peratus daripada mereka tidak bersedia dan hanya bergantung kepada nasib,” katanya.- myMetro Ahad

5 comments:

  1. Ena x berkesempatan lg nak ngikuti uji bakat AF nie.. cam x baper nak minat dah pulak!.. agaknyer sbb tiap2 tahun kot!..
    Rajin Ieda cari info yeh!..

    ReplyDelete
  2. yep artis da mcm mee segera kan skg??
    bek tak pyh la wt program2 realiti nih, memalukan jek...
    haish... malaysia2, bek la gunakan duwet2 yg ade untok bende2 yg berfaedah. mmmm

    ReplyDelete
  3. hehehehe
    mungkin kot
    tak minat sangat AF nih

    ReplyDelete
  4. Banyak yg sekadar shooooooook sendiri hhuhuhuuuuuuu!!

    ReplyDelete
  5. Hmmm...suka tgk siaran yang memaparkan ujibakar AF...sebab nak gelak guling2...hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014