LAKI AKU TANYA SMALAM, AKU PERNAH BUAT UJIAN PAP SMEAR TAK?? AKU SIAP LEH TANYA, APER TU?? MACAM PERNAH DENGAR. ISHH...ISHH... BINI AKU NEH, SERIUS KO LAME TAK BACA MENGENAI KESIHAT DOWH! YELE...DAH KALO AKU G KLINIK, AKU ASIK AMIK PAMPLET PASEI BREAST CANCER, ANEMIA, MENU ANAK KAT UMAH PENGASUH...HEHEHHE!!!
PAP SMEAR @ LEBIH DIKENALI SEBAGAI BARAH RAHIM! BUKAN EN.RAHIM OKEY.. SILA LAH BACA YE! :)
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
- Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
- Mereka yang kerap bertukar pasangan.
- Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
- Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
- Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
NONA, JUN 1998, M/S 32-33
PSSTTT...SERIUS PAS NEH AKU NAK G CHECK!
ade gak dengar kakak ipar hajar wat ujian pap smear ni...
ReplyDeletealamak pas baca info detail dr ieda ni takut la pulak... mesti jalani ujian pap smear secepat mungkin ni... ieda thanks for shearing ek...
lebih baik mencegah dr mengubati... betul tak ieda..???
gud info sis.. :)
ReplyDeleteaku ada gak terlintas nak buat pap smear nie..tapi bila aku tengok menda alah yg doc guna tuk colek kat tempat kita tue..langsung aku rasa scary wei..hahahahahhahah
ReplyDeletepap smear nie mmg penting tuk wanita... nur pernah buat 3 kali, 2 kali selepas keguguran and sekali lepas melahirkan irfan... kalu keputusan ok bo rancang bb ke 2 hehehe ...
ReplyDeleteStiap kali klu lily bawa Qis checkup mesti nurse tanya nk buat PAP SMEAR ke? tp sampai skrg lily x pernah buat lagi..koz nk buat ujian ni kite mesti haid dulu..tp dr Qis lahir sampai skrg lily belum di datangi 'askar jepun' ni...baca info ni takut plak jadik nyer.. :(
ReplyDeleteizan pun penah buat skali masa thn 2003. ohhh...dah bertahun gamaknya.
ReplyDeletelebih penting pap smear sgt perlu dilakukan oleh wanita yg aktif melakukn seks.
**mmg agak scary tp utk tau kita terhindar dr kanser serviks...
memnag wanita di galakkan untuk menjalani ujian tu bagi mengelakkan dapat penyakit kanser @ barah....so better check dulu...zaman sekarang ni macam2 peyakit yang timbul...semuanya melalui faktor pemakanan
ReplyDeleteatas ni semua perempuan je komen. haha.
ReplyDeletetakpelah, saja baca. dah kahwin senang.
thanks for the info, first time dgr.