Thursday, 28 January 2010

AKU TAK SUKA ARTIS!

credit 2 google &kosmo, pinjam gambo ko ye :)



Korang minat/suka artis??


Terang-terang aku cakap AKU TAK MINAT!


Perlu ke nak minat? eheheh!! Jangan marah ye pada fanatik-fanatik sume, ngee... :) Dulu masa zaman sekolah-sekolah, ceh...minat bagai nak rak nih, poster penuh dinding bilik, wah..dah jadi wallpaper plak dinding bilik aku! Murah jer...Takyah habis beriban-riban :) Minat nih, semua lagu hafal! sume gosip tau! Cuba ko tanya aku fizik kimia, buku tu celah mane pon aku tak tau.


Nak jadi cerita, aku ada minat ni sorang artis yang hot giler la.. tetiba kuar pulak citer, dia ni main bontot! Alamak! Diam jap. Benci!! Benci!! La...marah pulak...Geram! Nape la ko jenis camtuh! Ciss...cabut sume poster-poster ko T_T. Pastu esoknyer pegi sekolah. Ada sorang cikgu ni, Cikgu Hamisah...ye aku ingat lagi nama ko sebab ko yang sedarkan aku :) Cikgu ni suka sembang-sembang ngan muridnyer. Pagi tu cikgu tu bukak topik pasal artis, ceh...sume suka lah time tuh, dah rase macam kat dalam forum plak. Then cikgu tu cakap, " aku tak paham nama korang minat-minat sume nih, ye aku tau...ni life, normal lah tu tapi dia kenal ke korang? Menampal poster bagai nak giler, Paling tidak pon dia jumpe ko dia senyum jer. Pastu korang cakap, oh! i minat la lagu u! thanxx! itu jer, dalam hati dia, ee...cepat la berambus! aku penatlah!"


Semua diam. Ok, betul gak cikgu aku cakap. Balik umah terus cabut semua poster. CLEAN.


Kadang artis yang kita minat kene tangkap khalwat lah, ganja, mabuk-mabuk, kaki disko, bogel sana sini, rampas laki/bini orang... tapi tak boleh nak salahkan dorang sebab MEREKA JUGA MANUSIA. SETIAP MANUSIA ADA MELAKUKAN KESILAPAN.


pssttt....Setakat nak tengok drama, dengar lagu je boleh la...nak minat?? SORRY LA....
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014