Thursday 12 August 2010

JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT YEE.. :)

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.80
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.50
Sarawak dan Perlis – RM6


Sumber : BERNAMA
___________________________________________________________

Puasa dah masuk hari kedua. Semalam agak kelam kabut sikit, yele...aku balik kerja terus masak Kari Daging untuk berbuka, dah janji kannn....ikrar nak masak sebulan berpuasa, hahahhaha!



Dalam penat-penat semalam, lepas berbuka aku teringat pasal zakat. Weh, korang pon jangan lupe tau nak membayarnya :)


Pembayaran Zakat Fitrah di bayar pada bulan Ramadhan, bermula 1 Ramadhan sehingga1 Syawal sebelum Solat Sunat Aidilfitri.



Zakat salah satu Rukun Islam yang lima. Ianya wajib keatas tiap-tiap orang Islam yang cukup syaratnya. Syarat-syaratnya adalah :
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul (genap setahun hijriah)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)


Dengan berzakat dapatlah kita membantu fakir miskion yang kurang upaya. Jangan lupa bayar zakat ye :)




p/s: bayar awal senang, nanti lupa pulak dengan kuih raya, baju raya..bla..bla.. :)


19 comments:

  1. thanx dikk share this info .. heheh hb akak selalu bayar lambat sehari dua nak raya baru selesai .. seronok kannn :)

    ReplyDelete
  2. ok ok. nanti kami pg bayar ye. tunggu kaunter bukak ni

    ReplyDelete
  3. betulo tu jangan lupa berzakat untuk melengkapkan ibadah bulan ramadhan

    Durian Runtuh Pekerja Bank

    ReplyDelete
  4. zakat mmg harussss..tapi tahun ni laki lisa yang bayarkan..dah tanggungan dia kan?

    ReplyDelete
  5. thanks untuk maklumat ni..
    kalau tak mesti dah terlupa..

    :)

    ReplyDelete
  6. salam ieda..
    Rm7 di Selangor
    tahun ni..tapi
    berbaloilah..berapa
    ramai orang susah
    di Malaysia ini..

    ReplyDelete
  7. terima kaseh utk info ni...

    ReplyDelete
  8. peringatan yg bagus!!! tq ieda... *eh, ni link blog baru yus tau.. jnguk2 la.. hhuhuuu....

    ReplyDelete
  9. akum
    salam ramadan
    ya saya akan berzakat

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut Ramadhan Mubarak..memang elok bayar awal2, nanti tak la rush last2 minute..

    ReplyDelete
  11. thanks for peringatan ini...^__*

    ReplyDelete
  12. a'ahhh le. saya tak pernah bayar awal. paling tidaknya.. seminggu sebelum raya time tule baru nak bayar.. hehe

    ReplyDelete
  13. Terima kasih ustazah kerana mengingatkan.. harapnya nanti duit zakat tu dapat diagihkan kepada asnaf yg benar2 memerlukan..

    ReplyDelete
  14. Bila kata merangkai dusta..
    Bila langkah membekas lara…
    Bila hati penuh prasangka…
    Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.Mohon bukakan pintu maaf…
    MARHABAN YAA RAMADHAN...
    SALAM BERKAWAND ...

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana memperingati :)

    ReplyDelete
  16. terengganu paling mahal tu...adakah org trg ni kaya2??ahaha

    ReplyDelete
  17. terengganu paling mahal tu...adakah org trg ni kaya2??ahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014