Wednesday 18 August 2010

Kes cerai Roslin Hashim: Isteri Mendakwa Roslin Bersama Raja Azmi di Sebuah Hotel

Terkejut. Cerai lagi. Pada pendapat sesetengah orang, "alah...biasa lah tu,rumahtangga..."

Dulu, kahwin beberapa hari, cerai. Sekarang, baru kahwin sebulan cerai juga. Setiap rumahtangga ada masalahnya tapi banyak lagi cara boleh di selesaikan...




HULU KLANG: Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu.


Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.


Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos lalu. Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi 'I cerai you lah'. Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya, Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek.


Menurut Norhayati, berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam. Norhayati berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel itu. Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah.


Roslin mendakwa dia menanggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani. Mahkamah kemudian tetapkan 1 September ini uuntuk pihak Norhayati mengemukakan hujah lisan dan bertulis. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad. Norhayati diwakili peguam Zulkarnain Lukman, manakala Roslin diwakili Roslizam Rahim.


p/s: Anggap sebagai kakak? Oh! Bukan muhrim, syaitan ada dimana-mana ok!

5 comments:

  1. salam..
    alahai lamanya nak keluar
    box ini..dekat 5 min..cuba lakukan sesuatu ieda..sekadar mencadang

    ReplyDelete
  2. Macam2 Lah.
    Susah Nak Ulas


    New Entry Prof-Hariz
    Ayie Tak Puasa Tapi Nak Raya.

    ReplyDelete
  3. roslin nieh entahlah .. x sihat agaknya . bila mender2 mcm nieh dibesar2kan dlm akhbar .. org x kan cakap baik .. kalau nak buktikan diri tuu baik , hindarkan dari prasangka buruk org .. nieh idokk dari dulu sampai skrg .. si raja azmi tuu jadi pembela dia ..

    kalau jadi mana2 wanita punn akan rasa ada sesuatu yg disembunyikan ..kalau awak bukan muhrim aper ajer awak buat tetap salah ! .. tak tahu atau buat2 x paham atau ada apa2 yg cuba disembunyikan ..

    astagfirullahhhhh

    ReplyDelete
  4. huhu.. bulan poser nih. xbaik cerita yang bukan2. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014