Tuesday 29 March 2011

“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...".







macam celaka je lelaki nih!


Anis Iyazirah Yaakub, 21, dari Permatang Tinggi B di sini yang masih dalam pantang, kini dalam proses membuat permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya, Nurin Syifa Irdina, selepas berbincang dengan keluarganya.


 Wanita malang itu ‘kehilangan' anak perempuan berusia enam hari setelah dilarikan suaminya ke kampung ibu mentuanya di Sik, Kedah, yang kemudian menceraikannya empat hari selepas itu tanpa mengetuai sebab musababnya.








Malah, bekas suami ibu muda itu turut mencabarnya supaya menggunakan apa cara sekali pun untuk mendapatkan semula Nurin, namun tidak akan menyerahkan bayi itu.


“Saya puas merayu dan meminta bekas suami memulangkan anak kami semula dan saya juga ada meminta dia berbincang jika ada sebarang masalah.



“Dia (bekas suami) berkeras tidak mahu menyerahkan semula anak itu kepada saya, malah seperti mencabar supaya saya gunakan cara apa sekali pun termasuk membawa polis untuk mengambil anak kami." kata Anis ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.




Baru-baru ini, Berita Harian menyiarkan nasib malang Anis bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya selepas melarikan bayinya itu.


Anis mendakwa, Nurin yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dilarikan bekas suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi pada 2 Mac lalu.



Wanita itu mendakwa, bekas suaminya memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, dan akan membawanya pulang semula ke rumahnya.


Bagaimanapun, apabila bekas suaminya tidak menghantar anaknya pulang dan mengesyaki dilarikan, Anis membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas, beberapa hari selepas kejadian.

Selepas dipisahkan dengan Nurin, kehidupan Anis tidak tenang dan sentiasa teringatkan anaknya. Akibat terlalu rindukan kepada Nurin, Anis sanggup memandu kereta ke Sik, semata-mata mahu berjumpa anaknya.
 


Ketika berada di rumah mentuanya, wanita itu ditegur ketika mahu memegang anaknya yang sedang nyenyak tidur, dengan alasan supaya tidak mengganggu. Dia hanya dibenarkan mencium pipi dan dahi anaknya sebelum pulang ke sini.


Pada 6 Mac lalu, wanita itu menerima khidmat SMS daripada suaminya yang berbunyi:




“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...". - berita harian online

22 comments:

  1. lelaki giler + bangang! tak tahu cane perasaan ibu bila bertarung nyawa utk melahirkan anak..senang2 je bwk lari

    ReplyDelete
  2. orang macam ini memang bacul.. mereka hanya berani kalau kita cakap mulut.

    Guna kan saluran undang2, walaupun kena keluar sedikit duit.. aku sure, mamat tu akan kecut bila dapat notis waran tangkap mahkamah..

    emo pulak aku!!

    ReplyDelete
  3. takde hati pedal la spesis laki ghitu!!!
    ada k patut!!! maknye budak msh dlm pantang lagi tu.. dibuatnyer meroyan plak..
    adusshh,, siannya!!

    ReplyDelete
  4. siot je perangai jantan mcm ni..budussss...

    ReplyDelete
  5. ntah pape lah jantang cenggini. mak mentua nya satu, dah tau anaknya buat salah tegur lah. ni tak!

    ReplyDelete
  6. mcm ni punya olang pun ada... dunia.. dunia...

    ReplyDelete
  7. Memang celaka lah jantan nih. Kalau dapat elok kerat 18 jer.

    ReplyDelete
  8. bodoh punye jantan, ni jantan x guna ni..dayus!!!!

    ReplyDelete
  9. biar undang2 jer menjadi hakim..pary for her....

    ReplyDelete
  10. bodo nyer laki~!!! kalo yer pun nk cerai...cerai je la..x yah le nk bawak lari anak...ngeng tul...kalo bawak mahkamah konpem mak dia dpt balik...huhuhu..sedihnye...

    ieda : aku dh tag hang nti cek k... =P

    ReplyDelete
  11. setan niee jantan macam tuee..MasyaALlah..hinaa betull..sakit hatiii..

    ReplyDelete
  12. kurang ajar giller laki die. damn! gile ke ape??? dah la isteri die dalam pantang. bongok! -ok, sori, emo-

    ReplyDelete
  13. SIANNYA..

    CAMNI PUN ADA.. SAKIT BERSALIN TAK ABIS LAGI.. DAH TAMBAH BEBAN LAGI..

    ReplyDelete
  14. salam akak...

    sape la mamat yg bongok sgt nk buat mcm tu tanpa usul periksa? bodoh btul! xde otak ke aper?!

    ReplyDelete
  15. hissh... tak baek buat lagu tu kan..

    apa sebab agaknya kan?

    ReplyDelete
  16. hishh lelaki ni kenapa haa?? bo**h betol!!

    ReplyDelete
  17. Bayi 6 hari masih menyusu badan atau erti kata dalam pantang. Kesian bayi dan ibu tersebut kerana bercerai susu dan kasih ibu seawal 6 hari :-(

    ReplyDelete
  18. x faham aku lelaki zaman skrg

    ReplyDelete
  19. bodohnya....

    ReplyDelete
  20. salam...t.q pd y bnyk mmberi semangat..prkmbangan trbaru psl kes nie xbnyk...wlpn dh dpt perintah hak jagaan sementara dr mahkamah pd 2011 ttp smpai sekarang phak lelaki msh blm mahu mnyerahkan anak trsebut...dn sy juga x dbnrkn untk mlihat ank shingga skrg dgn helah dn brmcm-mcm alasan dr mereka...dn baru2 nie lawyer sy tlh mmohon hak lawatan...Allhamdulillah sy dpt hak lawan trsebut tiap2 hari ahad brmula 21hb 7...tp sy trkilan sbb mereka seolah msih tidak mengindahkn arahan mahkamah...mereka ttp masih tdk mmbenarkn sy untuk brjumpa dgn anak sy...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014