Wednesday, 27 April 2011

JAMBU DAN JOZAN TETAP DIHATI

Bila lain dari yang lain, itu lah yang menarik! Setiap minggu pasti menunggu persembahan diorang ni, oh yeah! Amacam Jumaat ni Jozan dan Jambu? Jangan kecewakan kami okeh! :)



JOZAN :)






JAMBU :)

Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni

Kehidupan rumahtangga memang manis tapi adakalanya pahit pasti akan terasa. Setiap pasangan ada pasang surutnya, antara bertahan atau tidak. Antara berkongsi atau tidak. Jika kamu berasa kamu telah tewas, kalah, tidak mampu menahan lagi fikirkan semula. Fikirkan bahawa ada pasangan lain yang lebih teruk. Fikirkan kamu tidak lah seteruk yang disangka. Fikirkan bahawa ini semua ujian Allah buat kamu. Fikirkan semula. Fikirkan anak-anak.








Memaafkan, beri peluang pada pasangan. Sedangkan nabi maafkan umat, inikan korang yang kudus-kudus aje. Memang air mata sudah tidah keluar, kering, hanya menangis dalam hati, tapi ketahui lah, jika kamu berpisah, tidak mungkin kamu mendapat pasangan baru sebaik diri kamu sendiri. Cari punca, sebab. Jika masih tidak mampu, gunakan lah orang tengah untuk membantu. Dan tidak lupa DI ATAS SANA lebih mengetahui jalan hidup kamu dan pasangan kamu.







Sayangilah pasangan kamu, sayangilah keluarga kamu. Jika ada yang luar mencocok, elakkan, kuatkan iman. Ingatlah pada ibu bapa kamu, pasti mereka sedih dan menangis jika melihat keadaan kamu. Perkahwinan juga banyak cobaan, dan kamu akan merasa manisnya jika kamu dapat mampu bertahan. Tapi sampai bila? 5 tahun? 10 tahun? 20 tahun? Dah tua kerepot? ALLAH Maha Berkuasa. Hanya pada-NYA kita meluahkan, hanya pada-NYA kita memohon. Cinta pada ALLAH lebih sejati. 



 Perghhh...macam tak caye je aku taip macam ni, hahahahhaha! Oh, tiada kaitan dengan sesiapa, yang hidup atau mati, hanya dari pandangan, perkongsian bersama teman sahabat handai. :)

Tuesday, 26 April 2011

IKLAN TAK BERBAYAR HAHAHA!

 Baik aku kan kan kan, buat iklan tak berbayar tapi ujung bulan belanja aku kat Saba ek Teha, hahhahaha! Ceh! Aku tolong adik beradik ni weh, jika sesiapa berminat nak beli untuk anak sedia ada, anak on da way dalam perut (cam aku), anak sedara sedia ada, anak sedara on da way gak, cucu, cicit dan lelain lagi. Eh, lupe pulak barang ape,ni ada homemade  baby quilt, alolo gebu bebeno rasanya, sedap dan kalah tilam vono apatah lagi tilam..tilam..pon..pon.. naik lori yang lalu depan umah korang, ekekekek!



 Baby Quilt terbaik di mata dunia, eceh! :)



Ada ABC pulak tu, baguih bebeno le kira anak korang berguling sambil belajar, kalau dia tido pon pasti teringat ABC 123, tu baru ABC kalo nak huruf seterusnya tambah beli 10 baby quilt ni lagi ye, hahahhaha! Tak lawak, sepak lah daku ;p



 Dan lagi satu adalah homemade headband yang comel-comel, murah saja okeh! Bawah ni salah satu dari nya, ada banyak lagi, silalah ke Elzarababyboutique, semua harga sangat berpatutan oh yeaahhh! :)



Monday, 25 April 2011

BUDAK KECIK NYANYI LAGU MAHER ZAIN - INSYAALLAH

Lama betoi rasa tak mengarut. Tidak berkesempatan sungguh untuk berbelog selama 9hari 9malam bertapa dekat kampooong laki aku, ceh! memang tak sempat, tidoooo aje memanjang, hahahahhahah!





Yang bestnyer kalo balik kampooong adalah tak payah mengeluarkan sesen pon, makan semua ditanggung halal, pangggg!!! Amik ko dasar kedekut, hahahahha! Di situ sudah jimat sembilan hari sembilan malam makan bekpes, makan tengahari, minum petang, makan malam, makan tengah malam, duit minyak kete ulang alik pergi kerja, cukup ujung minggu ni gaji dapat lagi hahahahhaha!









  Dah takpayah citer pepanjang, korang bukanyyer paham pon, hehhehe, meh kita layan budak kecik bosan 5 jam dalam kereta, kiri kanan hutan Grik, dok syiok layan lagu Maher Zain - Insyaallah. Eh..suara cam kambing mencelah sesikit tu aku lerrr, hahahahha! :)



 





AMBIL MOOD...PUUUTTT!

Mulakan pagi Isnin dengan semyuman...........sebab dekat rumah, tak pergi kerja, kahkahkah! :)



Wednesday, 13 April 2011

BILA DIA MEMAHAMI

Bila kita pakai lain sikit, dia cakap "tantekkk!"


 Bila kita pakai lipstik, dia pon nganga mulut juih nak kene calit sekali


 Bila kita makan durian, dia pon dok sama mengadap sambil kata "dap! dap! dap!" (sedap le tu konon)


 Bila kita gelak bahak-bahak, dia pon ikut sama. (mak tak sopan betoi!)


 Bila kita cakap berbisik, dia pon sibuk bisik-bisik kat kita, pastu gelak tahan-tahan tutup mulut 2 tangan, heheh!


 Bila kita tengok Akademi Fantasi, dia pon sibuk menari depan tv.


Bila kita balik dari kedai, mesti dia hulur tangan, tau le tuu..ada habuan untuk dia :)

Bila kita senyap termenung, dia mula menyanyi lagu ntah hape-hape, bunyi macam lagu Shahir AF pon hado!

 Bila dia senyap, ada le pekerjaan yang dia buat, abisss dia conteng katill akuuu guna magic kaler!

Bila dia makan kueyteaw ladna, mesti ia kata best! best!


Paling terharuu.....


 Bila kita sedih, dia tepuk-tepuk manja belakang kita sambil pegang pipi kita. I LOVE U SO MUCH AMANDA! Muuaahhhhhh!!! ♥♥♥♥♥







VIDEO SOYA LUDAH - PELARISSS TU!








Adehh..adeh..kembang tekak aku!Aku tak tau, takmo amik tau, tapi orang dalam fesbuk kecoh kata dia baca jampi serapah hantu kak limah pelawok pelawok pelawok haakkkk tuiii! Arrrr..kembang tekak akuuu! Diaorang kata kat area Bangi...Wallahualam...



 Tetibe je kan semalam lalu depan gerai soya umah aku, jelinggggg aje kat abang jual air soya.



 Tetibe je kan. kesian dia. Maafkan saya abang kurang soya kurang kacak. ;(

Tuesday, 12 April 2011

GUE SUDAH JATUH CINTA BARU!

Adverlets ni menariklah, sehari kurang-kurang naik jugak 40 sen buat belog ciput haku! Terima kasih kerana memberitahu aku pilihan yang tepat! :)


Gue sudah jatuh cinta baru! :)

SIMBOL PELIK BERSEPAH-SEPAH

Ceh! Memula ingat Jepun nak serang Malaya lagi bila nampak simbol ni bersepah-sepah, tapi bukan macam zaman dulu, kertas jatuh dari langitkan, ingatkan duit nak mari tapi nak kena serang, ceh! Tapi kali ni lain, simbol pelik kaler oren di tampal di tiang-tiang lampu jalan, tepi dinding opis aku, hahahahha! Pastu lantai depan opis aku, memula ingat bos ni ada hutang ngan ahlong, mungkin strategi baru ahlong, hahahahah! Begitulah merepeknya semua staff-staff kat situ membuat kesimpulan yang kemerapuan yang tak melampaui dek akal, huh!








Pas tengok iklan dekat tv beberapa hari lepas baru le deknon paham, aceh! aku tak tau dah lama ke idak tapi aku baru tau, baru tengok tv, hahahaha! Ini adalah marketing program Celcom Kolony. Kolony merupakan medium social networking yang menghubungkan kamoo dengan kawan-kawan kamoo hanya dengan menggunakan SMS! Amacam? Mengancam? Aku tak rasa terancam langsung sebab tepon aku ni pon 2,3 hari baru berbunyi, itu pon fesbuk yang hantar mesej, hahahaha!  Memang sesuai sangat untuk mereka yang  gila dengan SMS.









Untuk lebih lanjut, korang godek-godek la dekat Kolony.com.my ni. Memula bukak aku tak minat sangat lagi pon aku tak pakai celcom, kahkahkah! Lagi pon semua cam bebudak je, dengan ayat-ayat aku 10 tahun yang lepas "hai..selamat berkenalan...bla..bla...dari bla..bla... masih bujang...bla..bla... lonely (tak tahan! padahal baru lepas mesej ngan boipren ajak pegi makan mekdi 15 minit lagi, hahahaha!)

Monday, 11 April 2011

BELI IPAD2 HARGA RM 3 JER





Caya tak? caya tak? Mesti tak caya lah tu, ceh! Betoi! Hehehehe! Citer nyer gini, minggu lepas, banyak betoi la kereta penuh tepi jalan kubur cina kat ipoh ni, benda ni macam dah kebiasaan lah setiap tahun, dah tau mesti mereka melawat kubur, bila nak pergi kerja tu, dalam seminggu tu kena cari jalan alternatif untuk pergi opis. 



 Sebenarnya ini upacara Festival Qingming atau festival membersih pusara nenek moyang, yang berlangsung selama 4 April sehingga 20 April setiap tahun, dengan itu mereka yang datang membawa baju, kereta replika dan terbaru IPad2 replika, tu pasal tiga hengget je....




 Hehehhee! Jangan korang berangan nak ada IPad2 dengan harga tiga hengget, termasuklah aku! Huahauahua!



KEKURANGAN bekalan iPad 2 keluaran Apple bukan sahaja berlaku di alam manusia malah turut melanda alam selepas kematian apabila banyak keluarga berketurunan Cina di Malaysia berebut-rebut membeli replika kertas gajet terbaru itu.


Replika kertas itu dibakar sebagai salah satu amalan yang berusia ratusan tahun untuk dihantar kepada roh nenek-moyang mereka di dunia yang lagi satu.


Sepanjang Festival Qingming atau dikenali sebagai festival membersih pusara berlangsung dari 4 hingga 20 April setiap tahun, komuniti Cina di Asia akan mengingati roh nenek-moyang mereka dengan membakar duit palsu atau replika barang-barang mewah seperti kereta dan beg berjenama mewah.
Festival yang bertunjangkan ajaran Confucius itu mendidik pengikutnya untuk taat kepada keluarga dan amalan tradisi.
Ia turut diraikan oleh sebilangan besar penduduk Malaysia berketurunan Cina.
888 gigabait
“Sesetengah pelanggan mendapat alamat mimpi bahawa saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia meminta barang-barang mewah termasuk iPad2.
“Buat masa ini, saya boleh menawarkan model iPad sahaja,” kata penjual barang-barang sembahyang Cina, Jeffrey Te sambil mengisi replika wang ke dalam bekas di kedainya yang terletak di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur.


Selain model iPad, beliau juga menawarkan model gajet replika kertas lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy Tabs.

Sama seperti masalah kekurangan bekalan yang dihadapi syarikat Apple Inc., Jeffrey telah mengimport sebanyak 300 buah iPad 2 dari China sebagai persediaan menyambut perayaan Qingming tetapi ia habis dalam masa yang singkat. 


Dia kini berdepan permintaan yang semakin meningkat.Jeffrey menjual model kertas komputer tablet jenama iPad dan iPad 2 pada harga RM3 sahaja untuk memori berkapasiti sebanyak 888 gigabait, jauh berbeza daripada harga iPad yang sebenar iaitu RM1,500 bagi setiap unit komputer pintar yang berkapasiti 16 gigabait.


Kapasiti replika kertas sebanyak 888 gigabait dipilih kerana dalam budaya orang Cina, lapan adalah nombor bertuah.Namun, tidak semua orang Cina akan membeli replika kertas yang berupa gajet-gajet teknologi untuk dikirimkan kepada saudara-mara yang telah meninggal dunia.


“Mereka yang berada di alam sana terdiri daripada warga tua, jika kamu mengirimkan sesuatu benda seperti iPad, mereka tidak tahu menggunakannya.
“Jadi kami masih mengamalkan perkara tradisional seperti menghantar kasut, baju dan keperluan lain,” kata Thomas Soong, 61, ketika ditemui sedang membakar sejumlah wang palsu di kubur neneknya.
Sementara itu, ahli sosiologi dan antropologi yang banyak mengkaji perihal masyarakat Cina, Ann Wan Seng, 43, berkata, perubahan barang-barang yang dibakar adalah cerminan masyarakat Cina sebagai suatu bangsa yang bersedia menerima perubahan.
“Perubahan itu bukan sesuatu yang bersifat fenomena tetapi adalah manifestasi kaum Cina kepada sikap, pandangan dan cara hidup mereka yang mudah mengadaptasi perubahan pada bila-bila masa.


“Saya masih ingat lagi 40 tahun dahulu, kaum Cina sudah pun membakar barang-barang teknologi seperti telefon dan televisyen yang ketika itu merupakan teknologi canggih,” kata Wan Seng kepada Jurnal.
Mengulas mengenai pandangan sesetengah masyarakat Cina yang berbeza pendapat berkenaan gajet-gajet elektronik dijadikan bahan pemujaan, Wan Seng menyifatkan itu adalah pandangan peribadi individu.
Apa yang penting, kata beliau, matlamat sebenar upacara tersebut dapat dihayati.

“Sejarah Festival Qingming dikesan wujud sejak 3,700 tahun lalu. Ia adalah suatu acara simbolik orang yang masih hidup menunjukkan penghormatan, kesetiaan dan tanda ingatan serta pernyataan membalas budi kepada si mati.

“Oleh sebab itu, apabila seseorang itu membakar banyak barang keperluan, ia ditafsirkan sebagai perasaan semakin sayang orang yang masih hidup kepada si mati,” katanya.


Selain itu, Wan Seng menambah, jika barang keperluan tidak dihantar, si mati akan kelaparan dan sengsara di alam sana dan ditakuti mereka akan pergi ke alam manusia serta mengganggu cucu-cicit mereka.-kosmo online

Thursday, 7 April 2011

KESAN DAN TANDA PENGARUH DADAH SYABU PADA TUBUH

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utamapeningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda. 
 
 
 
 
 
KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)
 - tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental 
 
 
 
KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 
 Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri. 
  

 
TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN 
Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
 
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.
 
 
 
TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk 
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman. Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
 
 

Wednesday, 6 April 2011

NI NAK HEBOH SEKAMPUNG

Betapa tak gah betoi hidup bile henpon berkamera (ehsan orang lain, bukan si Ehsan tu) rosak. Rosak tau, tapi kalo bergetar tu mau aje, getik aku. Nak pulak kamera hadiah waktu kawin dulu pon rosak, ceh! Tak de le aku nak klik klik klik gambo nak masuk dalam blog, getikkkk aku weh.






 Haaa...ni nak heboh sekampung, 2 minggu lepas saya ada nampak Musalman tu balik rumah, kelam kabut, saya maleh le nak campur hal mencuri ni.... eh silap, tu dialog dalam hantu kak limah, hahahahaha! Sebenarnya 2 hari lepas cek nuffnang aku dah sampai, hahahhahaa! Disini terdapat kemusykilan lah yang arif. Sebab, dengan status ordimenari aku tu, sepatutnya 2 bulan baru leh dapat cek tu tapi aku dapat awal konon macam statuts tu geli-geli pulak. Tak apoo alah, terima aje rezeki tu, banyak songeh plakkan, biasaaa lah..akuu.. hahahahha!








kamera rosak, pakai gambo cek lama dari entry ini, hahahhaha! :p






 Mungkin ini startegi abang nuff nak menambat balik ngan aku kot, aauuu...perasan perasaan u! Hahahaha! Ape-ape pon mekasih le bebanyak yeee! :)

Tuesday, 5 April 2011

KONSPIRASI VIDEO SEKS ANWAR, AKU DAH TENGOK, KORANG DAH KE?

Giler mantopppppppp! Hhahahahahaha! <---itu setan yang gelak, bukan aku. ceh! ko ingat aku berani ke nak tengok? geli ah geli, namooo..namoo..tapi video kat bawah ni yang aku suka, hahahaha! Video ni gak jadi mangsa, dulu pasai ape ntah, ade gak aku tengok gelak pusing-pusing, yang ni aku lagi gelak ayam golek-golek madu! Brovo! :) Ops..ini bukan belog politik hahahha :)











The 9th Penang Career & Postgraduate Expo 2011



Do you know that The 9th Penang Career & Postgraduate Expo 2011 will be held at PISA Penang from the 09 -10 April 2011. Well this is a great opportunity for all Job Seekers and post graduates to be looking out for their dream jobs.


We will be there to place you in our latest job offering from 10.00 am to 6.00 pm at BOOTH E2.
So let's gear-up, get your resumes or CVs updated now... Bring them along and pass them to us, preferably in softcopy, if not hardcopies. Meet up with our Recruitment Consultants for any career advice, at PISA Penang. We will be at Booth E2. We may place you in our latest job offering.



sedia maklum ayat di atas adalah kopi pes janda dari email aku, hahahahha! Haishhhhh sape kata aku tak pandai taip omputih, kat atas tu bukan? hahahaha! :)

Monday, 4 April 2011

HATI-HATI DENGAN MUDAH.MY TIRUAN

 

 Haaa...dapat email tadi kan, banyak betoi oarang jahat bebeno skang ni, sampaikan laman mudah.my pon ada tiruan! So hati-hati, baca kat bawah ni :

 

 

 

Perhatian,

Anda mungkin telah diminta untuk melawat laman internet tiruan yang akan mengambil kesempatan untuk akses ke dalam akaun Mudah anda.

Anda mungkin atau sudah menerima email seperti berikut:




Dear Mudah user Recently our servers suffered irreparable data loss.To continue using Mudah.my you are required to confirm your personal details

You have 24 hours to click on the link below and confirm your details.Failure to provide the necessary data will result in account suspension and you will not be allowed to use Mudah in any way

Continue

Thank you.
Mudah Team

Ini ialah laman internet tiruan yang cuba untuk mendapatkan akses butiran anda apabila anda klik Continue.

Sila ambil perhatian kepada alamat internet http://www.mudah.my.mudahmy.net kerana ia TIDAK BERKAITAN dengan http://www.mudah.my.

Kami tidak sesekali akan meminta laluan masuk dan kata laluan anda melalui email.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami di abuse@mudah.my.

Sekian terima kasih,

I LEBIU USOP WILCHA, GELI TAK? GELI TAK?

ahahahaha! Lepas baca status abang ucop kat fesbuk, yang dia akan buat kejutan malam ABPH, makanya melangut la aku menunggu abang wilcha tu kuar. Lambat betoi, ceh! Mata gua dah pisat-pisat kelat nak tido, nasibbek malam tu minum kopi kopiko ais 2 gelas, dapat la berjegil skit, selalu kul 11 malam dah hanyut kapal layar zzzzzzzzz hehhehehe!





opkos i undi abang wilcha i ni, kita bakoo aje! hahahaha :)








 Laki aku kul 8 malam dah belayar, bila tiba abang wilcha muncul kat tv, tetiba je kan kena rasuk, leh bangun dari tido, hahahahha! Gelak guling-guling 3 beranak, eh 4 le, termasuk baby dalam perut, heheheh! Pastu abis je abang wilcha umum terus masuk tido balik kami semua, hehehee! Hampeh je laki aku, bangun 10 min nak tengok usop wilcha aje, hahahahha!




 Krek! krek! krek! :)

Friday, 1 April 2011

THIS IS MY STORY

 Jangan jeles, bagi peluang untuk aku kembang hidung, punggung, hahahahah! :)

 Klik bawah ni :

www.this-is-my-story.com/v/Q813N44LH3P7

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014