Friday, 24 June 2011

6 Bulan Pertama dan Bulan Akan Datang

dam! Dengan rasa agak sengal dan kaku, mula gigit kuku, eh...terasa cam pengotor pulak, mungkin lebih enak kalau korek idung yang berkerak dengan hingus hijau pukul 8 malam tadi.  Banyak yang dirasa, dan berlaku buat setengah tahun ini, eh ujung bulan depan dah nak posekan? isk..iskk...kene ganti cecepat! Opss...


Perut semakin membesar dengan kadar yang sedang-sedang aje. ok lah! nak besar macam mane? mungkin telahan mem....ber betul, "kulit perut hang nipissssss!" ok, saya terima dengan hati terbuka 90darjah. Baby semakin aktif, tapi kurang pagi tadi, risau pon ada.


Amanda. Owh! Owh! Semakin bechok, bukan bachok klate ok. Pot pet pot pet. Aktif dengan kadar yang menguji kesabaran. Hei...sudah mula buat perangai menangis berguling-guling sambil buka baju di depan orang, ok! Nak cubit or urutan penuh kasih sayang??? Dakapan manja seorang ibu hanya boleh mencairkan beliau, kahkahkah! :)


 Next.


Ofis. Makin gamat. Semua membara dengan kehadiran staff baru. Aku? Janji jangan kacau aku, kalau tak....ada yang akan rasa terompah masak masalla, atau mungkin dia tekak ala bebarat - Grill Hanger and Iron Board Kiwi with Papper Cirit Sauce, ye mungkin lebih sesuai mungkin. Bos? Selagi gaji jalan, di maafkan segala (baik le tu konon) :p


Kucing peliharaan. Memang takde, tapi kalau menternak sarang labah-labah, mungkin penternak yang berjaya. eh, tapi semalam petang kucing mak aku mati jatuh dalam parit, isk..iskk..sedih berpelukan mak aku dan amanda tengok kucing kesayangan mereka kaku.



 Henpon. Semakin rancak berbunyi lagu dangdut, saya cinta henpon saya :) (ee...geli le pulak) Dan sang suami makin getik dengan aku bila aku cakap, "bang, tolong amikkan blekberi saya atas meja tu". Maka sang suami pon menjawab, " ee..berbulu la, cuba cakap "bang, tolong amikkan henpon saya atas meja tu" kahkahkahkah! - ok, sesesebelum ini sang suami ada henpon keypad a,b,c,d,e asing saya tak cemburu pon! hahhahahaha!


Kereta. Senget benget sudah di baiki akibat pelanggaran atom kurang aktif tempoh hari. Hehehehhehehe! Cuma ekon masih mengikut kadar cuaca tapi saya masih bersyukur! :)


 Dan terakhir.


 Bulan depan. Bagaimanakah? Akan kene tinggal kah aku? isk...isk.... masih tertanya-tanya di kala semua orang akan bersiap untuk pergi. :(


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014