Monday, 27 June 2011

Karak - Laluan Puaka





Ari tu memang gedik sangat nak tengok citer Karak. Gedik sungguh! Tapi semua member jenis "ape barang layan citer melayu hantu!" Dem! Sentap aku weh 24 jam, hahahahaha! Last-last aku suruh mak aku amik dekat astro first, hikhikhik! Ok, dengan segala hormatnya, kami pon menonton Karak ikut astro first hari sabtu lepas.




Petang tu kecoh je, aku tanya lapan ploh lapan kali kat adik aku, dah amik ke belum, naik kali ke lapan ploh sembilan tanya, bibir kene botox macam Kila Fairy kan kan kan. Senyap terus. Eceh! Malam tu beria, nak tengok siaran jam 11.00 malam, wah bajet abis seram kan, tutup lampu. Gelap, bukak lampu kecik dapor aje. Pastu semua amik parking masing-masing. Ah! Parking wajib sebaris rapat-rapatkan saf ok! Jangan bagi setan mencelah, takut punya pasal. Dari ujung kanan ruang tamu sampai le ke pintu masuk, sape dok kat pintu masuk? mak aku jugakkk...adeh! Yang lain pengecut! Hahahahah!



Pastu kepok bagai semua depan mata, alih-alih ada pulak yang angkat pinggan sekali nasi, lauk, nasi beriani, pisang, puding gula hangus, air sirap limau, ceh! Ni nak makan ke nak nonton wayang?? Hahahahhaha! Lupekan semua yang tak berfaedah itu. Kembali ke Karak. Sedap ke? Best ke?






Suam-suam kuku aje! 


Marah kempulan KRU baca ni, hehehehehe! OK lah dari tak ok kan, hehehehehe!


Yang membuatkan tak seram adalah


Baru 15minit pertama start, anak aku mula buat perangai. Waaaa!!! Melalak nak itu ini, sebagai ibu yang muslimah apatah lagi sejati, banyakkan bersabar, kahkahkah!!! Kan aku kata, pelukan hangat dan manja dari ibu sejati bisa mencairkan beliau, ahhahahahaha! Nak lagi senyap bila muka anak tu menyembam kat tetek, haa..senyap aje, walaupon susu dah kering, kihkihkih! 



Tetiba la pulakkan, time tu jugak le ada mamat security mintak bayaran bulan ini. Ting tong ting tong bunyi loceng, pastu bunyi ekzos moto dia yang sebatu tak sampai lagi dah dengar.



Kucing mak aku sesat masuk umah bila bukak sliding door. Ceh! dah la masuk, bising mengiawwwww, ape lagi operasi bersama batang penyapu lidi menghempas-hempas ke lantai untuk halau kucing keluar dari umah.


Last sekali. Mak aku punya dengkur... Bangun-bangun, mak aku kata eh, dah abis ek, hahahahahaha!



Ieda Al-Habsyi kata :) minggu depan nak tengok transformers. Sebab ape minggu depan? sebab minggu ni gaji tak masuk lagi, hahahahha! Harry Potter adalah wajib bulan 7 nanti :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014