Monday, 20 June 2011

Sebab PAPA Raja Kami!




Aku nak tukar - Selamat Hari-Hari Papa! :)


  • Masa kecik, aku gedik nak pergi mandi sungai. Duduk bandar, celah mana nak cari sungai! Hari-hari bising kat telinga papa aku, pastu papa bawak jugak. Kami pergi bertiga, aku papa dan teha. Ummi tak pergi sebab jaga adik aku no.3.
  • Masa umur 4 tahun gedik nak pergi Superkinta. Dulu Superkinta ni la yang paling habis hebat dekat Ipoh, konon macam Midvalley zaman sekarang (tipu-tipu), hahahahha! Hari-hari bising kat papa, nak pergi! nak pergi!. Last-last pergi jugak, buat hal pulak. Aku kencing kat kaunter waktu papa tengak sibuk bayar barang dapor. Meleleh baik punyer. Papa tak marah. Masuk kereta, papa alas tempat duduk dengan surat khabar lama.
  • Kalau sebelum masuk tahun baru, mesti sibuk nak semua kelengkapan sekolah baru. Papa mesti beli, kasut wajib 2 pasang, walhal gaji papa kecik. Serius gaji cikgu zaman dulu kecik, tak macam zaman sekarang.
  • Bila papa naik pangkat, masuk jabatan pelajaran, papa sibuk. Jarang masa bersama kecuali waktu makan malam wajib makan bersama tapi aku selalu marajuk ngan papa sebab papa tegur pasal boifren  tepon. Sentap, darah remaja, takmo makan ngan papa!
  • Setiap bulan mesti papa bagi duit poket yang selalunya buat beli baju baru dan kasut baru, ummi bising sebab katanya mengalahkan orang bekerja.
  • Papa takpernah tinggal kan kami walau ke  mana saja, wajib bawak. Keluarga no.1, kawan no.2.
  • Kalau beraya, papa mesti bawak kami semua ke rumah kawan-kawannya, bukan seperti setengah suami, lebih suka beraya bersama kawan-kawan, anak bini di tinggalkan dirumah.
  • Sabtu dan Ahad wajib bawa kami sekeluarga berjalan, walau hanya naik kereta pusing-pusing sudah membuatkan kami gembira.
  • Papa tak pernah buat hal, papa tak pernah buat ummi bersedih, papa tak pernah buat kami adik-beradik bosan, PAPA RAJA KAMI, Sayanggggggggg Papa!

Senarai kan sikit je, takmo lelebih, banjir nanti opis! :)

Papa gua kalo tangkap gambo wajib tayang perut, seksi mungkin! hahahahha! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014