Sunday, 31 January 2010

KURANG KUALITI


JIKA masih ramai beranggapan program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) tidak lagi relevan selepas tujuh tahun bersiaran, ia tidak sekali menggugat impian ribuan rakyat Malaysia daripada terus berbaris untuk sesi uji bakat musim kelapan.

Meskipun pelbagai spekulasi mengenai AF, ia tidak pernah meninggalkan impak negatif kepada pengikut setia, sebaliknya program ini tetap dinantikan.


Bayangkan, 1,865 calon membanjiri Hotel Promenade di Kota Kinabalu sepanjang tiga hari bermula 22 hingga 24 Januari lalu bagi mencuba nasib mengikuti jejak anak kelahiran Sabah seperti Adam, Stacy, Rich dan Lotter.


Sesi uji bakat dilakukan secara berperingkat. Selepas berjaya di peringkat pertama yang dinilai pihak produksi, mereka akan berdepan dua juri profesional — Deja Moss dan Shafizawati Shariff (Shafi) sebelum ke peringkat ketiga yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu sesi ujian personaliti yang dikendalikan oleh Dr Fazley Yaacob.


Menurut Shafi, peratusan peserta yang mendaftar semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Tidak hanya itu, kualiti yang ada pada setiap peserta juga mengecewakan.

“Lambakan program realiti hari ini menjadi faktor utama kurangnya bakat baru yang datang ke sesi uji bakat. Mereka ada banyak pilihan untuk mencuba kerana secara asasnya konsep program realiti nyanyian hampir sama, yang mana menjanjikan populariti.


“Bagaimanapun tidak dapat dinafikan, dalam pada itu masih ramai lagi percaya akan gelanggang AF.


“Apa yang boleh saya rumuskan sepanjang uji bakat di Kota Kinabalu dan tiga lokasi lain adalah, kualiti serta kesungguhan mereka di tahap yang sangat lemah. Bayangkan, dalam beribu yang datang, hanya beberapa yang berjaya ke peringkat seterusnya. Kebanyakan mereka berpaksi pada bahan rujukan yang salah dan langsung tidak membantu,” katanya.


Sambung Shafi: “Sekarang ramai tidak membeli album, sebaliknya hanya muat turun dari Internet. Justeru mereka tidak betul-betul menghargai nilai muzik atau penyanyi seperti zaman kita dulu. Mereka tidak membuat kajian atau memahami lagu yang ingin dinyanyikan untuk menonjolkan sisi terbaik mereka ketika membuat persembahan di depan kami.


“Mungkin latar belakang saya lebih kepada pendidikan, membuatkan saya melihat faktor kurangnya pendedahan dalam pengajian muzik antara penyebab ramai yang hadir tidak punya pengetahuan.


“Kita hanya mempelajari muzik ketika di sekolah rendah dan itu cukup terhad pada alat permainan seperti dekoder saja. Pelajar tidak berpeluang untuk meneroka ilmu melainkan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.” Selari dengan misi terbaru penerbitan AF untuk melahirkan bintang yang jauh berkualiti (aspek vokal dan berpengetahuan), latihan mendengar diperkenalkan sejak tahun lalu kepada setiap calon.


Meskipun ujian ini banyak membuatkan peserta gagal ke fasa seterusnya, namun ia penting bagi memudahkan tenaga pengajar apabila mereka terpilih kelak.

Deja yang mementingkan aspek ketrampilan serta vokal tidak lepas pandang dalam menitik beratkan soal latihan pendengaran selain sikap positif yang ditonjolkan mereka.


“Latihan ini penting bagi melihat tahap kepekaan serta ketajaman pendengaran mereka. Ramai boleh menyanyi tapi rata-rata mereka mempunyai masalah pekak pada kod muzik.


“Latihan ini memudahkan mereka jika terpilih ke AF nanti. Saya akui latihan ini membuatkan peserta semakin sukar ke peringkat seterusnya, namun kerja terperinci yang cuba kami terapkan ini sangat penting bagi mereka.


“Masalah lain juga timbul seperti mereka hanya fokus pada lagu wajib sehingga tidak membuat latihan untuk lagu lain. Oleh itu jika kami minta mereka nyanyikan lagu lain, bersepah kesilapan,” katanya.


Penyanyi ini juga memberitahu, yang mengecewakannya adalah sikap sambil lewa peserta.


“Mereka tidak membaca serta mengisi borang penyertaan dengan tepat sedangkan ia penting bagi rujukan kami. Malah ada juga peserta yang hadir dengan berselipar.


“Kebanyakan mereka ada sindrom malas dan tidak bersedia. Mungkin mereka datang hanya untuk suka-suka. Saya berani katakan hampir 90 peratus daripada mereka tidak bersedia dan hanya bergantung kepada nasib,” katanya.- myMetro Ahad

Saturday, 30 January 2010

MENGAPA UTARA TIDAK DITAWAN PORTUGIS

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.


Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.


1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.


Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.


Seminggu selepas itu,
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikandalam buku sejarah


Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya:
Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.


Lagi....


Lagi...


Hang dok buat apa laei...hang dok baca blog ajaa....hang pi buat kerja nu!!! Ahahahah!!! Rekaan semata-mata, dah korang takde keje, asik melayan internet je, hehehe!!! :)

EH, KO JANGAN MENCARUT BOLEH TAK?

credit 2 google, cayang ko google :)


Aku benci la kalo orang mencarut! Bukan le benci sangat pon, cuma tak suka part mencarut tuh! ee...nampak cam ko tak sekolah tinggi jer...dah memang sekolah ko agaknyer takbertingkat kot. Cam tak beradab la kiranya. Segala lemau-lemau yang ko ungkapkan tu akan jadi darah daging ko tau tak dowh?!!?!


Biasanya time bawak kereta, korang paham-paham la yek, memang bawak kereta ni menyakitkan hati jiwa raga tapi SABAR itukan SEPARUH DARIPADA IMAN. Takyah le kalo orang nak marah-marah, mencarut-carut. Ko carut pon bukan orang tu boleh dengar. Dah kalo pandai sangat g jadi minah trafik, jaga jalan, hehehe!! Kalo raser darah tu dah rendah sangat, mara-marah le lagi :)


wah...aku paling pantang kalo ader member-member yang lontarkan perkataan "S**L". Adoi...nak benda tu berbalik pada diri ko balik ke bai...ngeee....Aku tengok jer, hehhe!! :)

Friday, 29 January 2010

KEKASIH YANG BERUBAH....

Lagi 1 cite yg hampeh di petang Jumaat yg ceria ini, huhu....

Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil dan mereka saling mencintai.. Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarang berita... Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah... Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang... Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya. .. Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat. "Kamu Azura kan ?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung.. . "Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia... .." tegas gadis tersebut Azura pucat dan hendak menangis... "Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura.. Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... .

"Bawa bertenang... ini akulah ... .Zack!!! nama baruku Zakiah!
Auwwww!!!"

credit 2 google

aku pinjam gambar kau ya pak.. :)

SAYA MASIH HINGUSAN


Apa itu Nuffnang?? Itu yang dulu asyik je merepek-repek dalam otak aku nih. Dah setahun aku berblogging, aku masih tak faham apa itu nuffnung. ish...ish...padan muka aku, sapa suh tak amik tau, nggeee ☺


Laki aku tanya," Napa ayang tak letak nuffnang kat blog ayang?"

Izzat officemate aku tanya gak, " Kak Ieda tak letak nuffnang? Nanti boleh dapat duit free," eh...yeke, sape plak manusia nak bagi duit free....masuk toilet pon kene bayo bai..

Ina gak cakap, "Eh, ko tak letak nuffnang ke??"

Oh! Cukup!! Cukup!! Pertanyaan yang membuatkan aku ketat hidung! Ape tuh nuffnag?? Koreng idung skit, kot-kot ilham datang....nuffnang, bunyi macam nama orang thailand jer... Nuffnang....(slang thai..)Lohkong....Padpreekkk....Sawadekappp...ishh...search kat google...urm, jumpe, tak paham! Tapi gatal-gatal nak daftar jugak, ehehe!! Tak paham jugak!!
Tinggalkan dulu lah!


G jenjalan menyibuk nak tambah ilmu kat blog orang lain, ishh...aku nampak




Cute giler banner nih! Cam best plak, tenyeh2...ok, daftar! Best kat sini sebab aku kenal ramai blogger-blogger baru dan otai, banyak benda yang aku belajar kat sini dengan orang baru dan lama :) dan yang paling penting segala persoalan NUFFNANG aku tu terjawab! Thanxxx semua! banyak aku dapat tips-tips untuk menaikkan traffik dan sekutu dengan nyer, hehehe!!!


Start 12 January 2010 ari tu aku baru try pasang Nuffnang kat blog aku ni, memula pelik nape duit tak jalan ek, pastu dapat tips-tips dari otai-otai burger, eh...sorry blogger (ni kes banyak makan otai burger lah! ;p) barulah aku paham, hehehe!!! Alhamdulillah....baru 3minggu aku join nuffnang aku goyang gerudi gak, dah ada RM 4.75, heheh!!! Jangan gelakkan aku ye, aku suke nak kecoh! huhuhu!! Masa nuff aku gerak Jadi seringgit pon aku dah melompat kegembiraan! ahahahaha!! Bukan ape, aku rasa macam segala persoalan aku terjawab selama nih :)

THANXXX SEMUAAA :)


tayang skit walaupon tak seberapa :)



Alahai nuff....setelah setahun baru aku kenal ko! Tak kenal maka tak cinta, ahakxxx!! :)

Thursday, 28 January 2010

JOM BUNUH SETAN

credit 2 google & kosmo



JOM KITA BUNUH SETAN..

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.Jiran
sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh dibandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.


Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....


Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.


"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".


Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.


Selang dua hari kemudian, si isteri berkata,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami
tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..."."Tak pe... tunggula malam nanti".


Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kitabunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".


Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ...

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"


**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA KALAU DAH TAK MAMPU!!! hahahahhahahah!!

AKU TAK SUKA ARTIS!

credit 2 google &kosmo, pinjam gambo ko ye :)



Korang minat/suka artis??


Terang-terang aku cakap AKU TAK MINAT!


Perlu ke nak minat? eheheh!! Jangan marah ye pada fanatik-fanatik sume, ngee... :) Dulu masa zaman sekolah-sekolah, ceh...minat bagai nak rak nih, poster penuh dinding bilik, wah..dah jadi wallpaper plak dinding bilik aku! Murah jer...Takyah habis beriban-riban :) Minat nih, semua lagu hafal! sume gosip tau! Cuba ko tanya aku fizik kimia, buku tu celah mane pon aku tak tau.


Nak jadi cerita, aku ada minat ni sorang artis yang hot giler la.. tetiba kuar pulak citer, dia ni main bontot! Alamak! Diam jap. Benci!! Benci!! La...marah pulak...Geram! Nape la ko jenis camtuh! Ciss...cabut sume poster-poster ko T_T. Pastu esoknyer pegi sekolah. Ada sorang cikgu ni, Cikgu Hamisah...ye aku ingat lagi nama ko sebab ko yang sedarkan aku :) Cikgu ni suka sembang-sembang ngan muridnyer. Pagi tu cikgu tu bukak topik pasal artis, ceh...sume suka lah time tuh, dah rase macam kat dalam forum plak. Then cikgu tu cakap, " aku tak paham nama korang minat-minat sume nih, ye aku tau...ni life, normal lah tu tapi dia kenal ke korang? Menampal poster bagai nak giler, Paling tidak pon dia jumpe ko dia senyum jer. Pastu korang cakap, oh! i minat la lagu u! thanxx! itu jer, dalam hati dia, ee...cepat la berambus! aku penatlah!"


Semua diam. Ok, betul gak cikgu aku cakap. Balik umah terus cabut semua poster. CLEAN.


Kadang artis yang kita minat kene tangkap khalwat lah, ganja, mabuk-mabuk, kaki disko, bogel sana sini, rampas laki/bini orang... tapi tak boleh nak salahkan dorang sebab MEREKA JUGA MANUSIA. SETIAP MANUSIA ADA MELAKUKAN KESILAPAN.


pssttt....Setakat nak tengok drama, dengar lagu je boleh la...nak minat?? SORRY LA....

KENAPA AKU ANTI-MOTOSIKAL

Kecik sangat?? Tak nampak?? Sah-sah 3 kali jumaat je lagi ko nih, hahhaa!!! takle, klik pada gambar untuk lebih jelas :)

Wednesday, 27 January 2010

DIET : APA JENIS DARAH ANDA?




NIH AKU TERBACA SATU ARTIKEL, MEH NAK KONGSI NGAN KORANG-KORANG YANG NAK KURUS TAK HENGAT(TERMASUKLAH AKU, EHEHE!). KALO RASE NAK BUAT SIT UP PULUH2 KALI, MINUM JUS MATE (BETOI KE AKU EJA?), MINUM TEH CINA SAMPAI CIRIT, SLIM MAKJUN APELAH, ROMZEY LAH(KE ROZMEY?) APE2 JE YANG LEH BUAT KORANG-KORANG KURUS, BACA NI DULU, LEH GAK TAMBAH ILMU DALAM KAMUS NAK KURUS KORANG-KORANG TUH(TERMASUK AKU), NGEH...NGEH... :)


Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.


Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN


PERLU KE NAK INGAT?

OK, CUKUP...CUKUP... LUPEKAN ENTRY MINAH JEPUNG YANG SEKSI MEKSI YANG LEPAS EK. AKU TERINGAT LA PADA BULAN LEPAS...EH, YEKE, BUKAN BULAN LEPAS, BULAN BILE NTAH, AKU BERGOSIP DENGAN SESEORANG. DIA CITE PASAL KEKASIH LAMA DIA. OK, FINE, KO PUNYA PASAL DAN AKU SUKA NAK DENGARNYE TAPI BAB YANG TAK SEDAPNYER KO TU DAH KAWIN. TITIK. DAN AKU BUKAN NAK MENYIBUK.(tapi hakikatnyer aku memang suka menyibuk ;p)

KO DAH KAWIN. KEKASIH LAMA KO DAH KAWIN. OK, KO JUMPE PULAK KAT FACEBOOK...OPSS...TOLONG LA JANGAN SEARCH KEKASIH LAMA! KENAPA PERLU NAK INGAT BENDA YANG DAH LEPAS?? ISHH...ITU MASING2 PUNYA HAK TAPI AKU RASE TAK PERLU LA KO NAK MENCARI BALIK BEKAS JANTUNG LIMPA YANG DAH LEPAS, WHAT FOR??? CISS...AKU JARANG SEKALI BER"ENGLISH" COZ AKU TAK SUKE, NGEE..:) CARIKKK MAUUTTT ADALAH NAMANYER TUH! ISHHH...ISHH...MASING-MASING DAH BERKELUARGA...KALO SUAMI/ISTERI EX TU TAU, TAK KE NAYA KORANG KENE SANTAU, LAGI PON KALO BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAKKAN BERBUNYIKAN...SO TAK PAYAH LE NAK CARIK BUNYI-BUNYIAN KO TU, KANG TAK PASAL2 KO JOGET ZAPIN KENE PELEMPANG NGAN PASANGAN EX KO TU

KADANG TU YANG AKU PELIK, SUAMI/ISTERI KO DAH CUKUP BAIK, KO DOK INGAT-INGAT YANG LAMA TU BUAT PE, KALO RASE INGAT LAGI YANG LAMA, BUAT PE KO G NIKAH NGAN PASANGAN KO SEKARANG NIH!?!?! ISHH...NAME PON LUMRAH ALAM DOWHHH....CUME KO JE YANG TAKDE PERASAAN IEDA WEH...

MEMANG! COZ AKU HANYA SAYANG & ♥ SUAMI AKU SORANG SAHAJA! DAN YANG PENTING AKU TAKDE YANG LEPAS-LEPAS, AHHAHAA!!!uitss bang, ayang kat depan ni ek, ngintai sape plak tuh? :)

Tuesday, 26 January 2010

THE LATEST JAPANESE SWIMSUIT

MEMULA DAPAT E-MAIL NIH, CAM MALAS JE AKU NAK BUKAK...

THE LATEST JAPANESE SUIMSUIT....EK ELEH...JEPUN MEMANG SELALU TERLEBIH TERLETEST2 SELALUNYA, SO TAK KISAH LE, ISH...BUKAK JE, BUKAN RUGI PON!

BUKAK-BUKAK....

AKU NGANGA JAP.

ASTAGA....

PASTU AKU GELAK GULING-GULING! HAHAHHA!!! NAK LAGI BEST NIH, PANGGIL BEBUDAK OPIS,

"WEH, SAPE NAK CUCI MATA CEPAT SINI!!"

CITTT!!! SIOT JER BEBUDAK NIH, KALO BAB CUCI MATA MEMANG LAJU, AHAKSS!! PASTU SUME GELAK...AHAHAHA!!! EE...TAK MALU KER...

PADA KITA ORANG MALAYSIA, MEMANG LA MALU GILE! TAPI KALO BAB ORANG LUAR NIH, AKU RASERNYER URAT-URAT SARAF MALU TUH DAH MATI PUCUK, KOMPOM BEB! INI LAH JADI KALO DAH TERLEBIH MAJU! :)

URRMM.....SESAPE BAWAH 18 TAHUN TENGOK SEBELAH MATA JE EK! :)


SIAP CELAH-CELAH GITEW...TONG BARU ALA-ALA CANTUM BRA GITEW! ;p



KALO YE PON...CUKUR LE DULU SKIT MINAH OITT!!




AKU RASER CAM NAK GUNTING JER TALI HALUS KORANG TUH! EKEKEK!!





DAH ABIS CUCI MATA KAN.......CUKUP...CUKUP SETAKAT ITU SAJER!

BAYI LELAKI MATI TERTELAN PUTING

KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa Ahmad Shaqif Firdaus Yuzamberi dari Taman Sri Petaling, di sini, dikatakan sedang menghisap puting sebelum tertelan bersama pemegang puting berkenaan.


Menurut sumber, pengasuh berusia 30-an itu, terpaksa memegang puting dengan jarinya untuk mengelakkannya terus ditelan mangsa sebelum dia membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan kecemasan.


“Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia selepas berada beberapa minit mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim (HK) dipercayai akibat kesesakan nafas,” katanya.


Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi terbabit menjenguk Ahmad Shaqif dalam bilik kerana terdengar seakan bunyi benda tersekat sejurus beberapa minit bayi itu tidur.

“Pengasuh terbabit terkejut dan panik apabila melihat puting terbabit berada di dalam mulut bayi berkenaan.


“Untuk mengelakkan puting itu masuk lebih jauh dalam tekak mangsa, pengasuhnya terpaksa menggunakan jari untuk menahan puting berkenaan sehingga ke hospital,” katanya di sini, semalam.


Sebelum dibawa ke hospital, bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan Taman Selasih untuk rawatan lanjut.


“Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan lanjut di situ, pihak pusat kesihatan meminta kes ini dirujuk ke HK dengan ambulans untuk dirawat di wad kecemasan,” katanya.


Namun, katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim, tubuh bayi terbabit berubah kebiru-biruan.


Difahamkan, pengasuh terbabit terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing bekerja di sebuah bank di Prai dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengenai kejadian malang yang menimpa anak tunggal pasangan berusia 33 tahun itu.


Difahamkan, kedua ibu bayi bayi malang itu tidak membuat sebarang laporan polis dan tidak membenarkan anak mereka dibedah siasat pihak hospital.

Jenazah Ahmad Shaqif akan dikebumikan di kampung keluarganya di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak, hari ini.


Bagaimanapun, ibu bapa bayi itu enggan ditemuramah kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka.- SUMBER : HARIAN METRO

25 SEBAB SUAMI JADI "MENTAL"

credit 2 google...

25 SEBAB SUAMI JADI "MENTAL"!!


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "


2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer ..ok tak"


3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."


4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."


6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..please "


7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"


8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "


9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."


10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... ehem..ehem.. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."


11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "


12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."


13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."


14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."


15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."


16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."


17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."


18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."


19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahanI ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."


20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"


21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."


22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"


23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. "..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."



DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Monday, 25 January 2010

ANTARA PEROGOL ATAU HANTU


ANTARA


PEROGOL
credit 2 google..

ATAU


HANTU
takmau letak gambo... ;p



TERINGAT AKU KAT SORANG MEMBER GEGIRL NIH, KITEORANG PULANG LEWAT MALAM, PASTU DIA CAKAP "TENGAH MALAM-MALAM MACAM NI, AKU RELA JUMPE HANTU DARI PEROGOL!" AKU KATA,"CAITTT!!! CELUPAR MULUT KO POMPUAN!"
HAAHAHA!!! AIKSS...GELAK PLAK BUDAK NIH, NTAH2 KENE RASUK KOT, EHEHE!!

TAPI AKU PIKIR BALIK, BETUL JUGAK, KALO AKU TINGGAL SENSORANG KER, AKU RELA JUMPA HANTU(BUKAN CAKAP BESAR DAN HAKIKATNYER AKU MEMANG SEORANG PENGECUT YANG TERAMAT!) DARI JUMPA PEROGOL! DARI AKU JUMPE PEROGAL YANG BOLEH AKU BUAT TRAUMA SEUMUR HIDUP, TAPI KALO BOLEH, KEDUA-DUANYER AKU TAK MAU!! PLEASEE JAUHH KAN LAH!

PENGALAMAN JUMPE HANTU SEKALI DALAM HIDUP CUKUPLAH! TAK BOLEH NAK LUPE LA NGAN KAIN PUTIH DIA YANG DAH BERCARIK2, RAMBUT MENGERBANG (NASIB BAIK BUKAN REBONDING, KALO TAK KOMPOM AKU JELES), MUKA TAKNAMPAK, HITAM (NASIB BAIK!), KALO NAMPAK MAYBE AKU DEMAM SEMINGGU :) AKU MEMANG LEMAH TENAGA BATIN SEMANGAT DULU, TAPI ALHAMDULILLAH....SEKARANG DAH OK :)

GOOD BRA = GOOD FRIEND









AND, just a thought for all the women out there........

MENtal illness, MENstrual cramps, MENtal breakdown,
MENopause............

Ever notice how all of women's problems start with men?.........And

When we have real trouble it's HISterectomy!!!!

ahahhaha!!! just for f♥n!! :)

Saturday, 23 January 2010

TUTORIAL - BACKGROUND


OK MURID-MURID HARI NI CIKGU NAK AJO TUTORIAL BACKGROUND :)

SORRY EK, CIKGU NI TAKLE BERTAULIAH MANE PON, EHEHE!! AKU BUAT TUTORIAL NI COZ SITI NURKHIJAH, ZELLA, H4NI3, ALYCIA, KAK ZANA, HAJAR & NABILA BERTANYA, CANE NAK BUAT BACKGROUND GINI YEK.

  1. CAM BIASER, DASHBOARD ---> LAYOUT ---> EDIT HTML
  2. PADA BAHAGIAN EDIT HTML, CARI KOD BODY (KALO NAK SENANG GUNA CTRL + F UNTUK MENCARI, THEN TAIP BODY). BILA DAH JUMPE, MASUKKAN CODE DIBAWAH INI SELEPAS BODY. CONTOH SEPERTI DIBAWAH INI.

    background-image: url('masukan url gambar korang');

    background-repeat: no-repeat;
    background-position: center center;
    background-attachment: fixed;

PADA YANG TAK TAHU MANE NAK CARI URL GAMBAR KORANG, LEH TRY KAT IMAGESHACK. SEBELUM TU TOUCHUP ARR SKIT PIC KORANG, NGEE.. :) BAGI PEMILIHAN COLOR BACKGORUND...EH...SILAP PLAK, MACAM MARRY GO ROUND PLAK, UNTUK PEMILIHAN COLOR BACKGROUND LEH LEPAK KAT SINI UNTUK PILIH KOD COLOR...


SAVE...


CIAPP!!! :)

KALO TAK PAHAM ROGER2 AKU KAT MUKABUKU EK! :)

Friday, 22 January 2010

HATI-HATI DENGAN MENU KEDAI MAMAK

DULU MASA TENGAH JADIK STUDENT, AKU SLALU G KEDAI MAMAK, BAJETT LARI, MAKAN ROTI CANAII SUDAH...NGAN NASI LEMAK SERINGGIT GILER LEMAK + KALORI
BANYAK PEKERJA NYER DARI INDIA OR BANGLA2, MULA2 TAK RETI CAKAP MELAYU, YANG DIA PAHAM ROTI CANAI, TEH TARIK, OK TAK PE...NEXT WEEK PLAK UDAH PANDAI, BAGUS-BAGUS :) WAITER GLAMER SKIT, KASI UP! KEDAI MAMAK NIH, KALO DIORANG BERCAKAP PON KADANG TUNGGANG TERBALIK, TAKPE2 AKU TAK KISAH LAGI...JANJI KO PAHAM APER AKU ORDER TAPI YANG AKU TAK TAHAN KALO JADI CENGGINI....


CREDIT 2 NARPHY..

WAH...AKU TAK MAU TELUR BAWAH KO! AHAKSZZ!! CAM TETIBER JER AKU YANG MALU, NAK BLAH JER PON ADER BILER TENGOK MUKA WAITER TU BALIK, AHAHA!!

"DOUBLE MEANING"! ADAKAH AKU YANG MEREPEK?! ;p

DUSHH!! DUSHH!! WAKEUP BABEH! :p

AHA....ADER LAGIK, MASER AKU G ISI MINYAK KAT ESSO, SATU DARI TEMPAT ISI ANGIN TU ROSAK, TAPI DIA TULIS..."ROSKA"....OK! THEN AKU TENGOK SEKELILING, NAK GAK TENGOK MUKA PEKERJANYER...

ABANG BANGLA U... OIC!




Thursday, 21 January 2010

GUCCI DAH LAMA HILANG...


GUCCI NI BUKAN HANDBAG KE BAJU KE HAPE EK...NI NAMA KUCING KESAYANGAN AKU, EHEHEH!! JANGAN GELAK! KENGKONON TAKDAPEK NAK MEMBELI HANDBAG GUCCI, AKU LETAK NAMA KUCING PON JADI LAH WEH... ;p

GUCCI AKU NI SLAMAT NENGOK DUNIA PADA 3 JANUARY 2007, MAK DIA(FLUFFY) BERANAK DALAM BILIK AKU TUH...KUL BAPE PON AKU TAK INGAT YANG AKU TAU PEPAGI TUH AKU DENGAR BUNYI ANAK KUCING MENGIAU, WAH...TERMASUK2 DALAM MIMPI AKU TIME TUH, BUKAK JE MATA, SENGIH! KOMPOM KUCING AKU DAH BERANAK NEH!!

SUKERR!!!

HAPPYYYY!!!

CARIK2 KAT BELAKANG ALMARI AKU RUPERNYER DIORANG BUAT PROJEK! ADA 4 EKOR, TAPI 3 MATI, TINGGAL SEKOR TU JER! GUCCI! :)

FLUFFY CAM LEMAH JERK TIME TUH, SO AKU TANAM YANG MATI2 TUH, BERSIHKAN DARAH2Y(SIYES RASER CAM DOKTOR YANG BERJAYA PLAK!)

TAPI TU CITER 3 TAHUN YANG LEPAS, GUCCI AKU HILANG LAST YEAR.... TAK TAU MANE PEGI...SOB...SOB... T--T

AKU RINDU GUCCI!!

INTAI2, COMELLAH KO GUCCI :)



GAMBAR YANG BLUR TAPI CUN CAM TUANNYER...EHEHE!!

Wednesday, 20 January 2010

MAMA BANYAK MAKAN SEMUT


AMANDA BERAK!!

TOING!*WINK*WINK*TOINGG!!~~[00]

CECEPAT ANGKAT SIKECIK G TOILET, CUCUH BONTOT, GILAP2 SKIT BAGI BERSINAR & WANGI, NGGEEE.....WANGI DAH ANAK MAMA! :) PASTU AKU KOKKONG BAWAK MASUK BILIK PAKAI CD, ISHH...SEBBEK KO BERAK TADI BUKAN KAT CD, SENANG SKIT NAK BASUH HAHAHA!! MALAS PUNYER MAMA! ;p AKU LEH SIAP BAJET LAGI BILER TIME SIKECIK BERAK, AKU TAKKAN PAKAIKAN CD SBLUM TUH ;p

PASTU LALU RUANG DAPO, TERNAMPAK ADER PLAK "SURAT CINTA" KHAS UNTUK AKU! GILER LAMER DAH TAK DAPEK LUV LETTER NEH ;p ASIK MAKAN BISKUT LUV LETTER ADELEH...

CAM KENAL JERK AKU NGAN TULISAN NEH! TULISAN YANG DULU TINGGALKAN NO TEPON TIME NAK NGORAT AKU, HAHHAA!!

NI SAH AYAH KO AMANDA WEH!! ;p

SILE LAH KORANG BACER! EHEHEH!!!

AKU MEMANG SLALU LUPER NAK BERUS GIGI & GUSI AMANDA, ALMAKLUMLAH KEPENATAN, EHEH!! SLALUNYER LAKI AKU YANG INGATKAN, TAPI KALO DIA TAKBALIK UMAH, ADER KEJE MALAM, KOMPOM AKU TAK GOSOK GIGI SI AMANDA ;p BIASERNYER LAKI AKU TANYA CAM POLIS ENTRY
"AYANG DAH GOSOK GIGI AMANDA?"

ANTARA BUNYI2 LAIN,

"MAMA BLUM GOSOK GIGI SAYA HARI NI"WAH...AYAH KOLEH BERUBAH SUARE LA AMANDA;p

AIYAKKK!!! ATROMEN TARO MENYERANG SOALAN, MULER LA AKU BAGI MACAM2 ALASAN YANG MEREPEK, EHEH!!

LUPER!

MAMA BANYAK MAKAN SEMUTLAH TU... :)


ECECCE!!! SUKE EK, JANGAN LUPER GOSOK GIGI SAYE :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014