Monday 8 November 2010

MONDAY BLUES SIKIT SAJE

Haah, betoi. Pagi ni takde monday blues. Eh, tipu. Ada sikit je time nak bangun pagi, hhahahaha! Lepas mandi tu terus segar bugar. Bawak kereta pon siap nyanyi-nyanyi lagu wonder girls kuat-kuat. Eh, wonder girl nak datang Malaysia ek, aku tau pon sebab baca kat blog Donnyien. Pedulikan itu semua, yang aku pelik pehal pulak pagi ni aku takde monday blues.



Eh, seronok gak beb. Aku tengok semua orang muka macam basai je malas nak pergi kerja, aku pulak yang overdos happy nyer, hahahhaha! Pastu dengar radio, dj cakap sikit pastu aku gelak lebih-lebih, suka betoi. ntah hape-hape.





Pastu bukak pulak GOOGLE, ada pulak gambar X-RAY, memula cam seram gak (ntah ape yang nak seram) (ni nak jawab pasal ape seram) seram teringat kat hospital bab X-RAY bagai. Aku kan taksuke ngan spital. Pastu gelak-gelak sebab kat perkataan google x-ray tu ada terselit kunci. Ni mesti kes tertelan kunci, hhihihih(gelak ala-ala sopan sikit)


Urmm...korang dah sarapan ke??? Sampai ati takmo belanja aku...waaa :(

9 comments:

  1. lor, sikit jek...
    ahkak punya banyak ni...so camner???
    jom ieda p sarapan...jap lagi king air akak akan mendarat depan opis ieda...hahaha

    ReplyDelete
  2. aku baru tgk gambar amanda berdarah bibir kat bawah tu. camne dia? dah ok ke? siannye. seram plak nak tgk. lebih seram dari perkataan google tulang2 tu

    dah sarapan kat umah tadi. ni nk makan kali kedua dah

    ReplyDelete
  3. suka dengan hari isnin sebab ada biru ... dan di sini jugak ada biru... feveret kaler... hehehe

    ops... baru lepas attend majlis tahlil dan makan2 kat ofis seberang...

    ReplyDelete
  4. google tertelan kunci harta karun gamaknya hehe..morning sis!

    ReplyDelete
  5. ieda,samalah kita ye..isnin yang blues...

    ReplyDelete
  6. ye monday blues..dah nak makan tengahari dah ni..

    ReplyDelete
  7. Kalau selalu dengar lagu blues gang lama-lama tak ada penyakit monday blues tu :D

    ReplyDelete
  8. Google guna banner tuh sempena sambutan Halloween. Sedih ada diantara sambut hari Halloween kalau sembahyang Jumaat lekeh nak beredar tunggu mengamin doa imam pun tak sempat

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014