Tuesday 7 September 2010

TERBARU : MISTERI KEHILANGAN SOSILAWATI





Misteri dan sungguh pelik. Kemanakah hilangnya Sosilawati bersama pemandunya dan peguamnya? Adakah mereka diculik? Ada pula khabar angin mengatakan dia bernikah di Thailand? Hanya Allah yang tahu.....Dan polis ada menemui penemuan baru.


Tanda tanya mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakan semakin terurai misterinya apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.


Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.


Mereka kemudian terus menghubungi polis selepas menonton berita mengenai kehilangan wanita itu di televisyen.


Ketika ditemui, kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada sesiapa di dalamnya. Pasukan forensik yang tiba sejam kemudian terus melakukan siasatan bagi mencari bukti-bukti dan cap jari yang terdapat di dalam kereta tersebut.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.

Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.

3 comments:

  1. pelikkan....
    dah baru kuarkan duit 4 juta....
    macam2 org buat andaian..
    suami baru dia yg punya kerja...sian jugak kat anak2 dia...nk raya..mak hilang...

    ReplyDelete
  2. depa larikan diri kot...

    ada la tu sal bisnes...

    ReplyDelete
  3. mane menghilang lah gaknya..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014