Wednesday 22 September 2010

KES BUNUH SYAFIAH HUMAIRA : FAZLI DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari.


Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.


Mohd. Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira, 3, di sebuah padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada 25 Februari lalu. – Utusan

9 comments:

  1. Hukuman yg setimpal dgn apa yg dia dah buat kat arwah.

    ReplyDelete
  2. akhirnya yg bersalah mndpt balasan setimpal..

    ReplyDelete
  3. padan muka dia...geram i...adesss

    ReplyDelete
  4. Elok laa..dapat hukuman yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  5. bagus...
    dan menjadi pengajaran kepada di luar sana...bertindak la mengikut akal fikiran bukan perasaan...zalim

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..

    akhirnya dia dapat hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia buat pada arwah adik humaira...

    ReplyDelete
  7. salam ieda,

    semoga dia sempat bertaubat.

    ReplyDelete
  8. sesuai! al-fatihah utk adik syafiah

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014