Thursday 1 July 2010

AKTIVITI BILA SUDAH BERKELUARGA - ZOO NEGARA MENJADI SASARAN

Bila dah berkeluarga, ada juga aktiviti bertukar, dah takkan ko nak memanjang dengan aktiviti bujang, hohoho! Sesekali tu takpe, mak tak heran weh...ngeee :) Disebabkan ramai budak keliling kami buat masa ini, Zoo Negara menjadi sasaran. Aku ikut je, kalo orang bawak dan keluarkan duit, hakhakhak!!! :)






Kalau dah macam hitam putih ni, aku teringat cerita P.Ramlee, Masam Masam Manis. Hahahaha!! Cikgu Saari dating dengan Norkiah, penyanyi kelab malam yang juga jiran bilik sebelah gaduh baling-baling kasut. Nampak betul bangunan dah lama...






Semua baca harga tiket. Aku buat-buat tak nampak, gaji tak masukkkk lagi, hahahah!! Ala..masuk zoo murah je, hanya RM20 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Tapi kalau berminat dengan pakej yang temasuk dengan Zoo Serangga dan Taman Rama-Rama hanya RM25 bagi dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak.







Banyak tempat yang boleh jala-jalan kat dalam tu sampai patah kaki. Aku memang tak larat, rasa nak naik train je tapi dah semua orang nak jalan, ikut je la... Masuk-masuk je dah ada burung-burung. Sape yang minat dengan burung boleh la tengok, dari bapak burung hingga lah cicit burung. Burung dalam seluar jaga sendiri arrr...hahahahha!!




Mujur kami masuk awal 15minit, sempat tengok animal show, yang hanya ada waktu tertentu sahaja, iaitu pada pukul 11.00am untuk sebelah pagi dan show pukul 3.00pm untuk sebelah petang. Haiwan yang buat tarian gelek petang tu brung yang besar bapak, Dobby. Sedap nama macam nama dalam cerita Harry Potter, hahaha!! Haiwan lain anjing laut yang sangat comel bila tepuk tangan, cute!! :)




Muka-muka nak glamer, hahaha!! Ina, Amanda, Bro Hasnol dan Fatin.







Gambar kami wajib ada, hikhikhik!!! Masa animal show, ada burung yang pandai datang ke kita, denga syarat ada duit di tanga kita, hahahha!! Gila $$ betol la, sape lah yang traning ko ni cik burung weh, ekekeke!!! So tetamu boleh mencuba, hanya dengan mendepakan sebelah tangan sambil jari memegang wang kertas. Dan tetamu pertama yang mencuba adalah laki aku, hahaha!! Semangat keburungan betul, wakaka!! ;p




Burung putih berparuh kuning bersama laki aku :)





Minah saleh ni pon teringin gak...




Animal show ada la berlangsung dalam 45minit. Pastu sambung jalan ke Akuarium pulak, masuk macam ala-ala gua gitew, aku suka sebab sejukkkk!!! Hehehehe! :)





Ikan ni nak ciuman manja dari aku, aku tak leh nak tolak...hahahah!!


Dah berjalan punya jalan sampai ketiak pon naik lengit, kaki pon dah separa kengkang, tetiba hujan la pulak! Waktu tu kami dekat area Savanah Walk,mujur ada tempat teduh tepi kandang Kangaroo dan Ostriches. Tunggu punya tunggu, hujan makin lebat, terperangkap sudah! wakakaka!! mujur ada train lalu amik kami, hehehe!



Nak cakap best sangat tu takde sebab haiwan macam tak banyak. Pastu persekitaran tak berapa nak kemas dan banyak under progress. Kalau nak dibanding kan dengan Zoo Taiping nampak lebih menarik. Kalau lalu disepanjang kandang harimau dan singa, tak nampak, cuma dengar suara seekor singa tengah mengaum. Kandang harimau/singa ada 5-6 tapi sekor pon tak nampak.



Dah keluar dari zoo, perut mula lapar walaupon aku dah tibai burger dekat dalam sana, hahaha!! So Ina cadangkan kami ke Wangsa Walk Mall untuk makan. Lepas makan, berkira-kira nak bertolak balik ke Ipoh tapi tanduk muncul ajak ke karoke pulak. Aiksss....karok la pulak! Hehehhe!!



Penyanyi antarabangsa menyanyi dengan penuh syahdu, terputus urat kentut, hohoho!




Amanda berpusing-pusing dalam bilik tu sampai naik lemas, last-last tertidur jugak dalam kebisingan :)

Setelah 2 jam berkaroke, masa untuk pulang. Masih ragu2 lagi, nak balik ke tak...nak balik ke tak..last-last tak jadi balik, esok pagi baru bertolak pulang, hehehe!! :)


p/s: Insyallah akan ke kl lagi dis week & next week :)

24 comments:

  1. auni xminat tgk binatang la..dah banyak kali bawak pi zoo..ahaks..
    wah amanda xngamuk2 ke masuk lam karoke

    ReplyDelete
  2. syoknyerrrr...

    awat ieda blur kan muka tu? windu la nak tengok!! haihhh!!

    ReplyDelete
  3. dah lame x ke zoo..
    amboi siap kiss2 tuh..hehe

    ReplyDelete
  4. mari mengenal burung2...ehehee

    ReplyDelete
  5. yg part bird bertenggek sebab gila duit tu mmg best!

    ReplyDelete
  6. salam..
    besonya ikan
    besar amanda ada tu..
    lama dah tak ke zoo
    padahal hampir hari2 lalu situ

    ReplyDelete
  7. ok la tue beb..berjalan2 kat zoo...xkan nak bawak g jengjalan sogo kot..hahahaha..orang ramai...tengah sales.. :)
    wei ko nak datang minggu nie aku xda..minggu depan leh kita dating..maw ka??

    ReplyDelete
  8. @mama_auni

    ahaha! amanda mau juga dia layan binatang tu semua, janji berjalan, ekeke! dah lama2 dlm karoke mula lah dia gelisah sampai tertdo, uhuhuh!!

    ReplyDelete
  9. @Ena

    wakakak! malu la ena, gemuksss, hehehe!! :)

    ReplyDelete
  10. @mahira oya

    ekekeke! ieda pon ke zoo bawa anak2 ni, dah lama tak pergi seronok juga :)

    ReplyDelete
  11. @~aSHa~

    hahaha!! brurung dalam seluar tu yang terlebih kenal kak asha, wakaka! Oppsss..18sx ok! :)

    ReplyDelete
  12. @zulkbo

    haa..besor bapak, ape lagi bro, ujung minggu bawa anak2 lah nnt, hehehe :)

    ReplyDelete
  13. @PuRpLeLiCiOUs LoVe

    jenjalan shopping complex tu yg aku suka (walaupon tak berduit) wakakaka!! laa..takde ke, ok2 next week la, nnt aku roger ko dlm facebook k :)

    ReplyDelete
  14. ayu baru sekali sampai zoo negara nie..itu pun ikut rombongan tadika anak. Lagi best kalau ieda dpt gi zoo kat melaka...itu lg melelas lelas kaki...haha

    ReplyDelete
  15. memang..kalo ade budak kecik seronok la g zoo. tapi aku tengok korang yang lagi excited dr budak kecik.hehe

    ReplyDelete
  16. Happening nya. Aku tak pernah lagi bawak iman gi zoo, bilalah nak gi nih.

    ReplyDelete
  17. salam..wah mahal dah skrg harga nak msk ke zoo ek..rajin tul ashik trn ke kl..teha dah duk kat bkt antarabangsa ker?

    entahlah masih setia lagi dgn nuff..lum lagi terfikir nak tkr ke cik hijau.

    ReplyDelete
  18. @AYU

    zoo melaka tak pernah pegi lagi, harus cuba :)

    ReplyDelete
  19. @fabulous.farah

    wakaka! tu la, biasanya org tua yg selalu over dari bebudak, hikhikhik!

    ReplyDelete
  20. @fiza

    nanti leh la pegi, ok juga :)

    ReplyDelete
  21. @kak ina kl

    hehehe!! zoo taiping best lagi kak, teha dok sana rasanya, dis week insyaalh akan kesana :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014