Monday 24 May 2010

BERTUKAR DOMAIN - YANG MANA LEBIH OK?

Masa korang baca entri ni, mesti aku tengah mengacau kawan-kawan opis, sebab cpu aku belum sihat lagi, harap-harap tengahari nanti, mat repair tu call bos aku :)



Sudah berbulan-bulan aku asik intai NetKL, hehehhe!! ye...aku ada rasa gatal nak menukar domain. Kenapa? Jangan ditanya, nak tolong garukan boleh jugak. Dan aku buat keputusan hujung bulan ni nekad!!!! Tukar! Tapi masih ragu-ragu memilih domain yang sesuai, sebab nama aku panjang bebeno.



Dari sekolah dulu aku rasa panjang bebeno nama aku ni...lupakan kisah nama panjang. Kepada semua, harap dapat membantu, boleh tak? Rasa-rasa yang mana lebih sesuai dan senang ingat?

1) www.iedalhabsyi.com

2) www.iedaluvsham.com

3) www.iedaprops.com

4) www.iedahabsyi.com


Atau ada yang nak bagi cadangan lain, sangat di alu-alukan, jangan yang nama tak elok sudah ok. Terima kasih kerana membantu saya yang kerdil ini...eh, silap kerdil, perasan pulak, saya yang gemuk tapi comel, hahahha!! Jangan marah arr... :)

34 comments:

  1. ieda.com simple n nice :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rasanye iedaluvsham tu senang skit nak taip n ingt lah ieda..

    ReplyDelete
  4. nama yg first tu best ape!!

    ReplyDelete
  5. www.iedaluvsham.com
    itu lebih bagus. senang diingati....
    senang utk rockers terjah selalu... - rockers

    http://cicaktonjeng.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. sy plh no 2) www.iedaluvsham.com
    sbb cam ieda dh tknal ngn http://iedaluvsham.blogspot.com

    relevankah???hehehe

    ReplyDelete
  7. waaaa... nice blog k.ieda... suke sgt.. bella follow yerk :) thanks sebab sudi lepak2 kt blog bella yg x seberapa tuh :)

    ReplyDelete
  8. izan suka no 2...iedaluvsham.com cam best jek!

    ReplyDelete
  9. yg nombor satu tu pun okeh jugak ieda weih !

    ReplyDelete
  10. saya cadangkan no. 2...remain the original one..coz senang nak ingat..hehehhe and sentiasa doakan ieda sentiasa sayangkan sham..=)

    ReplyDelete
  11. saya cadang nama baru. www.mamaieda.com hehe :D

    ReplyDelete
  12. @e.l.i.s.s.m.i.e

    haa..memula nak amik yg tu, tapi dah ade org guna, sob..sob..

    ReplyDelete
  13. @chugie

    ehehe! tapi laki aku kata jiwang, tapi senang ramai yg dah tau kan :)

    ReplyDelete
  14. @cik paro

    ieda pon suka yang tu, tapi senang ke orang nak ingat? ehehehe!

    ReplyDelete
  15. @Ummi Hanie

    temah, ok x? mekacih bagi pendapatan ko, ehehehe! :)

    ReplyDelete
  16. @mek da ©™

    ok mek, mekasih bagi pendapat, hehehe! :)

    ReplyDelete
  17. @Encik Tikus

    serius! akak suka nama tu! mekacih tikus bagi idea baru :)

    ReplyDelete
  18. @Azman Roslan

    mekasih bro azman bagikan pendapat :)

    ReplyDelete
  19. pekata guna domain sepaku? murah lak tu..
    guna je http://iedaluvsham.com... cantik per ..

    ReplyDelete
  20. okay SD punya pendapat plak.macam SD nak tukar domain gak tp SEADEAD.com dah dikebas orang tp SD nak gak SEADEAD tu sbb dah memang well known ngan SEADEAD. Jd SD amek www.akuseadead.com...senang untuk orang taip dan ingat tanpa salah2 eja.....Jadi pilih yang mana orang senang ingat....

    ReplyDelete
  21. num 4!!saya sukaaaa =)*winkwink

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014