Tuesday 20 July 2010

HARI RAYA PUASA DAN HARI KEBANGSAAN, SERENTAK PADA TAHUN HADAPAN

Ter"advance" sudah! cerita pada masa akan datang le pulak, ko ganti puasa sah abis ke belum?? sibuk nak cerita pasal raya tahun depan! Hahahah! OK!


Aku rasa mengenai raya tahun hadapan ni, mungkin berita gembira bagi lelaki yang berkawin 2,3 dan 4 boleh lah! Ape susah! Takyah pening-pening, pergi sambut hari merdeka saja, abisss cerita! Ehehehe! Mungkin juga menjadi tahun yang lebih parah, ahakzzz! Jangan mare :)

_______________________________________________

KUALA LUMPUR: Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga adalah hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember).


Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.


Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.


Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos.


Selain itu, sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan adalah cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.-Bernama

5 comments:

  1. hoho..
    awal gila tgk kalendar taun depan..
    hik

    ReplyDelete
  2. tahun depan.. tahun ni jauh kan..so slamat ari raya,,

    ReplyDelete
  3. wow best tu...barulah merdekaraya hehehe

    ReplyDelete
  4. haha orang malaysia kalau bab cuti memang laju je bajet :p

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014