Friday 19 February 2010

YEAH...YEAH!!! NAK KAWIN! :)

"Yea...yeahhh!! Nak kawin!! Bestnyer!" aku gedik menari-nari atas katil.

"Jangan seronok sangat! Ingat kawin senang ke, banyak cabaran. Kena banyak bersabar" kata papa aku.

Aku sengih sumbing...ngeee :)


Itu hanya lakonan semula ok, eheheh!! Itu dialog pada tahun 2008 awal bulan Mei. Sekarang aku dah kawin! Dah jadi mak budak pon. Aku masih ingat kata-kata papa tuh, memang betoi diknon... Banyak cabaran dalam perkahwinan, datang dalam perlbagai bentuk, segi tiga, empat, lima, enam...


Macam aku yang baca, 5 tahun awal perkahwinan adalah kita mengenal pasangan. Dan dalam 5 tahun pertama ini yang paling banyak cabaran. 5 tahun seterusnya adalah lebih kepada keserasian. Dan pada tahap inilah tolonglah jangan meragui pasangan anda. Dah, aku bukan nak cite pasal keserasian bagai atau masalah dalam rumahtangga, ekekke!! Aku nak bercakap mengenai hakikat perkahwinan!!


Apakah hakikat perkahwinan korang?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka

pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur

tidak memuaskan .


Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka

pasangan bakal bubar jika bangkrup .



Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,

pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka

kerepot atau badan jadi gendut .



Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka

pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan

tidak dapat memberi anak .



Jika hakikat pernikahan adalah ! kerana KEPERIBADIAN,

pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .



Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati

manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada

hal-hal yang lebih baik , lagipula manusia yang

dicintai pasti MATI / PERGI.



Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada

ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA

melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada

alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah

tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


10 comments:

  1. btl tu..bila dh merasainya br kita sedar..n dpt terima hakikat..well its normal..ckpla byk mana pn kt anak dara or bujang trang tang tang yg blm kawen..dorang xkan amik pedulik nya..mmg lumrah..

    ReplyDelete
  2. menarik...perkahwinan juga merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikuloleh suami-isteri...

    ReplyDelete
  3. best kate2 nih..nak paste kat my hubby..blh x dear..?

    ReplyDelete
  4. betul tu...setuju sangat2...pelbagai rintangan & halangan yang harus ditempuhi...tipu la kalo kata tak pernah gaduh kan...adat resam hidup berubah tangga...bak lagu Tan Sri P.Ramlee...sedangkan lidah lagi tergigit....apa pula suami isteri...buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi"...hu...hu...ternyanyi la pulak

    ReplyDelete
  5. ena setuju ngan semua tu eida.. setuju 100%

    ReplyDelete
  6. ssah eh dh kwin...
    arp2 Allah mmprmudahkan idup kte...
    :)

    ReplyDelete
  7. betul tu dek non oi.. ingat senang ke nk kawin?? byk bende nak pikir tau..

    ReplyDelete
  8. best kata-kata kat atas tu..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014