Friday 5 February 2010

JANGAN JADIKAN KUBUR MAK/AYAH "PENEBUS RASA BERSALAH" ANAK-ANAK.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hinggalah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..



Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam
(anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)


2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat
("mak/ayah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)


3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur
("aku sayangkan mak/ayah"...walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin
(siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/ayahku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin.


5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil
(maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat".... doa seorang anak lah yang diharapkan sebenarnya!!)


6. buat pelbagai kenduri
"hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."kematian ibubapa


7. sedekah pisang kat masjid......


8.. buat upah umrah setiap tahun
(walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/ayah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)..ishh...ape punye anak..


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata,
"aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada ayah/mak. Kau tak buat ke?"



Anak-anak, memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.


Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan
untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).




Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."



(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan /
jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam


kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh

mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble)
dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat
sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan?
Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s-
So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan...

3 comments:

  1. nape tulisan tu ada tak nmpk tepi tu..Actually kan for me tak salah buat sume tu..contohnye sedekah semua tu..tp, jgnla masa tu je..benda2 tu semua leh buat constant bila2 masa je..ibadat x kira masa kan..

    kita ni sebagai anak kadang2 tak mampu nak balas jasa2 mak ayh kita..harap tak jadi anak derhaka je dan lihat mereka bahagia :)

    ReplyDelete
  2. betul seperti kata kak izzati di atas. huhu. speechless bila baca entry. btw salam kenal... :) sudah follow blog ini.

    ReplyDelete
  3. Jasa mak & ayah memg x kan terbalas sampai bile2 tp sbg anak berbuat baik la selagi ade hayat di kandung badan.. x rugi apa2 pon.. hidup lebih di berkati adalah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014