Tuesday 2 February 2010

Beyonce, Swift 'meletup'

Beyonce yang mendapat jolokan Ratu R&B dicalonkan dalam 10 kategori dan menang enam trofi termasuk Lagu R&B Terbaik menerusi hitnya, Single Ladies (Put a Ring On It), Album Kontemporari Terbaik, Album R&B Terbaik untuk I Am...Sasha Fierce, Vokal R&B Terbaik Wanita (Single Ladies), Persembahan vokal pop terbaik dan Lagu R&B Tradisional Terbaik untuk At Last dari filem, Cadillac Records.


Kemenangan itu menyaksikan Beyonce mendahului malam Grammy dengan merangkul trofi bagi dua kategori yang cukup penting dalam karier seorang artis iaitu kategori Lagu Terbaik dan Album Tahun Ini.


Tidak cukup dengan itu, bekas anggota kumpulan Destinys Child itu turut membuat penampilan dramatik menerusi, If I Were A Boy, salah satu lagu hitnya untuk majlis prestij khusus menghargai karyawan muzik di Hollywood itu.


Sementara Taylor yang mencatat pencalonan kedua terbanyak dengan lapan kategori, merangkul anugerah Vokal Wanita Country Terbaik menerusi White Horse.


Katanya, pencapaian berkenaan cukup bermakna dalam karier seninya, malah menjadi pendorong untuknya berusaha dengan lebih gigih dalam dunia seni pada masa akan datang. "Ini adalah pencalonan pertama saya dalam Grammy dan saya sangat teruja," katanya.


Taylor yang popular dengan lagu You Belong With Me, turut menang Lagu Country Terbaik untuk White Horse bersama komposer Liz Rose. Taylor menepati ramalan pemerhati dan peminat muzik apabila memenangi Album Country Terbaik menerusi Fearless. Editor Kanan Majalah Rolling Stone, Michael Endelman menyifatkan pencapaian Taylor Swift cukup memberangsangkan.


"Swift mempunyai rekod pencapaian dan jualan album yang cukup menakjubkan. Dia mempunyai pengaruh yang kuat bagi peminat muzik country bukan hanya membabitkan golongan dewasa, malah generasi muda serta mencetus fenomena tersendiri bagi peminat muzik pop," katanya.


Taylor disenaraikan dalam kategori Artis Baru 2008 namun tewas kepada Amy Winehouse. Album keduanya, Fearless mencatat jualan tinggi di Amerika Syarikat sejak berada di pasaran pada November 2008. Dalam majlis Grammy, Taylor berganding bersama Stevie Nicks dari kumpulan Fleetwood Mac menghiburkan penonton. Gadis yang terkenal menerusi penampilan dengan rambut perang itu, memenangi beberapa anugerah utama antaranya kategori muzik video terbaik Anugerah MTV Video pada September lalu. Kemenangan itu turut mencetus kontroversi apabila penyanyi Rap, Kanye West cuba mencetus provokasi apabila muncul di pentas dan merampas trofi berkenaan daripada Taylor sebelum memaklumkan anugerah itu sepatutnya dimenangi Beyonce. Anugerah Grammy yang cukup dinantikan peminat muzik antarabangsa sentiasa mencatat kejutan tersendiri. Buktinya tiada siapa menyangka penyanyi jazz veteran, Herbie Hancocks memenangi anugerah Album Terbaik yang pernah dimenanginya dua tahun lalu.


Taylor berdepan cabaran sengit dalam kategorinya apabila turut tersenarai menerusi anugerah itu ialah Miranda Lamberts (Dead Flowers) dan Carrie Underwoods (Just A Dream).


Turut memenangi tiga gelaran ialah kumpulan popular, Black Eyed Peas termasuk Vokal Pop Album Terbaik menerusi The E.N.D. Sementara penyanyi yang sering mencetuskan kontroversi, Lady Gaga memenangi dua anugerah yang dikongsi bersama Leon, Jay-Z, Eminem, dan Maxwell.


Kejutan paling besar apabila Maxwell, yang dicalonkan dalam enam kategori memenangi anugerah Grammy pertamanya menerusi Vokal Lelaki R&B Terbaik dengan lagu Pretty Wings dan Album R&B Terbaik bagi Blacksummers' night. Ia adalah album kemunculan semula buat Maxwell selepas 'berehat' kira-kira lapan tahun dari dunia muzik.


"Saya sangat terharu kerana ini adalah album kemenangan pertama saya di anugerah Grammy. Ia amat bermakna bagi saya," kata Maxwell selepas menerima trofi bagi lagu Pretty Wings.


Turut tersenarai dalam kategori pemenang Zac Brown Band yang memenangi anugerah artis baru. Mendominasi album rock, Green Day menerusi album berjudul 21st Century Breakdown. Lebih 20,000 peminat muzik berkumpul di Staples Center yang berlangsung gilang-gemilang dengan persembahan memukau artis ternama antarabangsa bermula dengan persembahan pembukaan Lady Gaga. Usher yang berpakaian serta putih pula bersiap sedia menganugerahkan trofi khas kepada artis yang paling lewat tiba di anugerah itu disusuli persembahan bertenaga Pink dengan himpunan lagu-lagu popularnya.


Turut membuat persembahan, gandingan Jennifer Nettles, Richie Sambora dan Jon Bon Jovi serta gandingan Jennifer Hudson, Celine Dion, Smokey Robinson, Usher dan Carrie Underwood menyampaikan lagu khas memperingati Michael Jackson. Tidak ketinggalan, persembahan kumpulan adik-beradik, Jonas Brothers, Black Eyed Peas dan Natasha Bedingfield. - myMetro

4 comments:

  1. me big big fan of beyonce ! .. mmg suke bila dia menang...

    ReplyDelete
  2. rajin la eida cai info.. ena lau pasal artis2 barat nie.. x berape nak follow sgt.. minat gituw jer la.. heh3x..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...xminat sgt mokcin nih..pape pun say tahniah la kan..

    ReplyDelete
  4. ohh terliur beb tengok badan beyonce tue..alangkah indahnya klu badan aku pun cam tue..ehhh tapi aku tetap bersyukur dengan badan aku skrang..amin..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014