Monday 1 February 2010

KAMU LELAKI MISKIN??


Kamu lelaki miskin?? Tak punya harta dan wang?? Rupa lagi la...tak payah citer, eheheh!!!

Takpe....Jangan dihina lelaki yang miskin kerana yang menghina itu akan kembali melutut pada lelaki itu kembali! Pada aku takpe kalo miskin harta wang ringgit, semua tu boleh dicari, diusahakan, ikhtiar. Jangan pula sampai kamu memilih lelaki kaya, dalam masa yang sama kamu telah memilih lelaki yang MISKIN-MISKIN dibawah ini.....


miskin budi bahasa . . miskin sifat mulia . . miskin kata benar . . miskin solat . . miskin rasa bersukur . . miskin zikir . . miskin penghormatan . . miskin senyuman . . miskin kebaikan . . miskin pertolongan . . miskin kasih sayang . . miskin iman . . miskin redho . . miskin mengingatNYA . . miskin sabar . . miskin pengampunan . . miskin kata manis . . miskin keselan . . miskin pujian . . miskin teman sejati . . miskin kebaikan . . miskin nasihat . . miskin kelembutan . . miskin sahabat . . miskin memberimiskin isu . . miskin kejayaan . . miskin berlapang dada . . miskin keyakinan . . miskin qana'ah . . miskin kepercayaan . . miskin sedekah . . miskin wirid . . miskin kesedaran . . miskin tawakal . . miskin bertahjud . . miskin damai

Sesungguhnya tuhan itu mengetahui apa yg terkandung dlm hati kamu, tuhan tidak mengainaya hambanya, tuhan juga bersama orang orang yang sabar. Sebab itu di ujinya, lihat nabi sahaja dah cukup, jika nabi nak hidup kaya, jangan kata sawah dan kebun, lebih dari itu nabi boleh buat, tapi kenapa nabi lebih senang hidup seperti org miskin, sebab tu ler, kesabaran, nabi mendidik umatnya untuk belajar bersabar..


Aku cuma kesian melihat wanita sekarang ni, kurang sabar, hendak yang nyata saje di depan mata, jika tiada, tak layan, akhirnya diri mereka sendiri yg merana,kena tipu,kena itulah,kena inilah...lepas tu akan kata tuhan menguji mereka,memang ler tuhan menguji,tapi fikir dulu,salah siapa sampai jadi macam tu..sebenarnya manusia seperti itu hanya menganaiya diri mereka sendiri.


"sesungguhnya manusia itu jika bersyukur,tuhan akan tambahkan lagi rahmat keatasnya" dan "tuhanmu tidak pernah mengainaya hambanya,kecuali mereka sendiri yg mengainaya diri mereka"


Ingatlah sandaran hidup kamu bukanlah harta, sawah, kebun, banglo, kereta mewah, saham tetapi sandaran diri dalam kehidupan adalah kepercayaan kamu pada tuhan yang mencipta kamu.Adakah kamu rasa, jika kamu tiada harta,kamu miskin,kamu dipulau orang kerana kemiskinan kamu,maka tuhan juga akan tinggalkan kamu?

TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI, lihat sahaja sejarah Nabi Ayub..tokak,ulat,seluruh badan,hingga isteri dia pun tinggalkan dia (tu perempuan dulu,kalau perempuan skrg,aku rasa lagi terok,mesti siang2 dah tuntut harta dulu),hingga akhirnya lepas dugaannya,dia pulih,dan tuhan beri kembali segala galanya pada dia,masa itulah isterinya terhegeh hegeh balik. INGAT, PENGAJARAN TUH!

* CREDIT 2 GOOGLE, AKU PINJAM GAMBO KO LAGI YEK! :)

5 comments:

  1. tul tu....seharusnya kita perlu lbh bersyukur dengan nikmat yg Allah SWT kurniakan lpd kita hari ini....tak perlu nak kejar kemewahan dunia semata-mata....

    ReplyDelete
  2. biasanya isteri blh tahan klau suami sakit - jaga semua..tp suami??? hmmm...

    ReplyDelete
  3. setuju..tu yg islam suruh kalau nakbuat perbandingan, bandinglah dhn mereka yg lebih susah, baru lahir rasa kesyukuran...

    ReplyDelete
  4. Miskin harta x apa.. jgn miskin amal & takwa.. itu lah bekalan di akhirat kelak.. klu kaya didunia semata akhirat x der.. x de maknanyer juge kan!..
    Bersyukur lah dengan apa yg ader.. :)

    ReplyDelete
  5. Allah itu adil.. Mesti ad kelebihan dan kekurangan msing2..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014