Friday 5 February 2010

SUAMI TETAK JARI ISTERI

AMPANG: Buang semua empat jari yang terkulai akibat ditetak bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawa sendiri atau sambung semula jari terbabit, tetapi perlu berdepan risiko kemungkinan kehilangan dua jiwa.

tulah pilihan diberi doktor pakar kepada seorang pekerja bank, Norshamila Abd Majid, 34, yang sedang hamil lima bulan ketika dibawa ke dewan bedah Hospital Ampang kerana empat jari kirinya terkulai akibat ditetak suami sendiri menggunakan pisau pemotong daging.


Namun, sifat keibuan mengatasi segala-galanya apabila dia memilih menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawanya sendiri menyebabkan Norshamila kini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup apabila jari telunjuknya terpaksa dipotong.


Jurucakap HA berkata, sebelum dimasukkan ke dewan bedah, wanita terbabit terpaksa memberi kata putus dengan membuat hanya satu daripada dua pilihan itu dan dia mengambil keputusan memotong semua jarinya yang terkulai itu. “Mangsa perlu membuat pilihan itu kerana ubat digunakan untuk menyambung semula jarinya terlalu kuat dan dikhuatiri mengancam nyawanya sendiri dan bayi dalam kandungan mungkin gugur.


“Bagaimanapun, ketika proses pembedahan, doktor pakar cuba menyambung kembali jarinya dan akhirnya tiga daripada jari wanita itu berjaya disambung semula, namun jari telunjuk terpaksa dipotong,” katanya.


Mangsa kini masih dalam pemantauan rapi kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman, selain memastikan tiga jari berkenaan dapat kembali bergerak seperti asal.


Mangsa serta bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang seminggu lagi jika keadaan kesihatan bertambah baik.


Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita yang mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami sendiri apabila ditetak pisau pemotong daging menyebabkan empat jari tangan kirinya terkulai.


Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa yang berang apabila isterinya pulang lewat walaupun disebabkan keretanya dipecah pencuri.


Berang isterinya yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, pulang lewat, lelaki terbabit tanpa menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong daging.


Bagaimanapun, lelaki itu yang menjual pakaian terpakai di Pasar Chow Kit di sini, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- myMetro

11 comments:

  1. baru je baca pasal ni kat metro
    kenapalah banyak sgt org dah gila skrg ni
    semua ikut hati
    otak simpan kat kaki

    *tabek kat Norshamila.. begitulah seorang ibu!

    ReplyDelete
  2. bapak ah... suami cap aper ni... sengal.... time belum kawen, syg lah, cinte lah, lautan api pon sanggup redah.. ble da kawen, ader problem sket nk tetak2 bini.. huh huh huh... cian bini die tu..huk

    ReplyDelete
  3. Teruk betul husband dia tu...isteri tgh mengandung dia buat macam tu. Teruk betul...tetiba hangin satu badan!!

    ReplyDelete
  4. nilah jenis2 lelaki yg xblh dibuat suami..bertindak ikut perasaan tp akal ltk kat pale lutut..simpati betul pada si isteri..lebih baik hidup sendiri n bele ank sendiri...

    ReplyDelete
  5. bodoh sial tul laki tuh..kalau aku dah lama aku ceraikan laki tuh..ho~sian bini dia,dahla ngandung..kejam betul!

    ReplyDelete
  6. gila....sangat2 gila....

    ReplyDelete
  7. stress+tak waras gak nyer laki dia tu... sbb tu bole wat isteri jd cam tu... kalau panjang akal takkan macam tu...

    ReplyDelete
  8. saye pon baca pasal kes ini..
    kasih seorang ibu..

    ReplyDelete
  9. tu la baca kesah ni kt paper...laki dia waras ke x...ishh smpi cm tu sekali buat kt bini dia..

    sedis tgk kesah cm ni...

    ReplyDelete
  10. MElampuanyer!!.. x dak hati perut punyer laki.. bukan nak membantu di tambah beban lg pada isteri..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014