Petang semalam laki aku call, katanya nak amik kereta dan dia nak pergi Penang kejap, ada hal kerja. Ok, pas laki aku sampai kat ofis, aku pon hulur dengan manja kunci kereta, pastu salam. Pastu laki aku kata "Ok, babai Mek Misai," pastu laki aku gelak berdozen-dozen, hahahahahhaa!!!! Eee....serius aku 10% geram 90% malu sikit (malu kategori sikit sebab dia laki aku) hahahahha!!
Fine! Ekceli bukan misai tebal cam lelaki, tapi bulu-bulu halus manja, hahaha! Dah lama aku tak menebas atas bibir ni,hahahhaa!! Tapi isu ni jarang cakap, padahal aku pon nampak gegirl-gegirl opis aku pon lebat je atas bibir tu, ekekekeke! Pastu aku naik opis, aku tanya Kak Eyta, "Akak, Ieda ada misai ke?"
Yang aku nak tergelak, dia pulak kalut meraba misai dia, "Eh, akak pon ade" kata Kak Eyta, kami gelak, hahahaha!!!
Setengah perempuan memang jelas kelihatan bulu halus atas bibir, mungkin sebab hormon, weh...tapi aku takbanyak ok, ade pon sebab dah lama tak menebas, hahahahaha!!! Kadang ada yang tanya, boleh ke cukur misai? Kita ni perempuan....
Yang ko cukur tu buat pe diknon....ko cabut la, pakai pencabut kening (tapi cabut kening haram ok!) Kalau cukur, dia akan tumbuh lebih tebal dan kasar, itu yang aku nampak sebab aku ade kawan yang cukur, makin lama makin kasar teksture atas bibir dia, kesian pulak aku tengok... udah ghoper jantan pakai skirt pulak, hehehhe!
Percayalah...kadang-kadang lelaki lebih prihatin terhadap penampilan seseorang wanita berbanding dirinya sendiri :)
p/s: dah selamat menebas malam tadi, nak aku tunjukkan foto? hahahaa! :)
Ada citer menarik untuk dikongsi, berlaku pada bulan 2 yang lepas :)
BATAL KAHWIN, ISTERI ADA MISAI DAN JULINGDUBAI: Seorang duta Arab membatalkan perkahwinannya serta merta selepas mendapati isterinya berkumis dan mata juling. Pengantin lelaki tidak dinamakan itu tidak pernah melihat wajah pengantin perempuan kerana dia memakai niqab sepanjang perkenalan mereka, menurut laporan.
Beliau turut membatalkan jamuan perkahwinan dan terus merujuk kes ke Mahkamah Syariah.
Beliau menuntut perkahwinannya dibatalkan serta wang AS$137,000 (RM468,677.20) untuk hadiah perkahwinan dan perbelanjaan lain dikembalikan selain meminta pengantin wanita diperiksa atas ‘kecacatan hormon.’
“Beliau amat terkejut, Pengantin wanita mempunyai personaliti yang baik, namun ada alasan bagus menyembunyikan wajahnya. “Pengantin lelaki terus ke mahkamah meninggalkan pengantin perempuan yang menangis teresak-esak,” lapor akhbar Daily Mail.
Duta itu mendakwa, bakal ibu mentuanya menunjukkan gambar adik perempuan isterinya untuk menipunya berkahwin dengan wanita yang lebih gemar duduk di rumah berkenaan. - Agensi