Friday 23 July 2010

AYAH GUNA ANAK 5 TAHUN UNTUK MENCURI

Isk..isk...Allah bagi anak supaya kita jaga dia, didik dengan perkara yang elok, beri kasih sayang tapiiiiiiiiiii lain pulak jadinya.....

________________________________________________________

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini, awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.


"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti. Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, mangsa kemudian mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.



Beliau berkata, ketika menggeledah kereta suspek, polis menemui wang tunai berjumlah RM4,700, tiga keping kad pengenalan, lima telefon bimbit, beberapa keping kad bank dan sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai ganja.



"Siasatan awal mendapati, suspek terbabit dalam beberapa kes curi iaitu satu kes di Hilir Perak, empat kes di Manjung dan tiga kes di Perak Tengah," katanya.



Mohd Jamil berkata, anak suspek berkenaan akan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk jagaan sementara sebelum diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Pulau Pinang sebaik sahaja siasatan kes selesai.-Bernama

3 comments:

  1. memang bapak x guna ... entah mcm mana dier leh jadi bapa .... hishhh emooo tul akak baca berita niehhhh .. erghhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. xphmla prangai manusia skrng nie~
    mcm2 hal..
    cmlm tgk paper, psl bpak g sepak bayi la~
    pastu mak kne halau ngan ank kndung la~adehhh

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014