Monday 13 December 2010

FAEDAH BANYAK SENTUH PASANGAN ANDA


BANYAKKAN bersentuh-sentuhan atau menunjukkan kasih sayang secara fizikal dengan pasangan anda kerana ini boleh meningkatkan kesihatan anda berdua.


Pasangan suami isteri yang melakukan demikian akan meningkatkan hormon oksitosin yang juga disebut sebagai 'hormon cinta' dalam tubuh mereka.


Di samping itu, paras alfa amiles - sejenis petanda stres dalam tubuh manusia - juga berkurang, menurut Dr Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakannya dari Universiti Brigham Young di Salt Lake City di Utah, Amerika Syarikat, yang menjalankan satu kajian baru-baru ini.


Beliau berkata sokongan emosi dan moral penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Antara pasangan suami isteri, sokongan begini lebih penting.


Salah satu cara menunjukkan sokongan ini ialah melalui sentuhan tanpa seks, tetapi sekadar sentuhan fizikal sebagai tanda pasangan mengambil berat dan sayang seperti berpimpin tangan, memeluk atau duduk dan berbaring rapat, katanya. Satu lagi dapatan kajian Dr Holt-Lunstad dengan rakan-rakannya dalam jurnal Psychosomatic Medicine menunjukkan bahawa bagi kaum lelaki, sentuhan hangat pasangannya boleh meningkatkan kesihatan jantungnya. - SUMBER


P/S:hehhehehe! :)

17 comments:

  1. lepas baca ni terus rasa nak gi sentuh wife..hehehe :D

    ReplyDelete
  2. nk sntuk kena berlapik kak huhuhu klo x btal air smayang

    ReplyDelete
  3. Salam Pn. Ieda ~ Klu dlm islam pun.. I pernah terdgr dikatakan..dosa2 suami isteri akan gugur dari celahan jemari suami isteri tersebut (bagi yg suka berpegangan antara 1 sama lain).. Wallahualam.. Apa2pun mari amalkan krn byk fadhilatnya;)

    ReplyDelete
  4. lagi banyak sentuh, lagi banyak pahala... hik!

    ReplyDelete
  5. btol tu! jum amalkan slao..hehe...

    ReplyDelete
  6. wah..bagus entry ni..Lisa sangat setuju...

    ReplyDelete
  7. **terus aku call wife untuk bersentuh2an perasaan dulu.. hehe

    ReplyDelete
  8. pasni nk slalu sentuh2 hehe.. gud info dear ;)

    ReplyDelete
  9. deyh!
    nak kawen plak rasenyew!

    ReplyDelete
  10. amboi ampa ni.aku dah la
    belum kahwin.

    ReplyDelete
  11. Nih maleh nak sentuh-sentuh nanti dapat adik lagi. haa..ha..

    ReplyDelete
  12. sempoi !! mmg selalu bersentuhan lah laki bini..hahaha.

    ReplyDelete
  13. nak sentuh bini gak lepas ni haha

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014