Saturday, 31 July 2010

PERANG DUNIA KE-2 JIRAN SEBELAH

Tengah memberus kain di bilik air.

Terdengar sesuatu.

Laki bini sebelah umah aku bergaduh!

Pasang telinga nak dengar bijik buah percakapan mereka.

Masing-masing menjerit, si isteri menangis ngangis.

Datang laki aku, "Hah! Pasang telinga! Kepochi betul ayang nih!"

Terbantut. Bukan aku yang bantut. Situasi tu.

Baru nak masuk bilik air kembali. Dengan niat nak sambung basuh kain.

Tetiba laki aku datang balik.

Laki aku bersuara,"Eh, nanti cerita kat abang ape yang ayang dengar"

Ah! sudah! Siapa yang terlebih kepochi nihhhhhhhhh?

hahahahhahahaha! ;p


p/s: hendap dengar dengan niat yang baik, kot-kot main tikam-tikam leh cecepat aku tepon polis, uhuhuhu! Wah...adakah aku heroin dalam cerita ini? Ahahahahahha! ;p

Friday, 30 July 2010

JANGAN CILOK VITAGEN SAYA!

Aku suka beli Vitagen, bagi Amanda minum 1 botol, laki aku 1 botol dan aku 3 botol. Hahahahha! Beli dengan niat nak bagi anak minum tapi memang selalunya maknya yang minum lebih, mujur botol-botol sekali tak telan, ekekeke!



Kebaikan minum Vitagen:

  • Membantu mengekalkan paras bakteria "baik" yang tinggi di dalam usus anda

  • Membantu penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien penting daripada makanan

  • Membantu mengurangkan risiko ganguan usus seperti sembelit,diarea dan kembung

  • Membantu memperbaiki pergerakan ini perut /usus

  • Membantu menguatkan sistem imun badan dengan menyekat bakteria merbahaya


Tengok yang last sekali, "menguatkan sistem imun badan", so aku wajib minum lebih supaya tak demam nak menguruskan hal rumahtangga, ekekeke! Alasan nak minum lebih.




Aku nak mengorat Amanda, nak sedut sikit vitagen dia. Dia bagi. wahhhhhhhh! Pemurah lah anak mama! "Mama nak lagi boleh?"kata aku, hehehhe!!!




Ape dia buat???








Amik ko!





Dia bagi bontot aje!, Cis...lari dari aku! Hahahhaha! Nampak sangat godaan tak menjadi, kene praktis lebih ni, kihkihkih! ;p










Eh, 2 hari lepas aku nampak iklan menarik. Dengan pembelian 10 botol Vitagen Kurang Gula, layak mendapat 1 Beg Mini Pereka, menarik! Ye...benda percuma memang menarik! Wakakakaka!



SEMUA SUDAH TANDA

Korang tau tak? Aku dah tanda semua hari-hari yang mendatang, hehehhe!! Hari pertama Ramadhan. Yeahhh! Aku paling suka hari tu, mesti lembik giler badan, ekekekke! Kalah budak kecik.




Aku telah agak-agak bila nak balik Besut, berbuka bersama mok dan aboh. Ok, tolak cuti, tinggal berbaki lagi cuti untuk raya. Cukup, cukup sampai raya, heheheh! Weh, seronok berbuka puasa di kampung laki aku, ayam percik da bestttt! Pastu ikan keli bakar, pergh...dan paling best air kelapa kat kampung, pergh..pergh...perghhhhhh! Wakakakaka!!!




Oh tidak! Ni dah lari niat puasa beb! Ape citer asik ingat makan jer, dosa, dosa.




Tahun ni aku raya di Johor Bahru. What???? Yeahhhh!!!! Dah 2 tahun tak beraya di Johor, so kali ni turn aku, hahhahaha! Laki aku dah tempah segala bagai tiket, *wikit*wikit* (DJ ieda in da house!) hahahaha!! Balik ke Johor 2 hari awal sebelum raya, then raya ke-2 terbang ke Besut pulak. Great huh! :)



Cek Mek bertudung Merah Berbaju Kuning riang menyambut raya! (sila lihat betul-betul :))


Korang raya dimana? Kalau ke besut, singgah jumpa aku yeee :)

p/s: Jangan gaduh-gaduh pilih tempat beraya. Eh, aku tak gaduh tau...hahhahaha!

Thursday, 29 July 2010

SENARAI MENU BERBUKA/SAHUR AKU

Taraaaaaaaa!!!!!! Dengan ini mempersembahkan Menu Berbuka/Sahur Puan Superwomen Ieda Al-Habsyi! Hahahhahaa!! Bangga,bangga,bangla..eh silap merepek bangla pulak, hahahah! (tetiba je ada bunyi seluar dalam terkoyak).




Aku telah memilih menu yang simple giler, bersesuaian dengan waktu aku nak bersilat didapur lepas waktu kerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad, aku pilih menu yang kengkonon ala-ala candlelite dinner(ape kejadahnya candlelite dinner! baik solat terawih! hehehhe!)




Ala...kejap ajo eden memikirkan menu ni pastu buat deraf then baru taip bagi nampak comel giler, kasiiii semangat nak memasak ko! Hello! Dah 2 kali berpuasa bersama laki tercinta tapi sekarang baru nak memasak untuk bulan ramadhan. (kata cinta, makan pasir pon takpe kan bang! wakakakka!). Last print, siap!




Bawak masuk kereta. Vrommmm! Bawak balik umah, ni sesi nak tunjuk pada Yang Mulia Encik Sham, hahahaha!!!






Sampai umah dengan muka sengih-sengih macam nak mintak penampo, sambil hulur pada laki aku menu tu.


Encik Sham : Ape nih?

Aku yang sengih-sengih : Tengok la.

Encik Sham : (Ambil. Pastu sengih-sengih jugak macam nak minta penampo)

Aku yang sengih-sengih : Ayang dah siapkan menu, berazam giler nih! Jangan lupa belikan barang ye, hahahhaha!!!

Encik Sham : Bila ayang buat ni? Tengok buku masakan ke??

Aku yang sengih-sengih : Eh, reka snirilah, mane main tengok buku masak (berlagak giler ko!)wakakaka!!

Encik Sham : Hahahahah! Betol ke ni?

Aku yang sengih bertukar muka Sinchan : Betol lah!

Encik Sham : Hahahah! ok..ok...



Laki aku baca menu pastu dia bersuara......


Encik Sham : Eh, ni baru menu 20hari, mane lagi sepuluh hari????

Aku yang gelak jahat : Hahahahahahhaha!!! Cuba tengok page last bawahhhhhhh skali, ekekeke!





LEPAS MERDEKA DAPUR DI TUTUP! (kata merdeka kan!) DAPUR HANYA DIBUKA UNTUK MEMBUAT KUIH RAYA DAN CAKE SAHAJA, HEHEHE! SO, LAUK KEDAI LA JAWABNYA YE BANG...HIKHIKHIK!!! :)


p/s: merasa juga lauk kedai! wakakaka!

Wednesday, 28 July 2010

SEMUA NAK TARIKH CUN 10/10/10

Ok satu dunia dah tau si Hensem Malaya nak kawin tak lama tagi, tahniahhhhhhh! Suka aku baca paper pagi tadi, ye la..orang nak mendirikan masjid, benda elok tu..mestilah suka kan. Yang paling aku suka tengok bakal pengantin perempuan, Dr.Halina, makin cantik berseri-seri ko! Ahaks!




Tapi aku macam perasan je Dr. Harlina ni makin cun! Pastu aku cakap kat bebudak lelaki opis aku, "Makin cantik tunang Sheikh Muzzafar ni, dulu aku tengok macam biasa-biasa je. Bagus-bagus, kene lebih menawan ni sebab laki dia satu dunia suka!,"




Gelak je bebudak lelaki kat opis aku,"Haah...aku pon tengok dulu dia tak berapa cun, rambut pon fesyen lama, skang cun!" kata sorang lagi.



Tengah darah manis tu. Ngeeee :)



p/s: Dr. Harlina sangat manis, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia hingga cucu cicit piut :)

TAIK TAK COMEL SURI CRUISE



Hahhahahaha!! Tahi pon boleh di abadikan, besauuu betol! Aku rasa nak dibandingkan ngan tahi Amanda yang pertama (wakakakaka!) kecik lagi tahi anak aku, hahhahaha!



Anak artis, tahi pon jadi perhatian! Ahakssss! :)

TENGAHARI YANG MELOYAKAN

Tengahari ni aku memang tak berselera. wek..wek...wek...itu bukan bunyi muntah, sesuke je menaip perkataan tu, hahahahha!!! So tengahari ni aku layan makan cocktail sausage with cheese jerk ngan aiskrim wall's nih... memang takde selera. aku pon tak tau ngape....





Puasa bakal tiba. Aku tekad puasa kali ni aku nak masak jer, malas nak beli, lagi puas hati masak sendiri walaupon letih berkejaran sana sini. Takpe, makan ubat kuat. Uiks...ubat kuat?! Jangan..jangan nanti lari ke tuttt pulak bulan puasa ni, hahahahhaha! Mungkin vitamin untuk kecergasan hikhikhik! Over giler je aku.




Weh, ape menu korang?? wahhhh! dasat! puasa belum lagi dah tanya menu, hahahahaha! Fine! Aku dah ada menu (bangga + hidung kembang). nanti aku paparkan pada entri yang akan datang :)

MATA CERAH TENGOK GAMBAR CUN!

Hakhakhak! 2 minggu lepas baru pasang Astro Beyond, ngeeeee :) Ketinggalan zaman betul (macam biasa)! Semua orang dah pasang, cuma kami laki bini terhegeh-hegeh baru nak pasang, ekekekeke!!!




Dan macam biasa aku jadi Mak Guard, menunggu En.Astro Beyond tiba. Cisss..kene tepat time aku dok memonteng keje, time tu la nak pasang.





En. Ane (Bukan Nama Sebenar) muncul tiba. 3 orang beb, takooott aku, bebetul aku jadi Mak Guard kat pintu umah, nak duduk dalam umah bersama 3 lelaki asing, ohhh tidakkkk! Ops! gambar yang dipapar hanya dia seorang, mungkin insan terpilih hahahahha!




Dah siap pasang, tepon laki aku. Bergegas balik, wahhhhhhhhh! Suka! suka! suka! Aku tak paham apa yang disukanya?!?! Cis....dasar tak memahami langsung! wakakakaka!!




Tapi memang gambar cun dengan full HD, cayalah! Tapi yang kurang menarik, ada function yang belum boleh berfungsi lagi, lol! Pulangkan RM15 aku! Sila charge RM5 saja sudah.... ;p




p/s: makan minum tido depan tv, tolak berak kencing je. ;p

Saturday, 24 July 2010

TELOR GEGOR MENCURI HATI

Ish..ishh... budak kecik mane lah ni,hahahhaha!!! Ni lah akibat takmo dengar cakap mama, kan dah kene denda tenggong ala-ala berak kat jamban luar rumah.




Pagi tadi pukul 5.00 pagi aku bangun, wahhhhh! bagus kan aku, bagus,bagus, puji lah skittttttt! :) Aku tak tau nape bangun awal sangat, pada aku awal la, sebab biasa 6.30pagi baru nak korek taik mata. Pastu Amanda pon bangun, haishhh baru nak berblogging. Pastu aku ajak ummi g breakfast kat Tebing, besttt! Paling suka Roti bakar + Telor Gegor, perghhh..gegar habis! wakakaka!

Gambo dari google, aku kelaparan, gigil-gigil nak amik gambo wakakaka!



Balik je ape lagi, sumbatkan Amanda dengan kek coklat, tengok le, comot, pastu biskut oreo pulak, lagi hitam muka penuh coklat! Pastu baru mandi-mandi sebab kami ada kenduri member laki aku kat Kuala Kangsar.




Chuppp chuppp, siap! Dah siap baru leh gerak big bos, kang kalo aku tak siap lagi...siren bomba mula bunyii, ahakss! ;p





Konon ala-ala model Softlan, wakakak! Kasi feel skit, baru ada azam nak mandi pagi, hahahha!




Balik dari kenduri anak aku tdo, ni la masa nak berblogging! ahaha! Kemas umah belakang cerita, hikhikhik! Weh...umah aku kemas beb! Tak tanya? saje aku nak heboh sekampung, wakakaka!! (kemas gitu-gitu jerk ;p)




Petang adalah masa untuk merayap, ape barang dok umah beb! wakakaka! Amanda, dah siappp?? Dah cun??? Mariiii jenjalan! :)



Ayep, cun tak amanda? Ahahahaha!






p/s: ntah hape-hape tajuk ;p

REZEKI DATANG MENCURAH-CURAH

Shopping di FOS, percuma beg bola jika beli RM80 keatas, dapat 10 freeeee! Thanxx KakLisa :)




Hehehehe! Suka! Suka! Mestilah suka! Sudah, sudah! Gila Suka pulak jadinya. Alhamdulillah :) rezeki buat anak aku, ngeeeee:) (dan biasanya si mak le terlebih over suka) ekekekek!!!



Hari Rabu lepas, aku teman kan sepupu sepapat aku pergi bershopping. Teman ajer tunjukkan jalan, ehehehe!! Wah...dasat betol mereka bershopping! Aku nganga aje sebab gaji tak kuar lagi, eheheheh!!!




Tapi Amanda dapat sesuatu dari mereka, baju-baju yang sangat comel!



Thanxx KakLisa & Ma :) Pilihan Kak Lisa nih, suka sebab sejuk dan tak panas :) (hello! harga sehelai hampir RM100, baju budak tuuuuu!) Baju aku pon tak pernah sampai lima ploh hengget! Wakakaka! Takpe, orang memberi kata merasa ;p






Ini pilihan Ma :) Aku suka sebab color pink! Ehehehhe!!!







Baju untuk Amanda lagi, yang ni aku pegang, cantik colornya, menangkap giteww ko! Pastu KakLisa suruh amik jugak untuk Amanda, Thanxx kak, leh buat baju raya semua ni, sep bajet aku, ehehehhe!




Aiyarrkkk...lewat petang baru pulang, pastu bila nak dinner semua patah kaki, mintak tolong yang lelaki je pergi beli makan, uhuhuhuh!!! Thanxx Kak Lisa & Ma :) Owh...thanxx jugak coz hadiahkan Amanda botol Avent and thanxx jugak buat Che Nor coz hadiahkan Amanda anak patung, ngeee :)


p/s: Jangan getik ye mambaca entri ini, bukan nak menunjuk tapi nak tayang je, wakakakka!!

SAYA TIDAK FAHAM

Saya tidak faham. Tidak faham. Mengapa sesetengah orang gemar menonton video lucah. Sesuatu yang bodoh. Saya benci. Perbuatan yang sangat rendah nilai nya.



Ada dengan jawapan hanya nak tengok - motif??? Ada pulak nak mendapat kepuasan - ape yang kau puas?? nganga aje! Ada pula yang menjawab nak belajar - yuuchhhh!!! Nak belajar ape?! Aku tanya ko ada ke ustaz tengok video lucah untuk dapat anak sampai 6-7 orang? Jawapan yang bodoh lagi hodoh!



Ajal datang bila-bila masa tanpa mengira waktu. Andai kata waktu kamu sedang menonton video lucah, Malaikat Izraill mula menjalankan tugas terhadap kamu.....malunya....Astaghfirullah.....

Friday, 23 July 2010

AYAH GUNA ANAK 5 TAHUN UNTUK MENCURI

Isk..isk...Allah bagi anak supaya kita jaga dia, didik dengan perkara yang elok, beri kasih sayang tapiiiiiiiiiii lain pulak jadinya.....

________________________________________________________

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini, awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.


"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti. Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, mangsa kemudian mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.



Beliau berkata, ketika menggeledah kereta suspek, polis menemui wang tunai berjumlah RM4,700, tiga keping kad pengenalan, lima telefon bimbit, beberapa keping kad bank dan sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai ganja.



"Siasatan awal mendapati, suspek terbabit dalam beberapa kes curi iaitu satu kes di Hilir Perak, empat kes di Manjung dan tiga kes di Perak Tengah," katanya.



Mohd Jamil berkata, anak suspek berkenaan akan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk jagaan sementara sebelum diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Pulau Pinang sebaik sahaja siasatan kes selesai.-Bernama

Thursday, 22 July 2010

TUPPERWARE BRANDS - KELUARAN RAMADHAN

Biasalah kan, kalau mula je musim baru, ada la keluaran baru, macam dah dekat puasa ni, Tupperware ada keluaran untuk bulan Ramadhan ni. Ni bukan nak kisah aku nak promote ke hape, ni aku nak canang Tupperware yang aku dapat, wakakakak! Dasat giler, bukan nak menunjuk tapi nak canang satu kampung, wakakaka!!




Greenishhhh, I like Lady Like! :)




Aku ni kalo bab Tupperware memang fail! Aku tak pernah beli tapi aku jadi ahli! Pulak! Dah sepupu aku yang masukkan nama aku, free je, aku pon ok je tapi kalo bab nak membeli ni, aku bukannya ongkos tebal, hehehhe!



Tapi alhamdulillah, ada Teman Tapi Mesra bagi pada aku segala bagai jenis bentuk Tupperware. Thanxx to Teman Tapi Mesra, hahahha!! Dan pertemuan yang terbaru ni, Teman Tapi Mesra hadiahkan lagi, aku maluu nak terima, tapi dia kata takpe, amik je.. :)




Teman Tapi Mesra aku ni pompuan tau, korang jangan ingat aku ni lesbionnn pulak!! Hahahaha!! Ada Chocolate & Apricot Orange Cake gitew lagi from Tupperware :)






p/s: Siapakah Teman Tapi Mesra. Rahsiaaaaaaaa! Tapi namanya ada dalam blog ini, wakakaka! :)

HOMESTAY DE RASI AMPANG, IPOH

Ok. Jangan terkejut beruk atau buat-buat terkejut. Aku belum lagi nak berkecimpung nak bukak homestay, hehehehe!!!




Ekceli abang ipar aku (Baq) ngan isterinya (Lisa) serta angkatan kaum kerabat lagi datang singgah 2 malam di Ipoh, so laki aku ngan aku kenalah cari homestay untuk mereka. Seronok jugak berjalan melilau mencari homestay, hahahha!! Dekat kawasan umah aku memang banyak, tapi kali ni kali try yang lain pulak, memang menarikkkkkkk!!!! Dan akan pilih homestay ni lagi pada masa akan datang :)



Homestay De Rasi Ampang ni belakang umah aku je, senang skit nak pergi jenguk diorang. Tempat amatlah strategik, sebelah Lebuhraya Utara-Selatan, sejengkal je, ko pejam mata pon dah sampai.



Lokasi: bersebelahan dengan Tol Ipoh Selatan (3 minit sahaja), dari KL boleh terus keluar mengikut Tol Ipoh Selatan dan untuk ke Utara terus keluar dari kawasan tol tanpa dikenakan sebarang bayaran.


Alamat: No 20, Jln Desa Ampang 22, Taman Rasi Ampang, 31350 Ipoh.
(rumah teres mewah 2 tingkat bersaiz 22"X 70" di hadapan padang dan terletak di jalan utama-keluar/masuk Lebuhraya Utara-Selatan, mudah dikunjungi)



Sesuai dan selesa sebagai tempat persinggahan semasa menghadiri sebarang majlis keramaian, berkursus dan bekerja di bandaraya Ipoh dan sekitarnya untuk tempoh semalam hingga sebulan.



Kemudahan yang disediakan untuk tetamu:
- 4 bilik tidur dilengkapi dengan almari dan 4 bilik air (mempunyai 'water heater'),
- 3 bilik tidur mempunyai penghawa dingin,
- sesuai dan selesa untuk 8 orang/4 keluarga (2 buah katil queen dan 4 buah katil single),
- ruang tamu yang luas dilengkapi dengan set sofa dan TV 29 inci,
- ruang parking luas- sesuai untuk 2 buah kereta, jika lebih boleh juga parking di hadapan padang,
- kelengkapan peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh automatik, pemanas air, pembakar roti dan saterika.


Kadar sewa: RM250 semalam
Jika berminat, sila hubungi 013-3923739 untuk tempahan dan pertanyaan.



Ruang makan





Dapur






Ruang Tamu






Bilik Tidur Utama







Bilik Tidur No.2






Bilik Tidur No.3






Bilik Bawahtanah


p/s: pada aku lebihhh besttt tempat ni dari hotel 5 bintang! yippiieee!! :)

KUCING PALING MALAS DI DUNIA

Sila lihat kucing yang hujung kanan sekali. Orang menggelarkan nya "Kucing Paling Malas Di Dunia". Malang sungguh dapat title begitu, wakakaka!




Adakah kamu rasa dia pemalas? Mungkin tidak bila hanya melihat gambar itu sahaja, ye lah..munglin waktu snap tetiba je mata time tu nak stim. Ok takpe.






Gambar ini pula. Pada saya bukan pemalas tapi lebih dianggap sedang menikmati pemandangan bunga sambil diayun dalam bakul, ahakzzz! Positif please!! :p







Tapi gambar ini memang nampak pemalas tahap nak mampos! Tapi mungkin dia diracuni sehingga kejong sebegitu rupa, wakakaka!









Warghhhhh!!!! Pemalas betol! Mungkin gaya nya sahaja dengan mata yang nak bukak takmo bukak. Mungkin ini gambar bangun pagi(sambil mengeliat) eheheheh!







Dan gambar terakhir, saya tidak menyifatkan dia pemalas hanya kerana matanya tidak mahu buka nak mahu buka. Pada saya dia mungkin sepet, ya...sepet! Sangat sesuat sekali! Positifffff! Wikid wikid!! Hahahahha!!



Mungkin Si Tedi lebih memahami, dan saya sangat bangga dengannya bersama kucing-kucingnya yang comel, Tedi sila beri jelingan manja anda ya, hehehhe!

*kredit to funzug.com

SEDAPNYA MELAYAN...EHEM..EHEM...




Melayan durian di tengah malam, eh pagi. Sudah pukul 1 pagi sekarang.

Sangat enak sekali.

Tanpa gangguan.

Sedap.

Sedap.

Tanpa gangguan.

Sedap.

Tanpa gangguan.

Sedap.

Sedap.

Ayat berulang-ulang, sudah macam cd rosak pulak!

Haishhhhhhhh! :)

Sila jamu mata sahaja, terima kasih :)

Wednesday, 21 July 2010

PENANGAN ANAK PEREMPUAN

Baru rasa penangan anak perempuan! Baru umur setahun sudah pandai nak melaram, ni sah ikut nenek ko! hahahha! mak aku pulak jadi mangsa, sebab aku ni bukan bergaya pon! Ekekekek!



Kalau aku bersiap nak pergi kerja, mula dia menempek sebelah meja solek. Fine. Nah mama tonyoh blusher kat pipi Amanda. Tengok pakai mascara, ok. Nah pulak ujung-ujung, sikit-sikit sudah! Kang sah macam Siti Sifir pulak! Wakakaka!




Kalau bab kasut, amboiiiii bukan mainnnnnnn. Nak pakai kasut tinggi aku, keletuk! keletuk! keletuk! Ingat Temah mane pulak datang umah aku, rupenya budak kecik neh! Adoii..sebelah pon jadilah! ;p




Tudung aku menjadi sasaran konon-konon nak pakai buat shawl, aiyarkkkk! Tudung tak pe, boleh praktis dari kecik :)




Dan yang terbaru, masa aku pergi umah mak aku last weekend.

"Ma!!!!!!," Amanda panggil aku.


Aku toleh, pulak dah!


"Mane dapat nih?" tanya aku


Tetiba mak aku mencelah, "Ni ummi jumpe handbag lama kamu, umi rasa kalau bagi Amanda main-main mesti dia suka!"



Tengokkkkkkkk! Kan aku dah cakap! Amanda menurun melaram dari neneknya! Fully support gitew! (dah bunyi macam bra pulak,hahahah!)




Tuesday, 20 July 2010

MENCARI ARIANI

Aku dalam mood cerekarama, hahahha! So jangan tanya kenapa tajuk macam cerita melayu, wakakaka! Sabtu lepas, memang panas punggung kalau duk umah. Aku cepat-cepat masak untuk lunch dan cepat-cepat bersiap untuk pergi merambu , betul tak Amanda, ekekekee! Bagus anak mama, ko pon kaki jalan macam aku, senang hidup! :)




Sebenarnya aku tengah mencari kain nak buat baju raya. Lambat! Memang dah lambat! Takde tailor nak amik dah bukan, tapi aku dah tempah ada akak kawan aku, kak! terima lah kain-kain saya seadanya, bukan banyak pon, dua helai je, ekekeke! Weh, aku memang tak suka pakai baju kurung, dua hehelai je cukup, korang semua kaya...seploh pasang pon tak cukup, hahaha!!!




So dengan terover dos aku pegi ke Riamoda, cissss! Sale dah habisss! Ape lagi, nganga saje! Hahahaha! Takpe, aku bukan kisah sangat ngan kain ni...boleh cari kat tempat lain pulak. So depan Riamoda ada kedai Ariani, rasa cam lama giler je tak pergi, memanggg pon...sebab aku bukannyer ade duit pon, bior pape asal bergaye (motip???) ahahahaha!!!




Wah! SALE ko! Last day lagiii! Hahahahah!!! Rasa macam jantung aku dekat dalam dompet pulak, dup dap! dup dap! ekekeke! Ape lagi, sapuuuuu :)


Adik aku yang konon-konon nak beli, ahahahhaa! Tapi mak aku yang terlebih beli, ekekeke!







Hasil rembatan yang kureng professional, cisss! :)

PEMBANTU BARU MENGANGGU SAYA BERBLOGGING!


Haipppp! Monen! Very de selamat pagi, wakakaka! Apa macam hari selasa anda yang konon-konon macam best? ekekeke! Hari aku suam-suam teh o ajer and de very-very de hangat-hangat router masih belum sihat.



Opss...weh, aku ada pembantu baru tau! Ahakzz :) very de rajin, very de sportting joyah sport. Weh, apsal aku taip macam niii???? Very de menyampah! Opss.... ter very-very lagi, ekekeke! Al-angin al-sewel mula datang berputar alam. Ini kes tak boleh nak pengang komputer. Asal aku melangkah masuk je bilik komputer, pembantu aku wajib ekori. Hello! Aku tak bukak video ariel peterporn ok! So tak payah nak ekori aku.


Kalau aku mula duduk atas kerusi, pembantu aku duduk sebelah aku. Belum sempat nak pegang mouse, dia capai dulu! Makkk aiiii! Makkk aiiii! Makkk aiiii!!! (Asap keluar ikut telinga sambil bunyi enjin keretapi) Ini sudah mendatangkan marah sambil buat muka comel! Tak boleh jadiii....



Aku keluar dari bilik komputer, berpusing-pusing di dapur..sudah macam dora the explorer pulak. Lepas tu masuk bilik komputer balik, pembantu aku nak jadi technician mouse pulak, see......






Pembantu yang sangat rajin lagi berhemah ;p



Aku rasa mouse aku tu tak rosak, takpe aku bagi can same pembantu aku, al-maklum, baru kerja, mesti mau tunjuk rajin, ngeee :)




5 minit kemudian,"Maaa! Mama!!" wah! itu tanda siren pembantu aku tu, ehehhe!


Fine! nak menunjuk ke aku pulak, mainnn la...mama nak merajuk! ahakzzz ;p

Good Riddance (Time of Your Life) - Green Day

Semalam di opis sangat bosan! Kerja semua dah siap :) (dengan hidung tetiba kembang) aku berjalan-jalan ke meja orang lain. Oh! ada 1 pc lama di belakang, so dengan gatal aku godek-godek pc tu, eheheheh! Yang bestnyer, aku nampak folder lagu, mainkan. First yang aku dengar lagu Good Riddance by Green Day!



Weh, serius aku dah lama tak dengar lagu ni, aku teringat zaman aku sekolah dulu! Wah suker suker suker giler! Aku minat giler lagu ni ngan Green Day ni, best giler je konon-kononnyer zaman tu, wakakaka!






(by Green Day, from the album "Nimrod")
Another turning point, a fork stuck in the road.

Time grabs you by the wrist, directs you where to go.

So make the best of this test, and don't ask why.

It's not a question, but a lesson learned in time.



It's something unpredictable, but in the end is right.

I hope you had the time of your life.



So take the photographs, and still frames in your mind.

Hang it on a shelf in good health and good time.


Tattoos of memories and dead skin on trial.

For what it's worth, it was worth all the while.

It's something unpredictable, but in the end is right.

I hope you had the time of your life.



It's something unpredictable, but in the end is right.

I hope you had the time of your life.



It's something unpredictable, but in the end is right.

I hope you had the time of your life.



p/s: tapi sekarang asik nak layan tangkap leleh jerk! Busuk betoi ko ieda, wakakaka! ;p

HARI RAYA PUASA DAN HARI KEBANGSAAN, SERENTAK PADA TAHUN HADAPAN

Ter"advance" sudah! cerita pada masa akan datang le pulak, ko ganti puasa sah abis ke belum?? sibuk nak cerita pasal raya tahun depan! Hahahah! OK!


Aku rasa mengenai raya tahun hadapan ni, mungkin berita gembira bagi lelaki yang berkawin 2,3 dan 4 boleh lah! Ape susah! Takyah pening-pening, pergi sambut hari merdeka saja, abisss cerita! Ehehehe! Mungkin juga menjadi tahun yang lebih parah, ahakzzz! Jangan mare :)

_______________________________________________

KUALA LUMPUR: Kalau tahun ini sambutan Hari Kebangsaan diadakan pada bulan puasa, tetapi pada tahun depan, sambutan Hari Kemerdekaan negara akan diadakan serentak dengan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2011 yang dikeluarkan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), tarikh 31 Ogos juga adalah hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Empat cuti umum tahun depan jatuh pada hari Ahad iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidiladha (6 November), Maal Hijrah (27 November) dan Hari Krismas (25 Disember).


Cuti umum bagi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula ialah pada hari Sabtu, 4 Jun.


Bagaimanapun tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha itu tertakluk kepada perubahan.


Sebanyak 15 hari Kelepasan Am Persekutuan ditetapkan bagi tahun depan termasuk masing-masing dua hari bagi sambutan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari dan Hari Raya Aidilfitri pada 30 dan 31 Ogos.


Selain itu, sambutan Tahun Baru 1 Januari juga pada hari Sabtu dan adalah cuti umum kecuali di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.-Bernama

Friday, 16 July 2010

MAYA KARIN, SUAMI SAH CERAI.

Iskk...iskk..sedih! Apsal aku pulak yang over emo! Tapi sedih la...aku tak suka rumahtangga yang bercerai - berai. Sedih ko tau tak! Ahakzz..ter emo lagi :p


Mungkin ada hikmah di sebaliknya...



Kenangan manis berlalu...



--------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.


Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

“Maya (gambar, kiri) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.

“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.

“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian.Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


“Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.

“Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok,” kata Maya kepada The Malaysian Insider sebelum meninggalkan mahkamah.

Pasangan itu hadir secara berasingan di mahkamah.Muhammad Ali tiba di mahkamah kira-kira 2 petang manakala Maya yang berbaju kurung dan bertudung tiba kira-kira 3 petang.


Maya yang kini merupakan duta baru tilam Vono dan Muhammad Ali, seorang guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.


Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada 26 Ogos tahun sama.


Awal bulan ini Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan pernikahan mereka selepas dua tahun berlangsung. - THE MALAYSIAN INSIDER


ROSAK! SAYA HANYA AKAN BERKUNJUNG PADA WAKTU MALAM (ITU PON KALAU TIADA PROJEK! HAHAHAHA!)

Puas sudah ku mencariiii......ku tinggalkan pesan ku kirim kannnn (kalo kirimkan duit aku nak le!).......wah! tetiba angin AXL gedik datang, mana tak meroyan, router opis aku rosak, cissssss! Aku nak berjalan-jalan ke blog orang lain pon susah. Sekarang ni masa nak merayap ke blog orang lain adalah pada waktu malam, selepas Amanda titun, ngeeee :) Dan jika tiada 'projek' yang menarik, akan lebih masa sikit nak merayap, hakhakhak! Ishhh...takmo pikir benda-benda lain ok, ahaks! Giler ape! Projek kemas rumah, lipat baju, basuh kain...tu pon projek tau :)





Al-bengang al-sungguh! Bila router rosak, semua takmo pegi hantar baiki. Ada jantan kat opis pon tak leh pakai. Nasib baik la aku ni kaki jalan, bila dah menghantar...wajib melencong ke tempat lain, ehehehe!!! Semalam aku pergi ngan Kak Intan ke RedCom (bukan redmummy tau :)) hantar baiki. Pagi tu aku menjadi Inspektor Gadget, selongkar bilik bos mencari resit 2 tahun lepas, aiyakkkk! Mujur jumpe *wink*wink (sambil lagu we are the champion berkumandang) :)





Boleh pakai 8 keturunan (kalah mahsuri ;p) 99 tahun warranty :)








Ni Amoi ke Tomboy? Aku tak paham, suara nak beso. Kang aku panggil Amoi, tak pasal-pasal makan penampo pulak. Aku tanya,"Bila boleh siap?" Amoi/Tomboy jawab, "Mungkin dalam 4 minggu, sebab kami mau hantar ke KL, dan kasi tukar sama U router baru,"



Aiyarrrkkkk! So jangan tanya nape aku tak blogwalking di siang hari, ngeeeeeeee :)

SHAKIRA PON TAK BOLEH MENARI MACAM INI :)



Waka-waka eh ehhhhh!!!! :)



Hohohohoh!



Giler dasat betul pengaruh sampai budak kecil (agak-agak berapa tahun yek?) pon gelek sakan! Eee....tak penattt ke? Aku pulak yang rasa lenguh pinggang! Waakkakaka! :)

GELI, GELI, GELI!

Hikhikhik! Aku cuti tetiba lagi! So skang berada di rumah untuk memasak dan mengemas umah bersama Amanda, ngeeee :)



Geli, geli, geli! Ahaks! Ini bukan kisah malaam jumaat, ni yang buat aku geli....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Ini yang buat aku geli, rambut dia!

Ahaksss! Tak suka ini styleee maaa.... :)

Opss...jangan marah ye peminat Jehan :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014